•BAB 18• ⚠️

2K 339 22
                                    

AILITH terus melabuhkan punggung dikerusinya. Termenung dia diantara keriuhan itu. Memang riuhlah rakan-rakan sekelasnya bersorak gembira memandangkan mereka baru habis jawab paper last tadi. Hari pun dah petang. Memang penat betul.

Barai betul lepas jawab paper bio. Rasa hilang otak sebab jawab paper matematik (t) pun tak habis lagi.

Pecah kepala Ailith.

"1... 2... 3..."

Pommm!!!

Bunyi letupan kuat itu membuatkan Ailith terkejut. Laju dia menoleh memandang sekeliling. Urut dada dia melihat confetti yang jatuh disekelilingnya.

"Selamat hari menetas anak itik saya!" Yasmine menjerit sebelum dia letupkan lagi satu confetti.

Pommm!!!

Ailith ketawa lucu melihat tingkah Yasmine yang bukan main siap pakai topi hari lahir. Tapi topi itu dia pergi pakai di leher bukan di kepala.

Alahai Yasmine.

Senyuman di bibir Ailith memudar apabila tiba-tiba ramai pelajar-pelajar lain berkumpul dimejanya. Malah Arsher pun ada sekali siap bawa kek lagi. Wajah Arsher pun macam terpaksa je join sama rancangan surprise ini. Siap pakai topi pulak tu.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Airisyaa~
Happy birthday to you~"

Nyanyian dari rakan-rakannya membuatkan Ailith rasa sebak dan terharu. Tapi tak sempat nak rasa sebak lama-lama sebab lagu happy birthday yang dimainkan Yasmine guna seruling kedengaran... sumbang. Sakit telinga juga pelajar-pelajar lain yang mendengarnya.

"Eh Yasmine. Sudah! Dah habis nyanyi dah. Jangan main seruling lagi please. Buruk betul bunyinya." Bebel Darwin. Pecah tawa semua mendengar Darwin yang selamba badak sound si Yasmine.

Ailith akhirnya ketawa sama. Airmata yang jatuh setitis ke pipi terus diseka. Ailith rasa terharu. Sangat terharu. Tak sangka ada orang sambut hari lahirnya seperti ini. Dia tak pernah terfikirkan pun akan tiba hari ini dimana ramai orang menyanyikan lagu hari lahir untuknya.

Dahulu, hidup Ailith malang sangat. Kawan tak ada. Hidup pun dipulaukan. Untuk menyambut hari lahirnya?

Tak pernah.

Sebab keluarga Tok Hadi memang bukan jenis yang menyambut hari lahir. Sejak berkawan dengan Yasmine dengan Zafira baru dia dapat makan kek hari lahirnya sendiri.

Alhamdulillah.

Syukur.

"Terima kasih semua. Kita terharu ada orang sudi sambut birthday kita." Ailith senyum bersama airmata yang mengalir lagi jatuh ke pipi.

"Aww." Yasmine dan Syarifa terus memeluk Ailith. Sebak pula mendengar suara polos Ailith.

"Tak apalah. Lagipun, kau kan Presiden Hawa kami. Setakat sambut birthday kau je tak ada masalah. Dah jangan nangis. Sekarang ni, kita fun-fun je." Pujuk Syarifa.

"Betul! Ini last day kut. Happy-happy lah sikit." Seloroh Li pula. Mamat ni bukan apa, dari tadi dia duk usyar kek birthday Ailith.

"Potong kek cepat. Nak rasa." Suara Li memecah suasana lagi. Tergelak semua mendengarnya.

"Yes! Potonglah Airis."

Ailith tersenyum. Pisau yang dihulurkan Deana dicapai sebelum kek yang dipegang kemas Arsher dipotong sedikit.

"Wooo!!!" Bersorak semua apabila Ailith potong kek.

Ailith senyum.

Kek cheese blueberry. Memang macam kek biasa tapi tengok gaya kek ni macam mahal.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now