•BAB 11• ⚠️

4.8K 569 91
                                    

AILITH menggenggam tangan sendiri yang sudahpun berpeluh dingin dan menggigil sendiri. Kaki yang tak jejak lantai pun dari tadi duk berayun tak tentu arah sebagai tanda diri yang sedang dilanda gemuruh itu.

Nervous!

Ailith rasa takut dan berdebar-debar. Jantung ini rasa macam nak terlompat keluar dari terus dikurung tulang rusuk.

Ailith tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengatur nafas agar terus bertenang. Namun suara lantang pelajar ujibakat lain yang sedang bernyanyi ketika itu membuatkan Ailith terus menekup wajah dengan tangan.

Itu baru namanya mezzo. Sesuailah dengan kumpulan opera elite ini.

Ailith rasa mahu tarik diri pula. Tiba-tiba dia tak yakin dengan diri sendiri.

"Tapi tak apalah. Kau berjuang untuk ujibakat kau dan aku berjuang untuk competition aku. Kita sama-sama berjuang."

Kata-kata Aki minggu lepas yang terngiang dikepala membuatkan Ailith melepaskan keluhan.

Oleh kerana dia enggan kecewakan Aki, maka dia tekadkan diri untuk teruskan sahaja ujibakat ini.

Ya!

Ailith kena berjuang kerana dia tahu. Aki pasti berjuang sama.

Diam seketika. Bunyi tepukan tangan sebagai petanda persembahan ujibakat tadi sudah tamat membuatkan lutut Ailith rasa lemah dan lembik.

Aaa lepas ni kita nyanyi!!!

"Airisyaa Ailith Rinne Binti Abdullah?" Seru satu suara.

Ailith cepat-cepat bangun dari duduknya. "Ya saya!"

"Boleh naik pentas sekarang. Contestant number twelve, you may get ready next." Ujar perempuan itu sebelum dia menunjukkan arah untuk Ailith.

Ailith penuh berhati-hati naik ke atas pentas besar dalam dewan opera itu. Ailith rasa gugup dan gementar sebaik sahaja terpandangkan tiga orang juri yang di hadapan pentas. Pandangan tajam wanita berambut blonde yang dikepit dua juri lain membuatkan Ailith rasa macam nak semput pula.

Gulp...

"Airisyaa Ailith Rin? Is that your name?"

"Yes sir." Jawab Ailith bersama senyuman.

"Okay. You have no... musical instrument with you. So i guess you will sing a song for us then. Okay. You can start sing now." Ujar seorang lelaki. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia orang luar.

"Wise man says,
only fools rush in,
but i... can't help,
falling in love with you,"

Jeda seketika. Suara yang bermula agak lembut itu membuatkan satu-satunya juri wanita tadi terus menongkat dagu dengan sebelah tangan. Bagai tak berminat dengan nyanyian Ailith.

"Wise man says,
only fools rush in,
but i... can't help,
falling in love with you,"

Suara itu lembut tapi cukup lantang dan bergema dalam ruangan opera itu. Wanita tadi juga akhirnya angkat sedikit kepala memandang ke arah Ailith.

"But i... can't help,
Falling in love with you,
Haaa~"

Diam. Suasana hening dan hanya nyanyian melodi Ailith sahaja yang menguasai ruang Alexander's Opera House ini.

Setelah Ailith selesai menyanyi, suasana tiba-tiba sunyi sepi sekaligus membuatkan Ailith rasa canggung. Namun hanya beberapa saat sebelum ada suasana gamat dengan tepukan gemuruh atas persembahan Ailith yang sangat memukau dan mempesona tadi.

Ailith tersenyum malu. Wajahnya sudah berubah merah. Tubuh dibongkokkan sebagai tanda terima kasih.

"Just that?"

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now