BAB 37 ~ Kau siapa..?

257 26 9
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...







Allahuakbar
Allahuakbar

Tirai mata dibuka lalu digosok lembut. Mulut ditutup oleh belakang tapak tangan kiri tatkala aku ingin menguap. Pintu kereta dibuka lantas aku menapak keluar dari perut kereta.

Semalaman aku tidur didalam kereta. Bukannya aku tak nak tempah bilik hotel tapi, buat masa sekarang, aku kena jimat duit. Lagipun aku takut nak tidur dekat hotel sorang sorang. Nanti kena kacau.

Maklumlah, kerap sangat tengok cerita hantu..

Usai mengambil wudhu, aku memasuki ruangan solat wanita. Sebelum menunaikan solat fardhu subuh, terlebih dahulu aku menunaikan solat sunat subuh.

Walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita, sama ada kita senang mahupun susah, kita gembira mahupun duka, kita mempunyai masa lapang atau sempit, kita sihat mahupun tidak, jangan pernah tinggalkan solat.

Boleh jadi dengan solat, Allah akan permudahkan urusan, rezeki kita dimurahkan, diberikan petunjuk bagi setiap masalah yang kita hadapi, dan sebagainya.

Kadang kita tak sedar, Allah turunkan sesuatu ujian, sebagai teguran untuk kita memperbaiki solat kita.


______________________________




"Ya Allah ya Rahman ya Rahim."

"Sesungguhnya engkau maha esa. Tiada tempat untuk aku mengadu melainkan dengan Mu ya Allah."

"Ya Allah, setiap hari, aku memujuk hati untuk berdamai dengan takdir. Untuk sentiasa bersangka baik. Namun aku hanyalah seorang manusia yang lemah dan tidak berdaya"

"Ada masa aku tewas dengan pemikiran negatif sendiri. Aku menyalahkan takdir. Aku menyalahkan diri sendiri. Aku cuba untuk memudaratkan diri."

"Sehingga aku lupa bahawa sesungguhnya engkau sebaik baik sang aksara. Kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku."

Air mata cuba ditahan memandangkan aku berada di masjid yang masih sesak dengan pengunjung yang hadir untuk menunaikan ibadah di rumah Allah yang mulia ini.

"Ya Allah, aku serahkan kisah hidup aku kepada-Mu. Ya Allah, akan aku sentiasa mengingati diri sendiri untuk menerima qada' dan qadar yang telah kau tetapkan untuk aku."

Tika aku ingin mengaminkan doa, air mata aku gugur membasahi telekung. Sedaya upaya aku tidak membuat sebarang bunyi tangisan.

Tiada sesiapa yang memahami sakitnya perjalanan hidup aku melainkan aku sendiri dan Allah subhanahu wata'ala. Aku yakin, dengan ujian yang dihadiahkan untuk aku ini, sebagai satu medium untuk aku mendekatkan diri denganNya.

"Lyanna?" Gegendang telinga aku menangkap suara panggilan seseorang.

Air mata dikesat. Perlahan lahan aku memusingkan kepala memandang kearah kanan.

"Ya Allah, Lyanna" tubuh aku dipeluk erat.



_______________________________



"Cikgu apa khabar?" Air sirap disedut oleh aku.

Sosok wanita dihadapan aku menguntum sebuah senyuman yang amat manis. Untunglah suami cikgu Aisya ni. Mesti sejuk mata memandang setiap hari.

Suami..

Ya Allah..aku rindu..

"Alhamdulillah ok je. Lyanna? Buat apa kat sini? Jauh 'berhijrah'. Dari Pahang ke negeri sembilan ek?"

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now