BAB 14 ~ Penat...nak rehat..

895 62 28
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim





Aku duduk termenung di sebelah jendela... merenung kearah bulan purnama yang bersinar dengan terang.

"Termenung apa lagi tu, Princess"

Reyz melangkah kearah katil aku lalu membelai lembut rambut perang aku.

"...bang...banyak sangat ke dosa princess sampai Allah bagi ujian macam ni..."

Air mata jernih mula bertakung. Penat...satu demi satu ujian menimpa....adakah ini balasan yang Allah berikan sebagai penebus dosa silam aku....

"Princess....Allah maha Adil. Allah berikan ujian kepada seseorang hamba itu, sesuai dengan kemampuan masing-masing."

Reyz menarik aku ke dalam dakapannya lalu mengucup lembut ubun ubun aku.

"لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ "

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."

"Abang yakin, princess mampu hadap semua ni. Princess kan kuat"

Cecair jernih mula mengalir keluar dari kelopak mata aku. Kepala disembamkan di dada bidang Reyz.

"shh...princess...dunia ni...bagaikan sebuah penjara buat orang mukmin...dunia ni...bagaikan sebuah dewan peperiksaan...dunia ni...tempat untuk kita kumpulkan bekalan untuk akhirat kelak..."

"Tapi princess tak mampu bang....princess lemah...."

Reyz mengusap pipi gebu aku lalu mengucup dahi aku. Sebuah senyuman terukir di bibir merah jejaka tersebut.

"Abang yakin Princess boleh...bukan takat abang, tapi mummy pun...So che puoi farcela, mia principessa ( I know you can do it, my princess )"

Kelopak mataku semakin memberat lalu...aku lena di dalam dakapan Reyz.

_______________


"Kring!"

Haih...life goes on. Walaupun aku sebenarnya malas pergi ke sekolah tapi apakan daya, SPM dah tinggal beberapa minggu je lagi...

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Belum sempat aku ingin melabuhkan punggung, kerusi aku ditarik ke belakang lalu aku jatuh terduduk di lantai.

Aku menoleh ke belakang dan malaun yang menarik kerusi aku itu adalah Dania. Haih minah ni, kang aku tanam kau hidup hidup kang.

"Datang lagi ek kau ke sekolah. Dasar tak tahu malu" sinis Dania

"Well, buat apa aku nak malu menuntut ilmu? Pendidikan Islam tingkatan 2 dah belajar dah kan, dalam bab malu perisai iman." Setepek kau, aku jadi ustazah.

Merah padam muka Dania. Sentap ke tu sis.

"Kau tak payah nak acah suci sangat lah"

Dania mengangkat tangan untuk menampar aku. Ingat aku takut? Aku hanya menayangkan riak wajah yang selamba. Lantak ah kau nak tampar aku. Aku pernah kena yang lagi teruk.

Belum sempat tangan minah tu melekat di pipi, Wadi menahan tangan gadis tersebut.

"Sudah sudah lah tu U. Jangan buat kecoh boleh tak"

Dania merentap tangannya dan merengus kasar.

"U jangan nak masuk campur. Ini hal perempuan. U ingat I tak tahu ke yang dalam diam U ada crush kat Lyanna ni hah"

Ha? Crush? Wadi? Aku? Ha???

"Hek eleh cakap ke orang. U pun sama, lupa diri dah ada boyfriend, tapi gatal ke Ayden. So kiranya kita ni fair fair lah"

"Memang lah u tu bf I but U tak pernah sekali pun act like a boyfriend."

Dah mula dah drama chamsarang TV3.

Aku gagahkan kaki untuk berdiri semula lalu duduk di atas kerusi sambil menikmati drama free.

Kalau ada popcorn kan lagi syok.

____________________

Guruh berdentum kuat. Hujan turun membasahi lantai bumi dengan lebatnya. Aku menunggu Luca di stesen bas.

"dah alang alang lah kan, tak ada org kat sini~ apa kata kau duduk kat tengah jalan tu"

Seorang gadis kecil, berambut tocang, berbisik ke telinga aku.

"Jangan kacau aku boleh tak Yana"

Yana ketawa kecil

"Saya tak kacau. Saya bagi cadangan jer~ lagipun, takkan awak tak teringin nak pergi berdiri kat tengah jalan tu~"

Yana mencium pipi kanan aku

"Aku tak gila lagi lah nak bunuh diri aku. Aku tahu mana baik mana tak. Mana dosa mana pahala. Kau tak yah nak hasut aku lah setan"

Aku dah naik angin. Aku beristighfar dan mengucap di dalam hati

"Setan?~ awak sedar tak, awak yang 'lahirkan' saya. Awak yang panggil saya. Awak yang wujudkan saya"

Yana tersenyum sinis

"Awak jangan nak acah sangat lah Lyn. Saya tahu, jauh dalam sudut hati awak, awak teringin nak rasa sakit bila kena langgar kereta kan~?"

"Lagipun, saya tahu awak penat. Awak mesti nak rehat kan? Saya cuma nak tolong awak je. Saya sayang awak. Lagipun saya kenal awak lama tau. Sebab tu lah. Saya rasa better awak berehat"

Yana menolak aku ke tengah jalan raya. Aku terkejut dan terjatuh di atas jalan tar. Aku cuba untuk gagahkan kaki aku untuk berdiri tapi...

Bunyi hon kereta

Yup...jujur aku katakan...aku dah penat dengan dunia ni....aku dah penat dengan semua ujian yang aku kena hadap...aku...nak rehat...

Aku pejamkan mata aku.....menunggu kehadiran malaikat maut untuk menjemput aku pulang...

"Lyanna!!!!!"

____________

"Kau dah Gile ke apa Lyanna?"

Marah Wadi. Aku memeluk tubuh yang telah basah kuyup.

"Aku terjatuh lah"

"Tak yah nak ngade. Kalau kau TERjatuh, nape tak bangun balik? Nape diam je? Tak sayang nyawa ke?"

Aku memutarkan bola mata. Sekali pun aku tidak memandang Wadi. Entah kenapa...aku rasa...tak sedap hati... walaupun aku berterima kasih kepada Wadi kerana telah menyelamatkan aku, namun...aku kurang selesa apabila hanya kami berdua sahaja dalam kelas.

"Aku nak balik"

Di saat aku bangun dari kerusi, lengan aku dipegang erat oleh Wadi lalu dia menarik aku sehingga aku terduduk semula di atas kerusi.

Kedua belah lengan aku dipegang erat oleh Wadi. Aku cuba untuk meloloskan diri daripada pegangan Wadi.

"Lepas lah Wadi!" Marah aku

Wadi mendekatkan jaraknya dengan aku. Nafas aku menjadi laju dan tidak teratur.

"Wadi!!!!"

Wadi merapatkan bibirnya di telinga aku yang ditutupi tudung sekolah.

"Shh...just enjoy this moment..."

Aku dah mula panik dan semakin kuat aku cuba bergelut agar pegangan di lengan dapat dileraikan.

Wadi menahan kedua tangan aku dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya mencabut tudung aku.

Aku menangis dan merayu

"Wadi stop! Lepas lah!"

Wadi merapatkan tubuhnya kearah aku. Tangan kirinya mencekup pipi aku agar aku tidak mampu bergerak.

Aku hanya mampu berdoa di dalam hati...ya Allah....ujian apa lagi yang engkau turunkan kepada aku ini ya Allah...




To be continue....





Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now