AILITH garu kepala yang tak gatal. Sudah berkali-kali dia cuba menjawab soalan dalam buku latihan dihadapannya. Tapi hampa. Puas dia cuba jawab soalan tu tapi tetap tak jumpa jawapan. Sesekali sekala helaian jawapan di belakang buku diperiksa.
Lah!
Jauh nau. Ke skema ni yang salah?
Ailith terus rebahkan kepala di atas meja.
"Kau okey tak?" Tanya Yasmine. Selamba je dia conteng muka lembu di buku yang dia capai tadi. Siap tambah topi hari lahir dan misai lagi kat lembu tu. Yasmine selak ke muka hadapan buku yang dia capai tu. Buku apa ini?
The history of dairy cows.
Hahah! Random betul buku yang aku capai ni.
"Kimia ni... susah." Keluh Ailith perlahan.
"Bukan ke selalu orang kata fizik lagi susah?" Tanya Yasmine. Dia bukan budak sains so dia tak tahu.
"Okey je semua. Pijik dengan bio lagi fun. Kimia ni cam... banyak je nak mengingat." Ujar Ailith. Memuncung bibirnya. Minat memang minat tapi tu lah. Kadang bercampur juga semua benda kat otak.
Budak yang duduk di sebelah meja Ailith sempat menjeling Ailith atas bawah apabila dia sempat menangkap apa yang Ailith cakapkan tadi.
Mende siot. Bio dengan fizik dikatanya fun?
Tak boleh relate lah aku.
Yasmine terus mengucap syukur. Nasib baik gua masuk kelas sastera bai. Rasa macam tak panjang kang nyawa aku kalau masuk kelas sains.
"Malang lah nasib kau sebab berkawan dengan aku. Aku ni dahlah kelas lain. Belajar pun tak." Ujar Yasmine tenang.
Ailith terus angkat kepala.
"Mana ada malang. Okey je kita kawan dengan Yasmine." Balas Ailith laju.
"Ye lah. Aku cuma maksudkan yang tak berfaedah pun kau berkawan dengan aku dan si Zaf tu. Kami ni bukan budak sains jadi kami memang tak boleh nak tunjuk ajar kau." Jelas Yasmine. Pasrah sahaja wajahnya menerangkan. Dia faham. Ailith ni pembaris faber castle. Senang cerita segala jenis pembaris yang wujud kat dunia ni sesuai untuk dipadankan dengan Ailith.
Ailith dan pembaris.
Bagai pinang dibelah dua bunyinya.
"Oh. Hehe. Janganlah mawrah." Ailith tahan tawa. Lucu melihat wajah pasrah Yasmine.
Yasmine geleng kepala. "Kalau Zaf yang cakap macam tu, memang aku tepuk kepala dia. Haaa nasib baik kau comel."
Ya. Ailith je yang dibenarkan buat suara comel macam tu. Kalau orang lain buat tak kisahlah siapa, mak cik kantin ke abang kantin ke Zafira ke memang puihhh! Aku sepak sampai pluto.
Ailith menyeringai dan ketawa selepas itu. Comel sahaja gayanya ketawa sebab dia terhibur dengan tingkah Yasmine.
"Nak kena cari tutor lah. Kalau tak lambat juga ni nak masuk otak." Ailith kembali rebahkan kepala ke atas katil. Tersengih nakal dia melihat Zafira. Kepala Zafira sudah melentok sama ke atas meja. Mulut pula dah ternganga.
Lena betul dia tidur.
Ailith terus mengambil pen di atas meja. Hujung pen itu disodok sedikit masuk ke dalam hidung Zafira.
Yasmine yang melihat bukan nak halang. Dia pun ikut naik sama. Keychain bulat dan berbulu di tanggalkan dari kotak pensel dan dibawa ke telinga Zafira.
Hehe.
Best apa kacau member tidur. Jangan risau. Paling-paling pun kena tampar je.
Zafira tersentak dari lena. Bengang bila tidurnya diganggu, tangan automatik hayun penampar ke pipi Yasmine dihadapannya sebab sedar-sedar je muka Yasmine yang terpampang kat depan mata. Memang kena lah jawabnya.
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
Diversos#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...