•BAB 21• ⚠️

4.1K 467 49
                                    

AILITH menggigit pau daging yang dibeli Tok Hadi. Berselera sungguh dia makan sampaikan Tok Hadi turun lagi belikan pau daging untuk dia. Tapi tak mengapalah. Tok Hadi lagi suka bila Ailith makan berselera macam ni. Kalau tak, asyik termenung sahaja. Makan pun tak lalu.

"Perlahan-lahan makan Airis. Nanti tersedak macam mana." Tegur Tok Hadi.

"Kita laparlah atok." Balas Ailith bersama pipi yang sudah kembung penuh dengan pau daging.

Tok Hadi senyum dan hanya mampu menggeleng kepala sahaja.

Asalkan kamu bahagia nak.

Telefon nokia Tok Hadi yang tiba-tiba menjerit lantang memecah suasana. Tok Hadi laju menjawab panggilan yang diterima.

"Ya doktor?"

"Haa ya. Saya datuk dia. Kenapa ya?"

Terkelip-kelip mata Ailith memandang wajah Tok Hadi.

Kenapa?

"Ya Allah. Betul ke ni doktor? Syukur Alhamdulillah." Tok Hadi terus mengalirkan airmata tanda kesyukuran dengan berita yang diterima. Ailith bingung sendiri.

Ini... tentang Aya ke?

"Alhamdulillah. Baik doktor. Saya pergi sekarang. Baik. Terima kasih doktor." Tok Hadi bangkit dari kerusinya.

"Airis. Kamu tunggu sekejap ya. Atok nak pergi jenguk Aya di hospital."

"Kenapa atok? Aya tak apa-apa ke?" Tanya Ailith. Risau pula dia sekiranya ada sesuatu terjadi.

"Alhamdulillah. Doktor Aya beritahu yang ada hamba ALLAH sudah bayarkan biaya untuk pembedahan Aya. Syukur. Aya dah boleh jalani pembedahan."

Ailith terkedu mendengarnya. Ada orang bayarkan pembedahan Aya? Tapi...

"Kamu tunggu ya. Nanti atok datang lagi." Tok Hadi mengelus lembut kepala Ailith dan dia bergegas keluar dari wad selepas itu.

Ailith terdiam sendiri. Lama dia mengelamun sebelum laju bangun dari perbaringan apabila teringat akan sesuatu. Laci-laci dari meja disebelahnya dibuka satu persatu.

Tak ada!

Ailith terjun dari katil wad. Terus digeledah satu bilik wadnya. Dia berkalih pula kearah bajunya yang terlipat kemas di atas meja. Poket tersembunyi di dress itu diseluk.

Jumpa!

Ailith melepaskan nafas lega melihat dua kertas itu masih selamat ditangannya.

Kertas berwarna putih yang dilipat dua dibuka. Bank cheque yang diberi Aki masih ada dengannya.

Jadi, pembedahan Aya... siapa yang bayarkan?

Ailith melepaskan keluhan. Cheque di tangan tidak diperlukan lagi. Terus dia renyukkan cheque itu dan dibuang ke dalam tong sampah.

Ailith menghenyakkan kembali punggung di katil. Terus tak ada selera dia nak makan pau daging yang terbengkalai di tangannya.

Hmmm.

Ketika dia termenung sendiri, mata terpandangkan lama lagi satu kertas yang terlipat kecil tangannya. Perlahan-lahan lipatan kertas itu dibuka.

___________________________

Dear HER; 愛,

Her voice seems as soft as the breeze but in a whimsical way,
It was as if the evil veiled by the pure fantasy,
Her symphony as angelic as her bewitching smile,
Act as if the siren mentioned in the song was her all the way.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now