(Thank u AI for this 😊🗿)
AILITH tersenyum melihat rakan-rakan yang tertawa sesama mereka. Lama dia diam sehinggalah dia mula tenggelam dalam fikirannya sendiri. Dia tak pernah terfikir dia, si loser sejati dari kecil akan punya kawan seramai ini.
Sejak kecil, Ailith selalu bersendiri. Tak ada langsung yang nak berkawan dengannya.
Tapi sekarang... berbeza.
Ailith tersenyum nipis sebelum perlahan-lahan dia menjauh dari mereka. Penuh berhati-hati dia mengatur langkah keluar dari ballhall itu.
Ailith nak ambil angin sekejap.
Ailith melangkah melepasi kaki lima hotel mewah itu sebelum dia berhenti di balkoni. Angin malam bertiup lembut bercumbu dengan kulit wajahnya. Senyuman di wajah Ailith memudar apabila teringat akan perbualannya dengan Danial semalam.
"Kau nak kerja tak?" Tanya Danial.
Ailith terdiam seketika.
"Ke... kerja apa?"
Danial tak membalas. Cuma matanya sudah meliar naik turun memandang tubuh Ailith.
"Kerja senang je. Layan client aku untuk satu malam."
Ailith bingung sendiri. Client?
"Kita... tak faham." Ujar Ailith perlahan.
Danial julingkan mata. Asal slow sangat perempuan ni. Kasihan. Cantik tapi bodoh. Namun Danial terus tersenyum jahat apabila tersedar akan sesuatu.
A virgin huh?
"Kau layan Datuk ni untuk satu malam. Puaskan dia untuk satu malam. Nanti dia bayar kaulah. Kalau kau boleh puaskan dia, kau minta bayaran berapa banyak pun mesti dia boleh bayar punya." Ujar Danial selamba.
"Tak pun, kalau dia suka bolehlah kau upgrade jadi sugarbaby dia. Aku berani jamin kalau kau jadi sugarbaby dia, mesti cerah masa depan kau. Lagipun nanti kan kau nak sambung belajar. Mesti banyak guna duit." Daniel senyum jahat. Ini sahaja gadis yang boleh dia pancing.
Ailith terkedu sendiri.
"Macam ni lah. Aku buka tawaran ni sampai esok. Esok, batch aku ada buat event reunion dekat Grand Ballroom tingkat lima belas. Nanti kau cari aku. Oh ya. This is my card. Feel free to call me if you want to accept my offer. Okey?"
Ailith tersedar dari lamunan. Kad berwarna putih ditangan dipandang lama.
Danial Sharezy Bin Dato' Danis
+6011-*******Ailith memejam mata. Lama dia tenggelam dalam dunianya sendiri sebelum kad itu dijatuhkan dari tingkat sepuluh ini. Ailith hanya memandang sepi kertas itu yang melayang-melayang ringan ditarik graviti.
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
De Todo#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...