THE TALE

7.2K 532 62
                                    

THE TALE OF THE FIVE HEADED FOX

SEPULUH orang lelaki yang sedang seronok membantai seorang remaja lelaki yang dirantai kemas ke dinding. Tubuh remaja lelaki itu sudah lembik dan tersandar lemah ke dinding. Ada darah segar membasahi wajahnya sehingga mukanya langsung tak dapat dikenalpasti. Lumat dia dikerjakan manusia-manusia dewasa yang berdendam dengannya.

"Naze ka, Idraki-san?" Ejek seorang lelaki yang baru sahaja berumur dua puluh tahun semalam. (Why?)

Seorang lelaki bertatu dan bertindik di hidungnya tersenyum puas melihat keadaan remaja itu. Organisasi mereka sudah hampir runtuh.

Five Headed Dragon.

Puak musang yang licik itu sudah berjaya membunuh empat rakan sekutunya yang lain dan kini yang berkuasa hanyalah dia. Pada mulanya dia dibayangi rasa takut. Bimbang jika dia target yang seterusnya. Tapi akhirnya dia berjaya juga menangkap salah satu daripada ahli musang yang licik itu yang ditakdirkan untuk membunuhnya.

Hahah!

Kelakar betul si musang tu. Dihantarnya budak mentah untuk bunuh aku.

Kichiro mencangkung di hadapan remaja yang sudah lembik itu. Tangan naik memukul kepala remaja itu berkali-kali.

Pak!

Pak!

Pak!

Dia senyum jahat. Dia dapat tahu yang remaja lelaki ini mempunyai darah keturunan klan Hatakeyama. Klan samurai yang dahulukala tersangat disanjungi dan diangkat tinggi dalam golongan masyarakat.

It is an honour for me to kill one of the Hatakeyama.

This is lit!

"You're Hatakeyama Huh? Kimi wa yowai." Ejek Kichiro seraya menepuk lagi kepala remaja itu. (You are weak.)

Diam.

"Kimi wa omoshiroi. Hahah!" Kichiro ketawa jahat selepas itu. Suka betul dia dapat jatuhkan budak si musang licik itu. (You are funny.)

Serentak itu anak-anak buah Kichiro turut sama gelakkan remaja lelaki itu sekuat hati mereka. Mengejek dan terus memprovok.

Layu mata remaja lelaki itu memandang lelaki-lelaki di hadapannya. Diam. Matanya dingin dan sepi. Dia tidak menunjukkan sebarang emosi langsung membuatkan Kichiro mengetap rahang.

Dia mahu melihat remaja lelaki itu mengamuk. Tapi hampa. Remaja itu tenang sahaja memandang mereka.

"Tsuyoi mono wa iki , yowai mono wa shinu. Remember?" Ejek Kichiro lagi. Sengaja dia membuat nada menjengkelkan. Mahu meneruskan provokasi. Bukan selalu dia dapat jatuhkan anak buah musang. (The strong live, the weak die.)

Ya tak?

Remaja lelaki itu mendongak. Mata hitamnya memandang jelek ke arah Kichiro sebelum kepalanya menyenget sedikit.

Diam.

Kichiro yang bingung sendiri melihat tingkah remaja itu turut menyengetkan kepala sedikit mengikut remaja tadi.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now