•BAB 6• ⚠️

3.6K 552 62
                                    

AILITH duduk diam di hujung dunia stadium sukan itu. Sengaja dia menjauhkan diri dari semua orang. Rasa malu kerana tersalah peluk tadi tak habis lagi. Lebih-lebih lagi melihatkan reaksi di wajah Aki tadi. Memang lelaki tu terkedu habis kut.

Ailith pasti Aki bukan jenis yang suka atau rapat dengan perempuan. Jadi Ailith rasa bersalah.

"Woi! Amboi bukan main jauh kau main sorok-sorok. Penat aku dengan Zaf cari tau." Bebel Yasmine. Selamba dia melangkah kerusi dihadapannya sebelum dia duduk di sebelah Ailith. Nugget dicucuk sepotong dan disumbat ke dalam mulut.

Zaf pula melabuhkan punggung di belakang Yasmine sambil lengan jatuh menongkat di belakang kerusi yang diduduki Yasmine.

"Kita malu lah."

Yasmine terus gelak jahat selepas itu. Sampai tangan duk menepuk-nepuk kerusi di depan.

"Hahaha! Itulah pasal. Aku pun terkejut beruk tau bila nampak kau peluk si Aki tu. Lain kali tengok betul-betul sebelum peluk. Aku ni 155 sentimeter saja. Mamat tu galah kut. Kan beza tu." Yasmine sambung ketawa lepas tu. Sumpah tak boleh blah tengok muka terkejut beruk si Aki.

Tadi kalau letak beruk sebelah dia, confirm aku confuse mana satu beruk sebab dua-dua nak dekat sama.

Hahah!

Zafira ketawa sama.

"Tak apalah. Aki tu hot apa. Bukan selalu kau dapat peluk abang hot." Seloroh Zafira. Zafira ni memang nampak ganas tapi gatal jugalah sebenarnya. Kalau depan lelaki macam anti je dia dengan lelaki, tapi kat belakang...

Fuh!

Merenyam dia tu cuma Yasmine dengan Ailith je yang tahu.

"Nanti kalau abang Aki marahkan kita macam mana?" Tanya Ailith perlahan.

Yasmine diam seketika.

Aki memang jenis tak kisah kau lelaki ke perempuan. Dalam kamus hidup dia, dia cuma tahu prinsip sama rata. Tak kisahlah kau perempuan ke lelaki, kalau dah dia tak suka kau memang dia bantai.

Yasmine faham sebab Aki pernah tampar dia kut. Rasa penampar dia tu sampai nak pengsan woo...

Nasib lepastu mereka boleh berbaik. Sebab yang layan Yasmine dengan baik kat rumah pun cuma mummy dengan Aki je.

Aeris dengan Aelan langsung tak pandang dia. Entah-entah, dia orang anggap yang Yasmine ni tak wujud pun agaknya.

"Kau jangan risau. Si Aki tu okey je. Kalau dia tak suka kau peluk dia tadi, dia dah angkat kaki kat kepala kau dah tau." Ujar Yasmine sambil menyumbat lagi nugget ke dalam mulutnya.

Ailith diam mendengar kata-kata Yasmine sambil tangan memeluk erat lutut ke dada.

"Hmm. Jangan risau. Aki tu baik sikit. Dia tak marah punya." Pujuk Zafira pula.

Ailith menarik senyum nipis sebelum dia diam merenung lama Yasmine dan Zafira. Rasa lega. Namun senyumannya perlahan-lahan memudar sebelum dia tunduk memandang lantai.

"Kenapa korang sudi kawan dengan kita?" Tanya Ailith perlahan.

Yasmine dan Zafira yang sedang berbual sambil memandang ke arah atlet lompat tinggi di tengah padang terus menoleh memandang Ailith. Mereka berpandangan sesama sendiri apabila melihat wajah mendung Ailith.

'Kenapa?' Tanya Yasmine tanpa suara.

'Tak tau. Cer tanya.' Balas Zafira sama. Dua-dua berbual pakai gerak bibir.

"Kenapa? Kau tak nak kawan dengan aku ke?" Tanya Yasmine.

"Eh taklah. Mestilah nak. Kita nak kawan. Sebab... dari kecil sampailah sekarang, kita tak pernah ada kawan. Tak ada orang sudi nak berkawan dengan kita." Cerita Ailith. Bibirnya termuncung sedikit ketika itu.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now