Bismillahirrahmanirrahim...
"Waktu tu, mana lah I tahu yang you maksudkan, madu manusia." Adam cuba memujuk Elly.
Aku, Ayden dan mama hanya menonton drama chamsarang sambil menikmati air teh tarik.
"Tak sekarang ni kan, dah kenapa Elly selit pasal lelaki semua sama?"
Aku menoleh ke belakang. Eh, papa pun ada?
"Bukan apa..tapi sekarang kan hot Ngan kes Jim Tehgar.." Elly mengesat air matanya yang masih mengalir.
"Ha? Apa teh?" Soal Ayden.
"Jim Tehgar. Influencer yang selalu buat kontena pergi gym Ngan bini dia. Bukan tu je, Jim Tehgar ni, dia ada kilang Teh dia sendiri. Alkisahnya, kelmarin, kecoh semalaysia pasal kes Jim Tehgar ni kawin lagi." Mama menghirup air teh tarik dengan penuh elegan.
"Lah, biar lah dia nak kawin. Bukan nya suami kau yang kawin.". Aku menyilangkan kaki dan menggelengkan kepala.
"Tapi masalahnya!!! Ada ke patut dia kawin buat kali ke empat! Ke empat!"
Aku, Ayden, mama, papa dan Adam terlopong. Ke empat?
"Ok..ok..relax.. sekarang ni, jangan kaitkan diorang dengan suami awak tu." Tegur papa.
Haih, aku ni relax je. Buat apa nak pening kepala mikir Sal rumah tangga orang. Alhamdulillah, Ayden ni setia tau. Kalau ada yang berani sondol atau berkepit..
"I'll beat them until they no longer can be proud with their beauty face" Yana menyambung. Tetapi hanya kedengaran di pemikiran aku sahaja.
"Elly, kamu pregnant ke?"
Soalan mama memberhentikan tangisan Elly. Adam pula? Mata dia, kalau boleh nak bulat macam bola hoki. Rahang dia pula, kalau boleh nak jatuh cecah lantai.
"Aku pun rasa bini kau tu pregnant lah Dam. Tak caye, pi klinik. Dah sekarang kes dah settle. Pintu ada kat sebelah sana, sila balik ke mahligai korang ye. Aku nak me time Ngan family dan bini aku. Shooh"
Dihalaunya macam kucing. Ayden Ayden.
Cakap tentang mengandung..aku menyentuh perut dan diusap sedikit. Agaknya, bila lah nak ada penghuni dalam rahim aku? Ayden pun, tak pernah bertanya soal anak. Tapi aku faham, jauh dalam sudut hati dia, mesti nak bergelar seorang ayah.
"Kau yakin, kau layak jadi seorang ibu?" Soal Yana.
Aku tak tahu Yana. Tapi, andai diberikan rezeki, aku nak sangat ada anak. Kau pun tahu kan, hidup kita zaman kecik dulu macam mana? Aku nak anak aku dapat hidup yang serba warna warni.
Alhamdulillah, aku ada suami yang penyabar dan penyayang. Insyaallah, dia boleh jadi seorang ayah yang hebat. Mithali.
"...tapi kau sedar kan, situasi kau sekarang ni, akan membahayakan anak kau? Musuh kau tak mati lagi Lyn. Beribu kali aku cakap. Selagi dia tak mampus dari bumi ni, selagi tu kau tak kan nampak indahnya pelangi dalam life kau"
_______________________________
"Tuan, kami dapat laporan dari syarikat tuan di Morocco."
Ayden membetulkan posisi duduknya. Wajahnya dingin dan serius. Berbeza aura sewaktu bersama dengan keluarganya.
Boleh ketar kaki tatkala menatap sepasang mata hazel milik Ayden. Tajam.
Allison menyerahkan beberapa helaian kertas laporan. Diteliti dengan penuh khusyuk. Senyuman sinis mula terukir di bibir Ayden. Jejaka itu berdecit sedikit.
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomansaNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...