Aku menarik nafas dalam dalam, sedalam lautan Pasifik dan menghembus perlahan Lahan...aku beristighfar, mengucap, selawat dan nasyid (cukup satu set) untuk memberikan aku kekuatan menjejakkan kaki ke kelas.
Aku mengetuk pintu kelas.
Knock
Knock
Knock"Assalamualaikum cikgu. Maaf saya lambat"
Dan akhirnya aku memberanikan diri untuk berhadapan dengan naga jadian..eh maksud aku cikgu matematik aku...
Jantung aku? Tak payah citer. Kalau boleh, mahu je tersembul keluar dari badan aku ni.
Cikgu Nor, cikgu matematik a.k.a naga jadian a.k.a cikgu yang paling semua orang takut a.k.a kalau jumpa, mahu lemah lutut a.k.a. cikgu yang kalau nampak je bayang, mahu lari aka....aip sudah sudah lah tu. Dok perhabeh dengan a.k.a. a.k.a. tu.
"Waalaikumussalam. Ha nak apa"
Cikgu Nor memandang tepat kearah anak mata Aku. Aku meneguk air liur. seram...ni kalau pocong duk sebelah, aku takut lagi cikgu Nor...
"Izinkan saya masuk cikgu" dengan lembut binti sopan aku meminta izin
"Ingatkan nak ponteng tadi" kata cikgu Nor dengan penuh sinis.
Umi ada ajar aku yang walau teruk mana pun cikgu kita tu, diorang tetap cikgu kita. TAPI MASALAHNYA SEKARANG NI, CIKGU YANG KAT DEPAN AKU NI, MEMANG JENIS TAK BUAT INSURANS MULUT
Mahu je aku wnshwjsbwjsbajabsjevjdenkskqbsainshsjdbdjenddhjswbjsansbjssbdhsnshwnsakwnsinddhdjsksjsjnsms.....(maaf, terlalu brutal untuk diungkapkan)
"Mana ada cikgu. Saya kan pengawas. Saya kena bertugas. Sebab tu saya lambat sikit Harini"
"Heh. Alasan je lebih. Masuk. Malas aku nak layan budak macam kau ni"
SEE!!! I TOLD U GUYS!!! MULUT MINAH...I mean... CIKGU AKU NI MEMANG JENIS MINTA TONYOH CILI
Sabar Lyanna...sabar...orang tua....biasalah tu kan....
Aku berjalan kearah meja aku dan melabuhkan punggung di kerusi aku.
"Lambat noh kau Harini"
Sarah, sahabat karib aku, tegur aku seusai sahaja aku mengeluarkan buku teks mt.
"Aku senanya niat memang nk gerak ke kelas dah time 7:50 tapi aku perasan bunyi kereta mamat tu so aku stay lah sampai die masuk"
"Amboi kau. Bunyi kereta pun kau tahu ek~"
Usik Sarah."Ish kau ni. Mestilah aku tahu sbb dia sorang je kat sekolah ni yang gi sekolah naik kereta Toyota supra Mk4. Bunyi dia perghhhhh...menggodaa~"
Sarah menjulingkan matanya ke atas. Mana tak nya. Aku ni jenis yang suka dengan kereta and motor. Dia pulak suka Ngan mamat hensem yang bawa kereta dan motor. Bagi die, tukang bawa menggoda iman. Tapi bagi aku, kenderaan tu sendiri yang menggoda iman aku.
Ramai yang kata, perempuan tak payah suka kereta dan motor ni. HELLO BOYZ~ for your information, minat ni, tak perlu ikut jantina
Ada je laki luar sana suka jahit, masak, kemas rumah. Ok je duh~. Ok memang aku tak tahu 100% pasal kereta dan motor ni but at least aku minat lah juga sikit
Ok, back to our story~
"Yeke bunyi kereta die menggoda. Ke...... pandangan mata si jejaka yang bernama Ayden tu yang menggoda ~?"
Aku menepuk bahu Sarah. Amboi minah ni. Tulah, banyak layan drama sangat. Memang tak ler. Buat pe aku nk tergoda Ngan die. Tak. Hingin. Keh.
__________________________________________Kringggggg
"Weh aku balik dulu tau. Assalamualaikum bestieeee" Sarah melambaikan tangannya
"Waalaikumussalam"
Disaat orang lain bergembira dapat balik rumah. Aku ni...perlu 'bertapa' kat sekolah selama 2 jam. Why? Sebab secara tetiba je kelas tambahan dibatalkan. Aku balik bukannya dengan mak ayah aku tapi driver aku.
Driver aku lak mana ada lam group wasap. So, kalau secara tetiba kelas dibatalkan, dia mana tahu.
Haih....apalah nasib aku Harini...
Elok je aku mengelamun, tetiba,
"BHAAAAAA!!!"
"AAHHH!!"
Aku kalau terkejut, auto genggam penumbuk dan terus melayang. Nasib ah siapa yang kena
"Adoiiii"
To be continue....
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...