"WE need to talk." Aki merenung kosong wajah Ailith. Mata bulat Ailith yang terkelip-kelip memandangnya membuatkan Aki terus duduk bersila di atas rumput. Keluhan terus terlepas dari bibirnya.
Mata kau tak boleh buruk sikit ke?
Ailith mengikut Aki duduk bersila sebelum dia kembali fokuskan pandangannya ke arah lelaki itu.
Kenapa Aki nampak serabut semacam je. Tiga butang teratas kemeja hitamnya sudah terbuka. Tali leher pula sudah dilonggarkan. Tak macam rupa tali leher pun ya. Kemeja pun sudah terkeluar sedikit dari seluarnya.
Stress sangat gayanya.
Mata Aki jatuh seketika ke arah manga di sebelah Ailith. Automatik dia buat muka.
"Kau baca benda buruk tu?" Sindir Aki.
Ailith memuncung mendengar komen Aki.
"Tak baik tau abang cakap macam tu. Manga ni best apa. Kita dah baca dari volume satu lagi tau." Cis. Kadang penat tau Ailith tunggu volume baru nak keluar. Pai ati Aki cakap manga ni benda buruk. Memanglah manga ni underrated dan tak ramai orang tahu. Tapi best apa.
"Baik kau baca manga lain. Lagi best." Kutuk Aki.
"Boleh je. Tapi abang Aki belikan la manga lain tu untuk kita." Gurau Ailith sebelum dia ketawa kecil melihat wajah Aki.
Mesti Aki tengah kutuk dia dalam hati.
Aki laju geleng kepala. Dia mendengus kasar selepas itu. "Dah dah. Aku nak cakap sikit ni."
"Ya. Abang Aki nak cakap apa?" Ailith senyum memandang wajah Aki yang kosong. Langsung tak ada reaksi.
"Hari ni last paper aku." Beritahu lelaki itu.
"Okay?" Maksudnya?
Aki tepuk dahi melihat wajah polos Ailith. Pasti Ailith tak faham akan apa maksud kata-katanya tadi.
"Hari ni hari last aku kat sekolah. Jadi lepas ni kau..." Aki menunjuk ke arah Ailith sebelum jari telunjuknya mengubah ke arah dirinya sendiri.
"...takkan dapat jumpa aku lagi." Tambah Aki.
Senyuman di bibir Ailith automatik memudar.
"Oh."
Aki nak pergi?
Awalnya.
"Tapi abang, ki..."
"Selamat tinggal." Potong Aki tanpa sempat Ailith hendak menyambung kata-katanya.
Ailith rasa sedih apabila Aki hanya diam memandangnya. Pandangan lelaki bagai memberitahunya bahawa dia tak mahu dengar apa-apa lagi darinya.
"Kau... macam matahari. Teruskan bersinar. Semoga kau berjaya dan semoga segala urusan dalam hidup kau dipermudahkan." Ucap Aki tenang sebelum tangan naik menepuk lembut atas kepala Ailith. Hanya sekali sebelum dia bangun dari duduknya dan meninggalkan Ailith sendiri.
Ailith tersebek-sebek sedih apabila Aki menepuk kepalanya. Ailith menoleh. Matanya mengekor langkah Aki yang semakin menjauh darinya.
Betul ke aku takkan dapat jumpa dia?
Ailith menelan liur sebelum dia bangun dan terus berlari mengejar langkah kaki panjang Aki. Dia berdiri tegak sambil mendepakan tangan dihadapan Aki. Menghalang Aki dari terus pergi.
Diam.
Aki memandang pelik si Ailith yang bukan main serius muka dia.
Macam pikachu lah budak ni...
"Ada apa? Aku nak balik dah." Ujar Aki. Malas sahaja gayanya.
Ailith telan liur. Tangan jatuh ke sisi sebelum dia menunduk malu. Pipi sudah mula memerah.
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
Acak#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...