•BAB 1• ⚠️

4.3K 547 45
                                    

"MA... Mama..." Kanak-kanak perempuan yang masih kecil itu memanggil perlahan ibunya. Lama dia diam menanti balasan. Tapi hampa. Tiada balasan yang diterima.

"Ma... Mama..." Menggeletar si kecil itu memanggil ibunya. Kepala mendongak memandang ibunya yang diam. Kaku. Tiada sebarang pergerakkan daripada wanita itu.

"Ma... Mama." Si kecil itu mencengkam seluar yang dipakai ibunya. Seluar itu ditarik-tarik perlahan. Cuba menarik perhatian ibunya.

"Mama... Kenapa mama tergantung macam tu? Kenapa mama diam?" Tanya si kecil itu polos.

Tapi sepi. Tiada jawapan yang diterima.

"Mama..." Si kecil itu maju lagi merapati ibunya. Tapi langkahnya yang terkedek-kedek tadi terhenti melihatkan ada darah yang menitis jatuh ke teddy bear yang dipeluknya.

"Ma... Ma..." Si kecil itu tersebek-sebek dan mula menangis apabila tubuh ibunya kaku. Tidak memarahinya, tidak menengkingnya dan tidak memukulnya seperti selalu.

"Mama! Ma... Mama!!!" Serta merta ruangan rumah flat tingkat empat itu dipenuhi dengan tangisan seorang kanak-kanak berumur lima tahun. Lama si kecil itu menangis sambil memeluk kaki si ibu yang tergantung di udara sehinggakan semakin berat sedu sedannya.

Bunyi tangisan yang berpanjangan itu akhirnya menarik perhatian jiran berdekatan. Seorang wanita yang tinggal selang tiga buah rumah akhirnya memutuskan untuk ke rumah ibu tunggal bernama Hanani itu.

"Assalamualaikum. Hanan? Oh Hanan? Kenapa dengan si Airis tu?" Tegur Zuraida. Tangan mahu mengetuk pintu namun pintu tidak ditutup sama sekali.

"Ya Allah kenapa dibiar pintu ni tak ditutup pagi-pagi ni?" Zuraida menggeleng kepala. Pintu ditolak luas. Kepala menjenguk ke dalam rumah.

Sunyi.

"Hanan?"

Sepi. Masih tiada balasan. Hanya tangisan si kecil Ailith sahaja yang kedengaran. Zuraida rasa tidak sedap hati tiba-tiba. Maka dia pun memutuskan untuk masuk ke dalam rumah Hanani.

"Airis." Panggil Zuraida. Bilik pertama tertutup rapat. Zuraida pun terus ke bilik kedua yang terkuak sedikit pintunya. Jelas kedengaran tangisan Ailith di dalam bilik itu.

"Airis?" Zuraida terus menolak pintu bilik itu.

"Allahuakhbar!!!" Zuraida jatuh terjelepuk di atas lantai. Pucat lesi wajahnya melihat seorang wanita yang diam tergantung di siling.

"Ya Allah Hanan!!!" Zuraida terus bangun dari duduknya. Tubuh kecil Ailith didukung dan dia terus berlari keluar dari rumah itu.

"Tolong!!! Abang!!! Abang!!!" Terjerit-jerit Zuraida memanggil suaminya. Suara jeritannya serta merta membuatkan jiran-jiran di sekitar menjenguk ke luar.

"Abang!" Menangis Zuraida berlari ke rumahnya bersama Ailith di dukungan.

Bidin yang sedang mencapai kasut kerjanya terus keluar. Berkerut dahinya melihat Zuraida yang menangis bersama Ailith di dukungan.

"Ya Allah kamu ni kenapa Ida? Kamu bawak lari anak orang ke?" Tanya Bidin.

"Abang... tolong. Tolong... Hanan... Hanan gantung diri."

"Hah?! Awak ni biar betul Ida?"

"Abang pergilah tengok!" Ujar Zuraida. Sudah basah pipinya dengan airmata.

Bidin bergegas mengatur langkah ke rumah Hanani. Rashid yang menjenguk ke luar sempat menyoal si Bidin.

"Dah kenapa ni Bidin?" Tanya Rashid.

"Si Hanan bang. Ida kata dia gantung diri." Beritahu Bidin.

"Astaghfirullahalazim." Rashid mengucap mendengarnya. Dia terus mengekor langkah si  Bidin ke rumah Hanani. Penuh berhati-hati mereka melangkah masuk ke rumah Hanani.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now