BAB 22 ~ Bookstore date

917 59 25
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim


Aku melepaskan pandangan ke luar jendela kereta. Aku terpaksa berkurung dalam rumah selama seminggu disebabkan kes kena kejar haritu. Hampir kemurungan aku dibuatnya.

"Lyanna?"

Lamunan aku terjeda seketika. Kepala dipusingkan 180 darjah lalu wajah kacak Pangeran Ayden ditatap.

"Kau ok tak ni?" Soal Sarah pula

"Ok je. By the way, thank you tho Ayden. Kalau bukan disebabkan kau pujuk Walid, silap haribulan, rumah baru aku kat tanjung rambutan"

Sebuah senyuman terukir menaikkan lagi aura ketampanan Ayden. Pergh..Ayden kalau senyum, memang bahaya. Kalah Abe K-pop.

"No hal lah. Anything for my angel"

Zhafran aka driver tak berbayar, mula menyampuk.

"Jangan nak tabur gula dalam kereta ni boleh tak? Tak pasal pasal kereta ni ada lipas"

Ish Zhafran ni. Kacau lah. Takpe, aku doakan suatu hari nanti, kau akan jumpa buah hati. Baru kau faham.

_________________________

Dengan penuh keterujaan, aku menapak masuk kedai buku Popular. Disana buku, di sini buku, di mana mana saja ada buku!!!

"Aku lanje. Gi lah"

Aku memandang Ayden. Senyuman lebar terkoyak di bibir. Aku tak salah dengar kan? Dia nak belanja? Serius?!

Tanpa buang masa, aku mengambil bakul lalu meluru ke arah rak buku fiksi. Rambang mata aku dibuatnya.

Baru sahaja aku ingin menggapai buku Hazrael karya Harleen, bahu aku berlaga dengan seseorang.

"Sorry" aku minta maaf.

"Eh takpe takpe. I'm fine" ujar seorang gadis yang kelihatan sebaya dengan aku. Cantik orangnya. Aira. Tag nama di tudung sekolah dibaca.

Bola mata aku mengekori gadis tersebut melangkah ke arah seorang lela- ya Allah! Tingginya mak ai!

Manusia ke galah ni?! Terbeliak mata aku dibuatnya. Nama Aizat dipamerkan di baju sekolahnya.

"Tinggi. And handsome" aku menghamburkan ayat terakhir dengan nada yang berbisik tanpa aku sedar.

"Ceh. Aku lagi hensem duh"

Ayden berjalan menghampiri aku dengan wajah yang monyok. Bibir dimuncungkan sedikit. Salah satu tangannya mencekak pinggang.

"Aik, yang kau terasa tu bakpe? Betullah kan apa yang aku kata, lelaki tu hensem"

Keningnya bertaut. Amboi, garang nauw. Aku gurau je Ayden oi. Jangan marah.

"Aku tak benarkan kau puji lelaki lain selain aku. Only aku je yang kau boleh puji. Understand? Only. Me. Full Stop"

Lah, jealous ke bang? Comel. Hehe. Rasa nak sambung sakat lagi lah.

"Tapi kan, lelaki tu tinggi! Putih! Macam Mat Saleh, and hensem. Bertuah perempuan tu kan, dapat member hensem camtu. Tengok tu, sampai sanggup jinjit dua bakul penuh dengan novel"

Renungan maut diberikan. Oops…jangan serius sangat Ayden oi! Aku gurau je bang!

Kiri. Kanan. Kosong. Hanya aku dan Ayden sahaja di ruangan tersebut. Kelibat Sarah dan Zhafran tidak kelihatan. Did you get the deja Vu?

Ayden memerangkap aku di antara kedua lengannya. Aku tersentap dan tersentak lalu terkelu.

"You are mine. Aku tak nak kau keluarkan walau sepatah perkataan pujian untuk lelaki lain. Do you understand, angel hmm?"

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now