AILITH duduk diam ditempatnya sambil bermain dengan anak patungnya. Sekali sekala sikat kecil ditangan dibawa menyikat rambut patung itu. Anak patung itu sahaja mainan yang dia ada memandangkan ini pemberian ibunya tahun lepas. Dia teringin juga nak ada mainan macam kawan-kawannya yang lain.
Tapi tak apalah. Anak patung ini sahaja sudah cukup berharga baginya.
Tingkah Hanani yang terus bangun dari tempatnya menyebabkan si kecil yang tadi ralit dengan mainannya sendiri terkejut sama. Terkelip-kelip matanya memandang wajah pecat lesi si Hanani.
"Sini kau!" Tanpa amaran Hanani terus mengambil si kecil itu ke dalam dukungannya sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik.
Ailith sudah mahu menangis. Takut sekiranya dia ada buat salah dan Hanani marah dia.
"Mama..."
"Diam!" Bisik Hanani kasar. Pintu almari baju dihadapannya dibuka sebelum si kecil Ailith diletakkan di dalam almari itu.
"Mama..." Ailith mula mencebik mahu menangis melihat wajah Hanani yang sudah berubah.
"Shhh aku kata diam!" Bisik Hanani lagi. Dia mendecit kasar dan terus berlari keluar dari bilik. Tak lama kemudian dia muncul semula bersama satu botol air mineral. Satu pil dihancurkan sebelum menggigil tangannya memasukkan pil itu ke dalam botol air tadi.
"Minum." Arah Hanani.
Ailith patuh. Laju dia meneguk air yang dihulurkan Hanani. Namun hanya sedikit sahaja air yang mampu dia minum.
Hanani mendengus kasar sebelum rahang Ailith dicengkam kasar dan memaksa si kecil itu menelan lagi air mineral tadi sehingga tinggal sedikit sahaja.
Hanani jatuhkan lutut ke lantai. Menggigil tangannya menekap di kedua-dua pipi memerah Ailith.
"Kau dengar cakap aku. Jangan keluar dari almari ni selagi aku tak arahkan kau untuk keluar. Faham?" Ujar Hanani.
Ailith hanya polos menjatuhkan kepala walaupun dia sudah takut melihat Hanani yang mendadak berubah. Seolah-olah takut akan sesuatu.
"Kau dengar bunyi ke kau dengar apa-apa ke, jangan sesekali kau keluar dari almari ni selagi aku tak suruh. Kau faham tak?" Hanani memberi amaran lagi. Tangan sudah menggoncang bahu si kecil itu. Mahu Ailith memahami kata-katanya berkali-kali.
Ailith mengangguk lagi.
Diam. Hanani juga bagai tenggelam dalam dunianya. Hanya seketika sebelum dia menarik nafas dalam-dalam. Anak patung di pegangan Ailith diambil dan dibawa ke dada Ailith sebelum tangan kecil anaknya diangkat naik memeluk anak patung itu.
Hanani merenung lama wajah Ailith sebelum dia tertunduk sendiri. Ailith mahu menangis pula melihat Hanani ketika itu.
"Ma..."
"Shhh!" Hanani terus menarik kepala Ailith ke dalam pelukannya buat kali pertama. Erat dia memeluk si kecil itu. Ailith terus tersenyum polos saat menerima pelukan Hanani.
Tak lama selepas itu, Hanani meleraikan pelukan. Tubuh Ailith ditolak masuk lagi ke dalam almari sebelum baju-baju yang bergantung di dalam almari dibetulkan agar menutup sedikit tubuh kecil Ailith.
"Duduk diam." Arah Hanani lagi sebelum pintu almari ditutup rapat.
Ailith terus memeluk erat anak patungnya dan mengecilkan tubuh di dalam almari. Diam dia mengikut arahan Hanani.
Dua minit berlalu dan entah mengapa, Ailith rasa begitu penat dan matanya rasa sangat berat. Tersengguk-sengguk dia dibuatnya.
Ailith perlahan-lahan bergerak sedikit sebelum dia membaringkan tubuh di dalam almari itu. Tindakannya menyebabkan pintu almari terkuak sedikit.
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
Random#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...