BAB 35 ~ Deal?

299 27 22
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....



Malam sudah menjelma. Sang Candra bersinar dengan penuh keyakinan malah ditemani oleh gugusan bintang yang bergemerlapan di sekelilingnya.

Suasana pada malam itu agak dingin. Bunyi nyalakan anjing memecah sunyi diiringi oleh bunyi cicak yang melekat di dinding.

Satu sosok misteri berjalan dengan penuh keyakinan di kawasan belakang blok kedai di tengah bandar Kuantan. Bunyi deruman enjin kereta hanya sayup sayup kedengaran. Aura seram langsung tidak memberi sebarang reaksi kepada sosok itu.

Berbaju hoodie hitam. Seluar slack hitam. Topi juga dipakai. Terdapat gula gula lolipop didalam mulutnya. Sampai sahaja destinasi yang ingin dituju, dia mengetuk pintu besi dihadapannya.

Knock

"Kod" suara garau disebalik besi itu menyapa gegendang telinganya.

"Nanami Kento nak datang Kuantan"

Pintu dibuka. Sosok misteri itu melangkah masuk bar tersebut. Tidak sesak oleh pelanggan namun masih meriah dengan muzik yang membingitkan telinga.

Dia berjalan menghampiri kaunter bar lalu melabuhkan punggungnya. Pelayan bar wanita menyapa sosok itu dengan senyuman ayu.

"Ada apa apa yang saya boleh bantu?"

"Aku nak order bloody velvet cheesecake cake satu"

Wanita itu tersentak. Senyuman manis semakin menghilang dan diganti oleh wajah yang dingin.

"Maaf ini bar. Bukan kedai kek" ujar wanita itu.

"Aku nak cream cheese lebih dengan air sirap pekat" jelingan tajam diberikan kepada wanita dihadapannya itu.

Sederet senyuman kembali menghiasi wajah pelayan bar itu. Dia menundukkan sedikit kepala lalu berkata,

Bloody velvet cheesecake. Cream cheese lebih. Air sirap pekat. Itu adalah kod rahsia untuk bertemu dengan ketua besar di bar itu.

Bar yang tersorok dari pengetahuan orang ramai. Terletak di bahagian belakang blok kedai. Dibuka hanya pada waktu malam. Pelanggan yang hadir juga bukan calang calang orangnya.

Mereka semua terlibat dengan geng kongsi gelap. Mafia.

"Well then, follow me, sir"

Mereka berjalan kearah dapur. Kosong. Agak berhabuk serta mempunyai sesawang lelabah.

Sampai sahaja dihadapan peti ais, langkah mereka diberhentikan. Punat hijau yang terselindung di tepi ketuhar ditekan. Peti ais itu pun bergerak dengan sendiri lalu mendedahkan sebuah laluan rahsia.

"Signora akeera ada di tingkat atas"

__________________________________

Tik
Tok
Tik
Tok

Senyap. Hanya bunyi jam di dinding yang kedengaran. Sosok misteri itu duduk berhadapan dengan Akeera. Wanita itu sedang asyik dengan rokok di mulut.

"So? Kau datang ke aku sebab nak join aku?" Soal Akeera

"Aku nak balas dendam"

Akeera mengerutkan dahi. Asap dihembuskan tepat tepat mengenai wajah lelaki dihadapannya.

"Kenapa?" Soal Akeera

"Orang yang aku sayang dah mati dibunuh"

Wanita itu berdecit. Ada dia kesah?

"Buang masa aku. Bukannya aku dapat apa apa faedah pun"

Sosok misteri itu mengeluarkan sekeping gambar dan diletakkan di atas meja. Lyanna. Terbuntang mata Akeera.

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now