•BAB 13• ⚠️

3.6K 512 69
                                    

"GELI lah aku. Sibuk duk DM aku nak ajak couple. Macam bodo." Bebel Zafira siap buat muka lagi. Jelas menunjukkan rasa tidak senang di hati bila ada senior form 5 tu sibuk mesej dia nak ajak dia jadi girlfriend. Tapi silap oranglah kau bang. Member ni anti dengan budak-budak sekolah ni, kau lagi nak try dia. Memang malang lah nasib kau.

Yasmine hanya gelakkan sahaja si Zafira.

"Alahai. Terima je lah Zaf. Kesian lah aku dengar." Yasmine sambung ketawa selepas itu.

"Malas aku. Muka dahlah macam lacoste tak cukup makan. Lepastu tak reti nak cermin diri. Eh bukan main semua perempuan dia nak try. Bangang." Bebel Zafira lagi.

"Apa kira lacoste ke tak lacoste. Anak Tan Sri tu."

"Kisah apa aku. Dia dengan bapak dia sepesen. Bapak dia penuhkan kuota empat isteri habis dia tu? Nak penuhkan kuota empat girlfriend pulak ke? Benak betul."

"Hahahahah!" Yasmine sudah ketawa sambil tangan menepuk-nepuk bahu Ailith.

Ailith hanya tersenyum lucu dan geleng kepala melihat tingkah dua sahabat itu.

"Tak apalah. Zaf kan suka abang Hazzin." Selit Ailith bernada gurauan. Zafira yang bukan main ketat muka nak tersenyum juga apabila diusik Ailith. Namun dia terus menolak manja bahu Ailith di sebelahnya.

"Mana ada. Memandai je kau ni." Ujar Zafira. Muka serius tapi pipi dah memerah.

"Ececey Zaf malu-malu siot. Geli lah aku. Puih!" Yasmine buat-buat membuang kahak bunian ke longkang di sebelahnya. Geli. Rasanya ini first time dia tengok Zafira macam gini.

Ada wayar putus ke minah ni?

Ailith curi-curi mencuit lengan Zafira tapi Zafira buat bodoh je. Malu lah tu diusik Ailith.

"Eh? Itu Aki kan?" Tanya Zafira.

Ailith pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Zafira. Diam dia memandang lelaki yang duduk membelakanginya di kerusi batu itu.

Aki?

Zafira dan Yasmine automatik menjeling Ailith di sebelah.

"Nak try tak?" Tanya Zafira. Bibir sudah tersenyum nakal. Yasmine pula dah jongket sebelah kening berkali-kali. Sama-sama baik mempengaruhi rakan sebaya.

Ailith menelan liur. Wajah serta merta berubah kemerahan kerana rasa gementar dan malu yang mula menguasai diri.

Gulp...

"Pergilah bagi dia cincin yang beli hari tu." Usul Yasmine.

Ailith menoleh memandang Zafira dan Yasmine bersilih ganti.

Yasmine mendecit geram melihat Ailith yang kelihatan tidak yakin itu. Lantas dia bertindak mengambil beg kertas berisi donut karamel dari tangan Ailith dan menolak Ailith ke arah Aki. Zafira turut menghalau Ailith sama.

Ailith menelan liur. Namun dia akur. Perlahan-lahan langkah diatur merapati Aki. Tangan automatik rasa sejuk dan menggigil sedikit.

Takut...







"H... HAI abang Aki." Tegur Ailith bersama senyuman. Ailith terdiam melihat Aki yang tenang duduk bersandar bersama mata yang terpejam tenang. Wajah tenang itu kelihatan lembut sahaja dipandangan Ailith.

Dia... tidur ke?

"Hmm. Ada apa?"

Nak terpeleot otot jantung Ailith mendengar suara garau itu.

Terkejut kita. Ingatkan dia tidur.

"A... abang okey ke?" Tanya Ailith. Wajah Aki bagai lesu dan kepenatan. Mungkin dia baru balik dari Jepun kut.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now