BAB 16 ~ your future wife?!

885 81 12
                                    




"no"

"jangan sentuh aku!"

Aku terus menangis. Menggigil bibir cuba mengawal bunyi esakan yang keluar. Tiba tiba terasa tubuhku dipeluk. Aku cemas. Nafas tiba tiba rasa tersekat.

"lepaskan aku lah!"

Aku meronta ronta. Takut perkara yang sama kembali berulang. Aku cuba menolak tubuh yang memelukku. Namun, makin aku melawan, makin erat pelukannya.

"Lyn, walid ni Lyn"

Aku membuka mata. Dahi aku berpeluh. Pernafasan aku tidak teratur. Walid melonggarkan pelukan sambil mengusap lembut belakang aku. Ayat ayat suci al quran turut dibisikkan di telinga untuk menenangkan aku.

Badan aku dibaringkan di atas katil lalu diselimutkan. Walid memegang erat tangan aku. Anak mata aku menangkap kesan cecair merah di pipi walid.

"walid...kenapa ada darah kat pipi walid?" soalku

"oh, ni bukan darah walid"

Walid mengesat darah dengan hujung lengan bajunya. Aku hanya menggangguk dan tidak menyoal lebih. Berkemungkinan walid baru pulang dari 'kerja sambilan' dia.

"Lyn..walid nak tanya sikit...jantan tu...ada sentuh Lyn kat mana mana ke...?"

"...dia...sentuh tangan Lyn...leher...pipi...Lyn benci!"

Air mata jatuh lagi sekali. Ya, walaupun ayden sempat menyelamatkan aku sebelum situasi menjadi lebih teruk, namun aku benci bila aku disentuh dan diusap oleh lelaki yang bukan mahram. Aku rasa jijik! Bukan hanya jijik dengan diri sendiri malah aku rasa malu dengan Allah.

"Lyn penat walid...penat sangat...satu satu bala datang"

"Lyn...walid tahu Lyn dah terlalu penat dan sakit...tapi walid harap sangat Lyn bertahan. Lyn kuat...dari kecik lagi, Lyn dah diuji.." walid cuba memujuk

"kenapa teruk sangat ujian yang Lyn dapat? Apa salah Lyn? Apa dosa Lyn?...atau...memang ini balasan Allah dekat Lyn sebab..."

Belum sempat aku menghabiskan ayat, walid meletakkan jari telunjuknya di bibirku sambil menggelengkan kepalanya dan mengeluh. Walid bangun lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Kotak hitam kecil berbentuk segi empat diserahkan kepadaku. Aku bangun lalu duduk di bucu katil. Kotak itu dibuka. Terdapat sebuah loket emas berbentuk bulat. Terdapat simbol bulan dan serigala. Aku membuka loket tersebut dan sekali lagi, air mataku gugur.

Terdapat gambar mummy, abang reyz serta aku yang berusia 5 tahun. Kami saling berpelukan dan menguntumkan senyuman yang manis walaupun tersirat kisah kehidupan yang pahit lagi perit sehingga aku tak sanggup untuk mengenangnya kembali.

"walid nak, everytime, Lyn rasa nak give up, please look at this photo...you guys always smile even though deep down, there's deep pain and grief."

"tapi Lyn penat walid. I'm tired of pretending everything is okay... pretending like I'm fine... when in reality I'm hurting, I'm lost, and I'm lonely"

Walid memandang lantai seketika sebelum menyambung bicaranya.

"ye. Walid faham. Tapi bukan tu yang walid nak highlightkan. Apa yang walid nak kata, no matter what happen, don't give up. Hidup ni bagai roda, Lyn."

Aku mendengus kecil tanda tidak puas hati. Selalu sangat dengar ayat tu. Muak. Masalahnya, dari aku kecik sampai ke harini, bagaikan tayar pancit. Entah entah, sampai ke tua, 'roda kehidupan' aku kat bawah dan tak berpusing langsung.

"You know, you've been through a lot, but you're strong. And it's those that have the hardest struggles that have the most beautiful stories to tell in the end. So please don't give up. Because you're worth it. You deserve to be happy, lyn. Insyaallah, your story will end in the most beautiful ending. Just believe in Allah. Dia Maha Mengetahui"

Walid mencium dahi aku lalu melangkah keluar dari bilik tidur dan meninggalkan aku yang sedang menghadam setiap bait bicara walid. Ya.. Allah yang merancang dan menyusun takdir kita. Allah tidak menjanjikan kesenangan buat hamba hambanya namun allah menjanjikan kekuatan dan ketabahan agar hamba hambanya mampu untuk menghadapi setiap ujian yang DIA berikan.

