•BAB 23• ⚠️

5K 536 81
                                        

AILITH yang sedang tenang berjalan untuk ke fakultinya sambil membaca skrip untuk pembentangan kelas ini rasa pelik apabila ada mendengar keriuhan di fakultinya. Terkelip-terkelip mata Ailith saat terpandangkan ada beberapa kenderaan hitam gelap yang berbaris dihadapan bangunan pejabat.

Ada apa?

Ailith perlahan-lahan merapati bangunan pejabat. Langkah Ailith mendadak terhenti saat terpandangkan Shahreza. Kedua-dua tangan lelaki itu bergari. Malah ada tiga orang lelaki berpakaian taktikal serba hitam mengiringi Shahreza.

Polis? Macam bukan. Takkanlah tentera?

Wajah Ailith terus berubah tegang saat pandangannya berlanggar dengan pandangan Shahreza. Tiba-tiba Shahreza mahu meluru kearahnya. Wajah Ailith berubah pucat. Automatik dia mengundur ke belakang tanpa perasan akan longkang di belakangnya. Hampir-hampir Ailith terjatuh ke belakang kalau bukan kerana ada sepasang tangan asing yang menahan di bahunya.

Ailith tertelan liur sendiri. Menggeletar tangannya saat melihat pandangan bengis Shahreza ke arahnya. Tindakan Shahreza yang cuba menerkamnya tadi gagal kerana dua orang lelaki gagah yang berpakaian taktikal penuh itu lebih cekap mencengkam lengan si Shahreza.

"Are you okay, miss?" tanya satu suara.

Terkejut. Laju Ailith menoleh memandang lelaki tinggi lampai yang memakai sut hitam lengkap bersama kot panjang di belakangnya. Terkelip-kelip mata Ailith saat lelaki itu hanya menjelingnya dengan ekor mata. Lama.

Ailith terus menunduk sedikit tanda maaf. Berkerut dahi Ailith apabila ada cecair hangat keluar dari hidungnya.

Selesema ke...

Mata Ailith membulat saat melihat cecair merah di tangannya.

Darah!

Kenapa tiba-tiba hidungnya berdarah pula ni?

Ailith cuba mencari tisu di poket begnya.

Tiada?!

Lelaki mendengus perlahan. Sebelah tangan terus menyeluk poket kot panjangnya. Satu tuala kecil dihulurkan ke arah Ailith.

"Te... terima kasih." Ailith perlahan-lahan menyambut huluran tuala itu. Tapi ketika itu mata Ailith terpandangkan dua senjata api dan pisau yang tersisip kemas disebalik kot panjang yang dipakai lelaki asing itu. Tubuh Ailith automatik mengeras.

Itu... pistol.

Melihat Ailith yang memandangnya dengan penuh rasa gerun membuatkan lelaki itu melepaskan keluhan sebelum menggeleng kepala.

"Stay calm young lady. I'm not gonna kill anyone." Ujar lelaki itu dingin sebelum dia terus angkat kaki dan menjauh dari Ailith.

Ailith melepaskan nafas lega sebelum tuala di tangan naik menekap di hidung.

"Weh! Weh! Nak dengar cerita tak?!"

Ailith automatik menoleh memandang seorang pelajar yang sudah menampar lengan kawannya.

"Kenapa dengan Shahreza tu Na?"

"Haah. Kenapa dia kena tangkap?"

"Aku kan dari pejabat tadi sebab aku nak hantar borang untuk program pertukaran pelajar tu kan. Lepas tu aku dengar ada orang cakap yang Shahreza tu jual maklumat 'negara' dekat orang luar."

"Haa? Maksudnya?"

"Maksudnya Shahreza ni pengkhianat negara lah. Kau bayangkan kalau dia jual maklumat atau rahsia negara dekat musuh. Tak ke naya?"

Terus rasa sakit kepala Ailith mendengarnya. Apa yang dia dengar pun dia tak tahu. Tapi nampak gaya macam betul juga Shahreza buat jenayah macam tu memandangkan pasukan khas yang datang kutip dia pun nampak macam bukan biasa-biasa.

IDRAKI : MR STORYTELLERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang