AILITH tersenyum nipis dan menepuk tangan sama sebaik sahaja Presiden Angkatan Pelajar Wira selesai menyampaikan ucapannya. Orangnya tampan. Megat Aelan namanya.
"Dia kembar Presiden Aeris kan?"
Ailith menoleh ke sisi apabila mendengar pelajar di sebelah berbisik dengan kawannya
Oh.
Patutlah rupa nak dekat sama. Kembar rupanya.
Selepas itu, Ketua Barisan Pemimpin Pelajar pula berucap dan diikuti penolong ketua. Presiden Hawa dan Presiden Wira merupakan pelajar tingkatan enam manakala ketua dan penolong ketua barisan pemimpin pelajar pula terdiri daripada pelajar cemerlang tingkatan lima. Jawatan presiden merupakan jawatan tertinggi yang boleh dijawat oleh pelajar. Tapi kedua-dua Presiden Hawa dan Presiden Wira itu pasti bukan calang-calang manusia. Pasti punya pengaruh yang kuat.
Ailith tersenyum nipis.
Tak sabar mahu menjalani hidup sebagai seorang pelajar di sekolah berprestij tinggi ini.
AILITH rasa tenang di hari pertama persekolahannya. Setelah agak lama dia berkira-kira untuk membuat keputusan, akhirnya dia memutuskan untuk memakai tudung. Setiap pelajar menerima dua jenis uniform sekolah dan baju sukan. Satu uniform khas untuk hari Ahad manakala baju kurung putih pula untuk dipakai pada hari-hari lain. Kalau pelajar lelaki pula hanya dapat satu pakaian rasmi penuh sahaja.
Panas jugalah uniform rasmi setiap hari Ahad ini. Kemeja putih, kena pakai vest hitam siap sut serta bertali leher dan kain hitam. Dah macam pakaian pengawas dia masa sekolah rendah dulu cuma bezanya dulu dia kena pakai baju biru.
Nasib baik pakai hari Ahad sahaja. Agak perit juga kalau kena pakai macam ni setiap hari macam pelajar lelaki tu.
Selepas tamat perhimpunan, semua pelajar mula melangkah ke arah kelas masing-masing. Agak jauh juga bangunan pendidikan berbanding bangunan kediaman. Padanlah senior yang serumah dengannya bangun awal pagi tadi. Mesti tidak mahu terlewat.
Pelajaran untuk hari ini, kena bangun awal!
Ailith terpinga-pinga sendiri. Malu bertanya sesat jalan. Tapi setiap kali Ailith nak tanya, semua memandangnya sebelah mata.
Aduh. Nak tanya siapa ya?
Buk!!!
"Eh kau ni. Buta ke?!"
Ailith menggosok bahu yang dirempuh seseorang. Kepala diangkat memandang seorang perempuan yang memandang angkuh ke arahnya.
"Maaf. Kita tak sengaja." Ujar Ailith. Berkali-kali juga dia membongkokkan tubuh sebagai tanda maaf.
Perempuan itu memandang Ailith atas bawah. Malah dua orang rakannya juga memandangnya pelik. Ailith menelan liur. Rasa janggal dipandang seperti itu. Tapi dia beranikan diri jua untuk bertanyakan tentang arah ke kelasnya.
"Err... Nak tanya sikit boleh? Kelas empat Seroja kat mana?" Tanya Ailith polos.
Tiga-tiga manusia itu diam. Wajah suci Ailith dipandang jelek. Seketika kemudian perempuan yang merempuh Ailith tadi menarik senyum misteri.
"Oh. Budak baru ya? Boleh. Mari aku tunjukkan." Perempuan itu memeluk bahu Ailith.
"Nampak tak bangunan warna kelabu hitam tu?"
Ailith mengangguk. "Nampak."
"Haa. Kelas empat seroja ada kat sana." Ujar perempuan itu.
"Eh. Bukanlah Najuwa. Itu kan ba..."
Terkelip-kelip mata Ailith melihat perempuan dengan sut yang sudah terikat di pinggangnya menutup mulut seorang lagi pelajar perempuan tadi.
Kenapa?
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
Random#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...