'life may not always be easy or fair, but it's worth it in the end'

_________________________________________

Aku ingatkan wabak virus COVID 19 yang mudah merebak namun tak disangka, 'wabak' berita aku 'disentuh' lagi cepat merebak. Satu sekolah tahu dan kini, aku bagaikan seorang selebriti. Sekumpulan 'wartawan' menyerbu dan menyoal aku dengan pelbagai jenis soalan. Aku jadi rimas dan tak selesa. Salah aku juga. Degil nak pergi sekolah. Padan muka diri sendiri.

Elok sahaja aku menapak masuk kedalam kelas. Waaah. Alangkah indahnya 'seni' di atas meja aku.

"kau dah kotor"

"kau dah tak suci"

"kesian, kena sentuh"

Aku rasa macam nak cekik je 'manusia manusia zaman prasejarah' ni. Apa diorang ingat meja aku ni tempat untuk diconteng ke. Acah lebih tapi tak berani nak hadap aku.

Aku menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atasnya. Baru sahaja aku duduk, aku merasakan cecair hitam mula membasahi tubuhku. Aku segera bangun kemudian menoleh ke arah makhluk yang sungguh baik lagi Budiman yang telah menuangkan kapur kasut hitam dekat aku.

"oops. Sorry. Lagipun memang padan lah warna hitam ngan kau" ejek Dania

"well, black is my favourite colour since hitam warna favourite Fatimah az zahra." Balas aku dengan tenang namun dalam hati aku tengah menggelegak dan tunggu masa sahaaj nak meledak kebabom!

"hoi, kau tak yah nak ceramah aku lah. Kau tu dah lah tak suci dah. Dah kene sentuh. Ada hati nak ceramah aku" Dania ketawa

"jangan ingat hitam itu warna yang kotor sedangkan warna kaabah pun warna hitam. And kau dengar sini perempuan. Sedar pulak kene sentuh tu dikira jijik, habis time kau kapel ngan jantan tu, bukan main bahagia pegang tangan lah, suap suap lah, cium pipi lah. So, kau tu pun dah K O T O R"

Ingat ya teman teman, jangan terlampau baik sangat, sudahnya kita dipijak. Sekali sekala, kita tegur tapi biar pedas dan menusuk kalbu.

Merah padan muka Dania. Malu lah tu. Sedap sangat kata ke orang. Tak sedar diri dia berzina secara terang terangan.

"and listen here, Dania. I'm the victim. Your syaitonirajim boyfriend yang cuba sentuh aku. And for your information, dia tak sempat nak sentuh aku lebih lebih sebab ayden tolong halang"

"TIPU. Tah tah. Kau yang goda dia and put all the blames on him"

Aku menjulingkan mata keatas. Dasar menegakkan benang yang basah.

"you know what dania? Daripada aku berdebat dengan orang bodoh macam kau, better aku berdebat dengan orang gila tepi jalan"

"kurang ajar!"

Sempat aku menahan tangannya sebelum melekat di pipi putih gebu aku. Kang tak pepasai ada kesan merah bentuk tapak tangan kat pipi. Aku menolak Dania dengan perlahan. Takut nanti dia buat drama konon dia jatuh dan yang tersakiti. Dania mencapai sebuah bekas pensi di meja sebelahnya dan melemparkan kearah aku.

Belum sempat aku mengelak, hero cerita ni pun selit masuk menyelamatkan tuan puterinya. Eh? Apa kemende yang aku cakap ni..?

Ayden menangkap bekas pensil tersebut kemudian melempar semula kearah Dania dan tepat tepat terkena hidung dia. Bunyi pun boleh tahan sedap boh. Padu! Ejas kuat sikit hehehe

"don't you dare hurt my future wife" tegas suara ayden

Ye betul tu. Jangan berani..wait what!? Aku memandang kearah ayden dengan mata yang terbuntang dan mulut melopong. Aku rasa baru je aku korek telinga semalam...tak kan aku salah dengar kan?






To be continue.

Sorry lah kalau quotes yg saya selit tu x berapa quotes🥲

Btw, jangan lupa vote gaes...😭

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now