•BAB 14• ⚠️

4.3K 596 68
                                    

"TOLONG bagi balik. Kita nak telefon tu." Rayu Ailith.

"Nak? Ambil lah." Najuwa menghulurkan telefon ditangan ke arah Ailith. Tapi bila Ailith merapat, dia lempar pula telefon buruk itu ke arah Fara. Bila Ailith merapati Fara, Fara melempar semula telefon itu ke arah Najuwa dan Najuwa pula terus campak ke arah Nabiha.

Ketawa jahat mereka melihat Ailith yang menggagau mengejar arah telefon itu dicampak. Sangat menghiburkan.

Berderau darau Ailith. Mahu menangis dia setiap kali telefon itu terawang di udara. Setiap kali itu terjadi, dia berdoa supaya telefon itu tidak terjatuh ke atas lantai. Kalau jatuh, boleh berderai. Maka hilanglah segala memori dan gambar-gambar Hanani di dalamnya.

"To... tolong bagi balik. Nanti jatuh rosak." Pinta Ailith perlahan. Tiga sekawan itu semakin suka mendengar rayuan dari Ailith. Galak mereka melempar telefon itu ke sana sini.

"Alamak. Terjatuh!" Ejek Nabiha apabila dia gagal menyambut lemparan dari Najuwa.

Ailith sudah menggigil menahan rasa. Laju dia jatuhkan diri ke atas lantai. Mahu mencapai telefon bimbit yang sudah terjatuh itu. Malangnya, Najuwa lebih cepat mencapai telefon itu.

"Oops. Slow lah kau ni. Hahah!" Najuwa gelak jahat. Ailith terus bangun dan cuba merampas telefon bimbit dari tangan Najuwa. Tapi Najuwa laju angkat tinggi tangan ke udara. Mereka bertiga ketawa mengejek melihat Ailith yang terlompat-lompat cuba merampas telefon bimbitnya dari tangan Najuwa.

"Tolonglah Najuwa. Tolong beri balik." Rayu Ailith. Wajahnya sudah mendung dan nada suaranya menggeletar menahan rasa. Sedikit sahaja lagi sebelum empangan airmatanya pecah.

"Nak? Nah. Ambil kau!" Najuwa bertindak melempar telefon itu dari tingkat lima seolah-olah telefon itu boomerang.

"Jangan!!!" Ailith cemas. Tanpa berfikir panjang, Ailith terus berlari mahu mencapai telefon bimbit itu. Dia hanya fikirkan telefon itu dan segala isinya. Langsung dia tak sedar akan tingkahnya yang sudah memanjat di balkoni bangunan. Bersedia mahu mencapai telefon itu.

"Ailith!!!"








AKI yang hanya diam memerhati Ailith dibuli dari jauh. Tajam matanya menikam tiga sekawan itu saling sambut menyambut telefon buruk itu. Si katik itu pula sekejap ke sana sekejap ke sini kerana mengejar telefonnya yang dilempar tiga anak beruk itu sesuka.

Aki mendecit kasar apabila seorang pelajar perempuan bertindak melempar telefon itu ke jatuh dari tingkat lima ini.

Memang ada ciri-ciri manusia yang dibenarkan untuk dilemparkan dari tingkat lima.

Aki hendak berlalu. Malas mahu campur tangan. Namun matanya membulat apabila menangkap kelibat si katik itu berlari laju ke balkoni. Berderau darah Aki melihat Ailith yang bertindak memanjat balkoni.

"Ailith!!!"

Tak mahu berlengah, Aki terus memecut laju ke arah gadis itu. Tangan dipanjangkan memeluk tubuh itu dan ditarik kasar menjauh dari balkoni. Tersilap langkah sedikit dan Ailith boleh terjatuh dari tingkat lima ini.

Bukkk!

Berkerut wajahnya apabila belakang tubuh selamat bercium dengan lantai. Ailith yang berada dalam pelukannya cuba melepaskan diri. Berjaya. Ailith berlari lagi seolah-olah mahu terjun dari tempatnya. Gelabah habis Aki kembali bangun dari perbaringan dan merentap lengan Ailith. Gadis itu terus ditarik menjauh dari balkoni.

"Telefon... telefon saya..." Ailith terus menghamburkan tangisan dan cuba melepasi Aki. Tapi sekali lagi Aki menghalang.

"Ailith." Seru Aki perlahan.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now