•BAB 3• ⚠️

3.4K 535 53
                                    

AKI bersandar tenang ke dinding. Berkerut dahinya melihat sekumpulan pelajar perempuan yang ketawa jahat sebaik sahaja berjaya menyadung langkah seorang pelajar bertudung sehingga terjatuh.

Itu bukan ke budak yang sesat pagi tadi?

Aki lebih selesa menjadi penonton. Dari gadis itu terjatuh, dimarahi seorang lagi pelajar yang tergelincir sehinggalah gadis itu berlari menjauh dari kafeteria.

Dia mendengus kasar dan meneruskan langkah ke kafe. Tak suka dengan pemandangannya ketika itu.

Banteras buli please...

Usai membeli makanan, Aki memutuskan untuk pulang ke kelas. Nak makan kat kelas sahaja memandangkan kafeteria riuh sangat.

Tak suka.

Bising nak mam...

"Oiii anak pungut! Nak pergi mana?" Laung satu suara.

Aki julingkan mata mendengarnya. Siapa sahaja yang memanggilnya dengan panggilan sebegitu kalau bukan si Yasmine. Malas-malas dia menoleh memandang Yasmine.

"Hmm." Macam biasa. Aki menghulur malas beg kertas di tangan ke arah Yasmine. Yasmine dah biasa pau duit dan makanan dari Aki dan Aki dah terbiasa beri apa sahaja yang Yasmine mahu.

Nasib baik adik.

Adik angkat lah tapi.

Yasmine sengih sahaja. "Tak apa lah. Aku dah makan lah bang. Esok lah aku pau kau makanan lagi."

Bertuah punya budak. Selamba badak betul gaya dia.

Ketika itu, Aki terpandangkan sekumpulan pelajar perempuan tadi sedang mengambil sesuatu dari tong sampah. Sekala-sekala mereka bertiga menoleh ke satu arah. Aki terpanggil untuk memandang ke arah yang sama.

Ada budak perempuan sedang duduk termenung di hadapan kolam ikan.

Yasmine dan Zafira turut memandang ke arah yang ditenung Aki. Wajah mereka berubah serius melihat Najuwa and the gang yang mula melangkah ke arah si lonely yang tergolek jatuh kat kafe tadi.

Berita buruk.

"Mula dah." Gumam Zafira.

"Hmm. Ambil ni." Aki menghulurkan beg kertas berisi roti keju, croissant dan cinnamon roll ke arah Yasmine.

"Haa. Nak buat apa?" Tanya Yasmine.

Aki memuncungkan bibir ke arah budak perempuan yang lonely tadi.

Yasmine diam. Dia mengecilkan mata memandang Aki dan budak tadi bersilih ganti.

Hehe!

Faham!!!

"Beres boss! Zaf jom!" Ajak Yasmine. Beg kertas di tangan Aki dirampas dan dia terus berlari ke arah Najuwa yang sudah memulakan operasi membuli orang tu. Beria betul dia lari. Dah macam Naruto dah gayanya. Si Zafira pun ngekor sama.

Sepesen.

Hmmph. Padanlah jadi bestie. Sel-sel otak share yang sama. Dua-dua jadi tak berapa nak berkembang.

Aki menggeleng kepala sebelum dia berlalu pergi. Lantaklah situ kalau tak makan.

Yang penting aku nak tidur.

Mengantuk.








AILITH termenung memandang kolam ikan koi di hadapannya. Tersebek-sebek bibirnya. Sedih. Dia lapar. Dia nak makan sikit pun tak apalah. Tapi dia kena berjimat. Malu pun ya juga. Dia tak rasa dia mampu tebalkan muka masuk ke kafeteria semula.

Hmm...

"Eh Airis. Kau tak makan ke?" Tegur satu suara. Airis terus menoleh.

Najuwa, Fara dan Nabiha.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now