Bismillahirrahmanirrahim
Jantung aku mengepam darah dengan laju bagai baru sahaja dikejar anjing. Sat, aku dah trauma dengan anjing sejak kes Kena kejar haritu. Ngeri der!
Baju kurung moden yang penuh sulaman bunga kecil berwarna emas dan manik manik di hujung lengan serta kain dipakai oleh aku pada hari yang penuh…bahagia dan gemuruh! Tidak lupa juga, veil panjang yang menutup kepala aku yang bertudung.
Kaki dan tangan aku menggigil.
"Cuba relax sikit. Aku nak make up kan kau ni pun payah. Kau punya nervous macam orang kena tangkap polis" bebel Elly.
Elly. Salah seorang pengawal peribadi aku. Kalau Adam tiada, dia ni lah yang selalu pot pet pot pet. Lagi lagi kalau bab fesyen dan make up.
"Aku tak nak make up lah. Rimas"
"Jangan banyak bising. Bukan selalu. Sekali seumur hidup je kau kena hadap hari macam ni"
Usai sahaja aku diconteng..maaf, disolek oleh Elly, aku dibawa ke ruang tamu yang telah dipenuhi oleh tetamu.
Punggung dilabuhkan di tempat yang telah dikhaskan untukku. Anak mata aku menangkap sepasang mata Ayden. Kacak. Jejaka yang bakal menjadi suami aku itu, kelihatan tampan dan bergaya berbaju melayu yang disertakan sampin dan songkok.
Reti pula pakai kemas kemas. Kalau kat sekolah, dengan bajunya tak dituck in. Rambut panjang. Tie pula, ya Allah…aku yang perempuan ni pun, reti pakai.
"Tengku Ayden Hamka bin Tengku Huzaimy. Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku, Nur Qaseh Lyanna binti Raja Hussein dengan emas kahwinnya, RM 10 ribu tunai"
"Aku terima nikahnya, Nur Qaseh Lyanna binti Raja Hussein dengan mas kahwinnya, RM 10 ribu tunai"
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah"
Ayden memandang ke arah aku lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang amat manis sehingga mampu membuatkan hati beku glasier aku mencair. Bahaya! Aku kena simpan dia elok elok. Kalau tak, ada yang menyondol! He is mine!
(...elok lah tu, Ayden posesif, Lyanna pun posesif..memang soulmate - bebelan dari si author)
Dengan penuh sopan ala ala gadis melayu terakhir, aku melabuhkan punggung berhadapan Ayden yang kini sah menjadi suamiku.
"Assalamualaikum my beautiful angel"
Ha sudah! Jantung aku dah mula buat hal. Ayden ni pun satu. Kenapa lah menggoda sangat suara dia. Allahuakbar…
"Tak jawab dosa~"
Aku cuba untuk bertenang.
"W..wa.. waalaikumussalam.."
Aku menundukkan pandangan. Segan. Malu. Bercampur baur perasaan aku.
Ayden melepaskan tawa. Dengan lembut, dia menyentuh dagu aku lalu diangkat perlahan.
"انظر إلى عيني"
"Ha?"
Ayden tersenyum lalu dikucup dahi aku.
"I said, look at my eyes, sweetheart"
Tarik nafas. Lepas. Tarik. Lepas. Tenang. Sabar. Santai. Relax.
Dengan perlahan aku cuba untuk meraih tangan Ayden. Baru sahaja aku ingin menyentuh, dia melarikan tangannya. Aik? Apahal pulak ni?
Tangan kekar Ayden melilit di pinggang aku lalu ditarik tubuh kecil aku mendekati dia.
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...