•BAB 22• ⚠️

1.7K 455 48
                                    

AILITH menggaru kepala yang tak gatal. Fokusnya untuk belajar terganggu kerana banyak mata-mata melekat ke arahnya. Dah agak dah. Mesti dia jadi tumpuan. Ini semua kerana minggu lepas punya hal. Mana tak popular si Ailith ni kalau dua orang student paling berpengaruh di universiti ni tiba-tiba boleh berperang mulut berebutkan Ailith semalam.

Individu pertama, Farhain Zainal. Student politik paling berpengaruh di universiti ini. Orangnya baik jadi tak adalah masalah sangat.

Individu kedua, Shahreza Tan Sri Mulyadi. Anak orang kaya yang mempunyai reputasi buruk sekarang ini. Hah yang ini pula terlalu bermasalah sangat.

Huwaaa!

Sakit kepala Ailith dibuatnya. Dengan nama masuk group confession universiti malam tadi. Memang stress Ailith baca apabila isu berkaitan dengannya jadi bahan perbincangan dan bahan makian dalam group tu.

Pusing kepala!

Ini baru je masuk sem dua. Tahun pertama dah kena dugaan macam ni.

Atok tolong kita!

"Ni ke budaknya?"

"Ye ke? Patutlah Farhain menyibuk. Lawa."

"Ni kalau Reza dapat memang mati lah budak ni."

Terlalu serabut. Maka Ailith memutuskan untuk angkat punggung dari perpustakaan itu.

Lega sikit rasa sebaik sahaja dapat menghirup udara di luar perpustakaan. Bau udara pencemaran lah tapi.

Ailith melepaskan keluhan. Punggung dilabuhkan kasar di bangku batu bawah satu pokok besar. Air kotak susu di tepi beg dicucuk dan disedut lama.

University life is a shi...

Ailith duduk melepas dahulu sementara mahu menunggu kelas Dr. Sinta yang berbaki lima belas minit sahaja lagi. Memandangkan fakultinya memang berdepan sahaja dengan perpustakaan, jadi tak adalah terkejar-kejar sangat nak ke kelas.

Sedang asyik melayan rasa melihat manusia-manusia lalu lintas dihadapannya, tiba-tiba dari jauh Ailith terpandangkan seorang lelaki berkaca mata dan berkemeja hitam. Laju Ailith bangun dari duduknya.

Abang Aki?

Ailith terus mengatur langkah sambil mata setia melekatkan pandangan ke arah lelaki itu.

Sah!

Itu abang Aki. Apa dia buat kat sini?

Terlalu ralit mengejar langkah lelaki itu, Ailith tak perasan akan lampu bersimbol manusia sudah berubah warna merah sebagai tanda dilarang untuk melintas. Tapi Ailith terus laju melangkah. Enggan membiarkan lelaki itu terlepas dari pandangannya.

Pinnn!!!

Bunyi hon yang nyaring itu membuatkan Ailith tersedar kembali ke realiti. Ailith menoleh. Membulat mata Ailith melihat kereta honda yang laju menuju ke arahnya. Ailith tergamam. Laju Ailith berundur ke belakang. Tubuh yang seolah-olah ditampar angin laju dari kereta honda yang memecut tadi membuatkan Ailith jatuh terduduk di atas jalan.

"Aduh!" Ailith mengaduh perlahan. Siku yang terasa pedih membuatkan Ailith terus naik menekup di situ.

Darah.

Ailith mendesis pedih. Apabila dia teringatkan Aki, laju dia bangun. Mata terus melilau memandang sekeliling. Hilang.

Ailith terus melepaskan keluhan berat.

Ailith salah orang ke?













AILITH melabuhkan punggung di kafeteria fakulti ini bersama dulang makanan di tangan. Tersenyum dia menadah tangan membaca doa makan sebelum sudu dicapai. Ketika itu, Ailith terpandangkan sekumpulan pelajar perempuan di meja hadapan yang menjeling mencuri pandang ke arahnya. Apabila perasan Ailith sedang melihat, mereka kembali menyambung berbual.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now