Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
Hitam.
Sekeliling aku gelap. Kosong.
Aku mengambil beberapa langkah kehadapan. Berair. Seperti sedang berjalan di atas air. Dingin.
Kepala ditundukkan kearah kaki. Kaget. Kaki aku berwarna putih. Aku melihat kedua belah tangan pula. Turut berwarna putih.
Bingung. Sekeliling aku berwarna hitam manakala aku berwarna putih seakan aku berada di alam komik hitam putih.
“Lyn..”
Aku mengangkat wajah dan melihat ke hadapan. Yana. Dia masih berpakaian dress putih paras lutut namun kali ini, rambutnya dilepaskan.
Dia turut berwarna putih seakan lukisan.
“Yana..”
Perlahan-lahan kami berjalan dan merapatkan jarak diantara kami berdua. Lama kami saling bertaut pandangan. Yana memegang tangan kanan aku dan menarik aku supaya mengikutinya.
Aku turutkan sahaja.
Dia membawa aku ke sebuah pintu. Yana memandang kearah aku seperti meminta keizinan untuk membuka pintu yang berada dihadapan kami. Aku mengukir senyuman dan menganggukkan kepala dengan perlahan.
Yana menarik tangan aku bersamanya. Dengan lafaz bismillah di dalam hati, kami berdua memulas tombol pintu.
Aku memejamkan mata tatkala terdapat cahaya yang menyilaukan permandangan mata aku.
“You can open your eyes now, Lyanna.” Yana memegang erat tangan aku.
Mata aku masih tertutup rapat. Aku berdebar. Dengan bibir yang bergetar, aku berkata kepada Yana,
“Aku takut Yana..”
“It's ok. I'm here. Lyn..sudah tiba masanya kau kena..hadap semua ni..aku tahu kau cuba untuk buang jauh jauh benda yang buat kau trauma dan sakit..tapi kau pun kena sedar, apa yang jadi kat kita, sakit yang kita rasa, tulah yang menjadi penyuntik untuk kita menjadi kuat..apa yang kau hadap, tak semua boleh rasa..please Lyn..open your eyes..”
Perlahan-lahan aku membuka tirai mata. Kami berada di dalam sebuah bilik usang. Dihadapan aku, terbaring seorang kanak kanak perempuan. Aku.
“Lapar..Lyn lapar..”
“Kau ingat lagi tak waktu ni..” soal Yana.
Bohong lah andai aku menidakkan soalan Yana. Aku mendiamkan diri.
“Waktu ni..aku kena jadi ‘hamba’ keluarga sendiri..bila aku tersilap langkah atau cuai..aku akan dikurung di dalam bilik ni selama 5 hari tanpa sebarang makanan atau minuman..”
Pintu bilik itu ditendang kuat dari luar. Seorang remaja lelaki berlari kearah ‘aku’ dan merangkul tubuh lemah ‘aku’. Dia menggoyangkan tubuh aku.
“Lily, bangun Lily..abang ada kat sini..it's ok, abang dah merayu suruh Daddy maafkan Lily..”
Reyz.
“Lapar..”
Reyz menangis teresak esak. Dia mengeluarkan sekeping roti yang dibalut dengan sehelai kain dari poket seluarnya. Disuapkan roti itu kepada ‘aku’.
“Mummy..mana..” soal ‘aku’ dengan nada yang lemah.
Reyz mengetap bibir. Dia melarikan pandangan kearah dinding. Lama. Sebelum dia memandang semula kearah ‘aku’.
“Don't tell me daddy gonna beat mummy again.” Air mata mengalir keluar dari kantung mata ‘aku’ dengan laju.
Reyz mengangguk kepala dengan perlahan.
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomansaNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...