•BAB 5• ⚠️

3.5K 535 32
                                    

"MIA, budak lelaki tengah main bola tampar dok. Jom tengok dia orang main pula?"

"Serius lah?"

"Ya. Wakil sekolah lawan dengan kelab volleyball form six. Jom lah." Ajak Mira pula.

"Alah. Kau saja nak tengok Fauzan main kan? Gatal!" Usik Natasa.

"Ish kau ni! Mana ada."

Mata Ailith terkelip-kelip melihat senior-seniornya berbual sesama sendiri. Rasa seronok sahaja melihat persahabatan mereka itu.

"Airis. Meh ler ikut kami tengok budak lelaki main bola tampar." Ajak Mira.

"Boleh ke? Kita tak menganggu kakak?" Tanya Ailith.

"Takdenya menganggu. Jom." Ajak Natasa. Mereka semua jalan bersama-sama menuju ke dewan sukan. Sekolah ini bukan sahaja punya prestasi yang baik dalam akademi tapi aktiviti sukan pun mereka berada antara di tingkat teratas juga. Pelajar-pelajar lain pun panggil sekolah ini dengan nama Sekolah Sukan Putera Alexander. Kejayaan yang telah dicapai sekolah ini dalam sukan bukan biasa-biasa. Atlet lawan pedang yang baru-baru menang di Perancis merupakan alumni sekolah ini. Dulu dia pernah jadi juara lawan pedang remaja dunia. Sekarang dia jadi juara dunia yang sangat disegani.

Malah ada juga nama-nama atlet popular yang berasal dari sekolah ini. Contohnya macam Badrulhasyar. Pemain ragbi yang sekarang bermain di kelab mega di Amerika. Kemudian Alexander Baihaki, cucu daripada pengasas sekolah ini yang sekarang merupakan pemain import bagi sebuah kelab bola sepak di eropah. Tak dilupakan juga Hera Wong. Alumni yang sekarang menempah nama di peringkat dunia dalam permainan tenis.

Dan Ailith rasa bangga kerana dapat meneruskan pelajaran di sekolah ternama ini.

"Kakak pergi dulu ya. Airis nak pergi tandas."

"Tak nak teman ke?" Tanya Mia.

"Tak apa. Dekat je."

"Okey. Nanti cari kitorang kat dewan tu."

"Baik." Ailith terus berlalu ke tandas. Usai membuang hajat dia mengatur langkah menuju ke dewan dengan lambang bola tampar di atas pintu besar dewan itu.

Serta merta riuh suasana sebaik sahaja Ailith melangkah masuk ke dalam dewan besar itu. Ramai rupanya yang tak balik di hujung minggu ni. Tapi yang turun surau malam tadi tak ramai pun?

"Eh budak." Tegur satu suara.

"Ya?" Ailith menoleh. Tertelan liur dia melihat sekumpulan lelaki yang tinggi-tinggi berdiri disebelahnya.

"Kau tak ada main apa-apa sukan kan?" Tanya lelaki berambut sedikit perang itu.

"Ta... Tak ada."

"Baguslah. Apa kata kau jadi budak bola untuk hari ni? Nanti aku bayar gaji." Ujar lelaki itu.

"Oh. Bo... boleh." Rasa berat hati tapi Ailith tak sampai hati nak tolak. Kalau ada gaji tak apalah. Boleh buat tambah-tambah jadi wang sakunya.

"Okey. Tu pergi dekat sana. Kutip bola. Nanti masa lawan kau kutip dan kau bagi bola." Lelaki itu terus memuncung ke arah gelanggang. Rakan-rakan sekumpulannya sudah tersenyum jahat melihat gadis itu yang agak kebingungan.

"Baik." Ailith perlahan-lahan melangkah ke gelanggang dan mengutip bola-bola tampar yang berselerak di atas gelanggang.

Aki yang memandang tingkah Ailith dari tepi gelanggang terus buat muka.










BUNYI nyaring wisel yang ditiup pelajar tadi membuatkan Ailith terus duduk seketika di tepi gelanggang.

Penat betul jadi tukang jaga bola ni. Bola kadang tercampak jauh juga. Pastu nak bagi bola kat pemain pula. Sudahlah dia seorang saja jadi budak bola.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now