Sebelum kalian membaca bab ni, saya ingin mengingatkan bahawa kandungan di dalam chapter ni, mempunyai unsur deraan.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Pintu bilik dibuka dan seorang wanita, berpakaian dress merah berkilau serta memakai kasut tumit tinggi, memasuki bilik tersebut dengan langkah gediknya.
“Dear~ she's just a little kid.”
Aku mengerutkan kening.
Akeera.
Perosak rumah tangga mummy dan daddy.
Pemusnah kehidupan aku.
Punca segala masalah dalam hidup aku.
Yana memandang kearah aku dan menarik aku sehingga aku terduduk. Kini, wajah aku separas wajahnya.
“..we will skip this part..”
Yana memetik jarinya dan ruangan sekeliling aku berputar dengan laju. Beberapa saat kemudian, kami berada di sebuah bilik.
Neraka.
Penjara.
Darah menjadi hiasan ruangan tersebut. Di sinilah, tempat dimana aku, mummy serta Reyz didera dengan sangat kejam.
Tidak berperikemanusiaan.
Kami bertiga dirantai di bahagian leher, kedua belah pergelangan tangan serta kaki. Hanya terdapat sebuah lubang kecil yang membolehkan udara luar memasuki bilik itu.
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, kami diperlakukan seperti haiwan.
Dipukul dengan cemeti, kayu hoki dan banyak lagi. Sukar untuk aku gambarkan apa yang telah kami lalui.
Sakit untuk diingat kembali. Memikirkan sahaja, boleh membuatkan aku teringat akan kesakitan yang aku pernah rasakan pada saat itu.
“Please..tolong lah..lepaskan anak anak saya.. diorang tak bersalah..” rayu mummy.
Dia merayu seperti hamba demi aku dan Reyz. Namun begitu, mereka langsung tidak endahkan. Malah, makin dirayu, makin mereka merasa teruja untuk menyeksa kami dengan lebih teruk.
“Yana..kenapa waktu ni kau tak muncul awal awal..kenapa..” air mata aku mengalir membasahi pipi.
“ Bukan aku tak nak tolong Lyn..tapi kau lupa ke..kau yang tahan diri kau sebab kau terlalu baik untuk balas balik apa yang diorang buat dekat kau?”
Aku tersentak. Terlalu baik merupakan satu kelemahan untuk kekal bertahan dalam duniawi yang kejam ini.
“So..all of this.. because of me right..?”
Yana menggelengkan kepala. Dia melepaskan keluhan sebelum memandang kearah aku.
“Kau tak salah. Kau kecil lagi waktu tu..”
“A..akeera..” suara rayuan mummy memberhentikan perbualan kami berdua.
Akeera duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kaki. Dasar manusia angkuh. Dia menghirup rokok kemudian melepaskan asap tepat ke wajah mummy.
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...