Bismillahirrahmanirrahim....
"My little lily..."
Sayup-sayup sahaja suara yang memanggil nama panggilan aku. Aku melangkah keluar dari bilik air.
"Abang?"
Aku mencari kelibat abang dalam bilik tidur aku tetapi malangnya...tiada...hanya aku seorang sahaja...
Telinga aku menangkap bunyi barang terjatuh dari luar bilik tidur. Pelik...sebab aku memang melarang pembantu pembantu rumah untuk naik ke tingkat 3.
Tingkat 3 diberi khas oleh Walid kepadaku. Aku tak benarkan sesiapa naik melainkan umi, Walid dan pengawal peribadi aku. Ketika aku berada di sekolah sahaja dibenarkan untuk mengemas tingkat tersebut. Itupun, terdapat 2 tempat yang dilarang keras untuk sesiapa menyentuh dan masuk.
Yang pertama adalah bilik perpustakaan kecil aku dan bilik tidur. Walaupun aku ada pembantu rumah untuk tolong kemaskan bilik, tapi aku lebih selesa kemas sendiri. Takut barang penting hilang.
Bukan apa tapi....aku trauma...aku tak nak.... perkara tu berulang....
Anak mata aku menangkap kelibat seperti.... seorang kanak kanak perempuan yang memakai pakaian dress putih paras lutut....
Jantung aku berdegup kencang dan peluh membasahi dahi. Takut...tapi aku beranikan diri untuk menyiasat dan menghampiri budak (?) itu....
Bismillahirrahmanirrahim....
"Siapa tu?"
Aku melangkah keluar dari bilik tidur dan mataku meliar mencari budak tersebut. Bulu roma mula meremang.
"Lyanna~ i miss you~ don't you miss me too?"
Kaget! Aku memusingkan badan aku ke belakang. Terbuntang mata aku saat melihat budak tersebut sedang berdiri di atas katil aku.
"Kau..."
Apa yang dia buat kat sini? Bukan ke aku dah halau dia? Bukan ke aku dah hapuskan dia? Bukan ke dia sepatutnya dah tak wujud?
"Yup~ it's me~ rindu saya tak~"
"Y....yana...a...apa...kau..b...buat kat sini...."
Suara aku terketar-ketar. Yana melompat turun dari katil dan berlari lari anak ke arah aku. Aku berundur ke belakang dan mencapai pisau laras di atas meja sebelah aku.
"Hehe~ nothing~ saje nak ziarah kenalan lama."
Yana ketawa sinis dan berhenti berhadapan aku. Dia menjengketkan kaki dan menarik leher aku sehingga aku jatuh melutut ke lantai.
Aku mengaduh sakit. Pisau yang aku genggam tertikam peha kanan aku. Darah merah mengalir keluar dan membasahi seluar serta lantai.
"Ooops~ sorry tak sengaja~ ala relax lah, sikit je tu kalau nak bandingkan dengan apa yang awak Kena waktu awak kecik kan~"
Yana mengusap pipi aku dan tersenyum sinis. Aku mengangkat wajah dan merenung Yana dengan penuh perasaan amarah.
"KAU NAK APA HA? AKU DAH KATA KAN JANGAN GANGGU AKU LAGI! PERGI!"
"Lyanna ~ Lyanna ~"
Yana mencengkam rambut aku dan menarik kebelakang. Aku berdecit sakit.
"Kau lupa ke? Kau yang panggil aku. Kau yang mewujudkan aku. aku yang temankan kau dulu saat kau keseorangan. Saat kau takde sesiapa. Aku yang ada di sisi kau. Kau lupa ke? Kau yang terima aku untuk jadi sebahagian daripada kau. Aku adalah kau Lyanna."
"TAPI AKU DAH TAK PERLUKAN KAU LAGI YANA! AKU TAK PERLUKAN PENDAMPING! AKU TAK NAK TERIMA KAU DAH! Aku dah buang kau."
Yana menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.
"Nope. U will need me one day. Kau lupa ke? Musuh kau still hidup lagi. Bila bila masa, diorang akan datang balik dan bunuh kau"
"Sudahlah Yana....please...."
Aku menolak Yana dan menggagahkan kaki aku yang cedera untuk bangun. Aku berjalan memasuki bilik tidur aku dan dengan lekas menekan sebuah butang yang berada di sebelah katil aku.
Yana menarik rambut aku dengan kuat sehingga aku terjatuh ke lantai dan dahi aku terhantuk di bahagian hujung laci.
"YANA!"
Abang Reyz meluru masuk ke dalam bilik tidur aku dan menampar Yana dengan kuat.
"KAU DAH MELAMPAU YANA! BERAMBUS SEKARANG"
Abang Reyz mencempung aku dan merebahkan badan aku naik ke katil.
Yana memegang pipi kanannya yang memerah akibat tamparan abang Reyz. Dia memberi renungan tajam ke arah abang Reyz dan perlahan Lahan...Yana hilang dari penglihatan aku...
"...a..abang...."
Mata aku mula berkaca dan aku memegang erat tangan abang Reyz. Aku takut. Sumpah aku takut.
Abang Reyz mengusap lembut dahi aku kemudian dia menyedari bahawa dahi aku terluka. Matanya turun ke arah peha aku yang berdarah.
"Sorry...I'm sorry I'm late...I'm sorry my lily..."
Aku menggeleng.
"It's not your fault brother..."
"Umi, Walid dan yang lain akan datang. Hang on ok? My lily kuat kan?"
Aku mengangguk dan memeluk erat lengan abang Reyz.
"Abang Reyz keluar panggil bantuan ok?"
Abang Reyz mengucup lembut dahi aku dan melangkah keluar dari bilik aku. Beberapa minit kemudian, umi dan Walid tergesa-gesa memasuki bilik aku.
"Ya Allah Lyn!!! Apa dah jadi ni!!!"
Umi memeluk aku sambil menangis terhenjut-henjut. Aku menepuk lembut belakang umi. Walid memandang aku dan menggelengkan kepalanya sambil mengurut dahi.
"Lyn....explain to us....what happened here..."
Air liur diteguk. Nak berterus terang ke...tapi aku tak nak buat umi dan Walid takut dan risau...aku tak nak pergi hospital lagi....aku tak nak jumpa doktor lagi....aku dah sihat...aku dah sihat....
Ya Allah...mengapa begitu berat ujian yang kau berikan kepada aku ni....aku penat ya Allah....
Aku tak rasa aku mampu bertahan lagi...
To be continue.....
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomansaNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...