•BAB 8• ⚠️

3.3K 515 80
                                    

"JUITA. Oh Juita!"

Ailith terpanggil itu mengintai ke luar bilik. Diam dia memandang kak Indah yang sedang mengetuk pintu bilik nombor dua itu.

"Juita?! Bangunlah. Pergi kelas. Semalam puas semua cikgu tanya aku." Ujar Indah lagi. Dia terus-terusan mengetuk pintu bilik Juita.

Ailith perlahan-lahan merapati Indah.

"Kenapa kak?" Tanya Ailith.

Indah menjeling Ailith dan mendengus kasar.

"Si Juita ni. Dah dua hari dia tak pergi kelas. Woi Ju! Kau jangan sampai pengetua turun ke bilik kau ni tau?!" Bebel Indah lagi.

"Aku tak sihat."

Ailith dan Indah berpandangan sesaat apabila mendengar sayup-sayup balasan dari dalam bilik Juita.

"Kalau rasa diri tu tak sihat, pergi turun. Klinik sekolah kat bawah tu je. Haih. Tak apalah. Suka hati kaulah Juita. Asalkan aku tahu yang kau tak mati lagi pun cukup dah!" Bentak Indah kasar. Dia menggeleng kepala sebelum terus melangkah keluar dari rumah bernombor 31 ini. Gayanya jelas menunjukkan yang dia geram dengan si Juita.

Ailith terkedu juga mendengar kata-kata tajam kak Indah. Tegak woo. Tak bertapis.

Sepi. Ailith yang sudah bersedia dengan beg galasnya diam berdiri di hadapan bilik Juita. Perlahan-lahan tangan Ailith naik mengetuk pintu bilik dengan nombor 31/2 itu.

"Kakak? Ini kita, Airis."

Diam.

"Err... kakak tak lapar ke? Kakak nak makan? Kalau kakak nak, nanti balik kita belikan kakak makanan."

Masih tiada jawapan diterima.

Entahlah. Ailith dapat rasakan yang Juita punya masalah. Kalau tidak, takkanlah Juita sampai berkurung di dalam bilik sampai dua hari.

"Tak nak." Balas suara dari dalam bilik.

Ailith senyum sahaja.

"Okey."







AILITH tersenyum nipis membawa bersama satu bekas berisi aglio olio untuk Juita. Sebelum balik ke bangunan kediaman, Ailith singgah kafeteria dulu sebab nak beli makanan. Alhamdulillah. Ada jua makanan untuk Juita.

Ketika Ailith mahu mengatur langkah ke lif, tiba-tiba dia terpandangkan Najuwa and the gang dari jauh. Automatik Ailith mengundur sebelum terus melarikan diri ke lif di timur bangunan kediaman pelajar perempuan. Ini sahaja cara nak mengelak dari Najuwa and the gang.

Najuwa dan geng di barat, Ailith lari ke timur.

Ailith terus menyelinap masuk lif. Tangan naik mengurut dada yang berdebar sebab takut.

Fuh!

Nasib baik. Kalau tak elak, mesti mereka rembat makanan kak Juita ni.

Ting!

Ailith berlari-lari anak ke biliknya. Pintu dibuka dengan kad yang dikeluarkan dari poket baju kurungnya.

Ailith menjenguk ke dalam bilik. Sepi. Kak Indah dan Dania mesti belum balik lagi. Ailith terus mengatur langkah ke bilik kak Juita.

Ailith tarik nafas dalam-dalam sebelum pintu itu diketuk perlahan.

"Kakak? Kita ada belikan kakak makanan."

Diam. Tiada jawapan yang diterima.

Ailith senyum. Plastik di tangan diletakkan di hadapan pintu bilik Juita.

"Nanti kakak makan ya?" Pujuk Ailith lembut sebelum dia terus berlalu ke biliknya. Mahu membersihkan tubuh dan membuat kerja sekolah.









IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now