AKI melepas nafas lega melihat Ailith yang laju sahaja membuat kerjanya. Cuma sekali-sekala dia tanya sikit-sikit kalau dia lupa.
Tapi bagi Aki, Ailith ni bukan biasa-biasa juga. Ailith cepat belajar. Menghafal pun mudah. Orangnya bijak. Aki ada terdengar suara-suara bercerita tentang Ailith masa dia lalu bilik guru kelmarin. Ramai cikgu suka dengan Ailith. Walaupun dia bukan pelajar pilihan ataupun dari keluarga berada, Ailith seorang yang rajin, patuh dan bijak. Tapi masalahnya cuma satu.
Polos sangat orangnya.
"Ailith." Panggil Aki.
"Ya?" Ailith angkat kepala apabila diseru Aki. Tidak terkelip mata bulatnya memandang Lelaki itu.
Aki diam seketika.
Lah.
Aku nak cakap apa ya tadi?
"K... kau join ke ujibakat Alexandrite Opera tu?" Tanya Aki. Rasa macam nak tanya soalan lain tapi tiba-tiba tertanya soalan lain.
"Abang Aki kan suruh kita cuba. So kita join. Dah hantar nama dah semalam." Ujar Ailith. Petah sahaja mulutnya berbicara ketika itu. Laju tangannya menulis di buku nota.
"Oh. Ujibakatnya bila?"
"Ermm Ahad minggu depan."
Aki diam. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Ailith.
Ahad?
"Nanti abang Aki tengok kita nyanyi kan?" Tanya Ailith pula. Pandangan penuh harapan dilempar ke arah Aki.
"Kalau Ahad minggu depan aku tak ada." Balas Aki. Tangannya sudah naik menongkat kepala. Mata yang sudah berat merenung sepi wajah Ailith yang sudah berubah sedikit mendengarnya.
"A... abang Aki pergi mana?" Tangan Ailith naik bermain dengan kulit di bibirnya.
"Aku jadi wakil untuk pertandingan kyudo kat Jepun. Hari Ahad tu dah gerak pergi sana." Balas Aki tenang. Matanya memandang lama wajah nervous Ailith sebelum jatuh kearah jari Ailith yang sudah menyentuh bibirnya.
Aki melepaskan keluhan sebelum menarik lengan baju Ailith. Mahu membawa jari jemari runcing itu menjauh dari mengupas kulit bibirnya.
"Jangan kupas kulit bibir kau." Tegas sahaja suara Aki ketika itu.
Patuh. Ailith terus jatuhkan tangan ke atas meja.
"Ma... maksudnya nanti abang Aki tak dapatlah nak tengok ujibakat kita." Gumam Ailith perlahan.
"Sorry. Tapi tak apalah. Kau berjuang untuk ujibakat kau dan aku berjuang untuk competition aku. Kita sama-sama berjuang." Aki senyum nipis selepas itu. Tahu Ailith takut. Dia dapat rasakan Ailith join ujibakat tu pun sebab ada dia yang sudi support. Jadi dia faham kalau Ailith tiba-tiba rasa gementar.
"Takut..." Ailith terus jatuhkan dahi ke meja. Kuat juga sampaikan dia mengaduh perlahan dan tangan naik menyentuh dahi yang sudah memerah.
Aduh.
"Meh aku bagi kau tips. Nanti bila kau nyanyi, kau anggap je lah aku ada dekat kerusi penonton tu. Confirm kau tak takut dah." Aki senyum senget. Tangan naik menyilang di dada sebelum dia mendongak penuh yakin.
"Oh macam tu..." Gumam Ailith perlahan. Bagai sedang mencatat nota dalam hatinya.
"Kau dah decide ke nak nyanyi lagu apa? Cubalah nyanyikan untuk aku sekarang sebab nanti aku tak dapat nak dengar." Ujar Aki. Air green tea dihadapannya dicapai dan disedut rakus.
"Oh. Kita ada sediakan tiga lagu. Tapi tak tahulah nak nyanyi yang mana."
"Cuba nyanyi." Pinta Aki selamba.
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
De Todo#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...