•BAB 15• ⚠️

4.8K 638 124
                                    

AKI hanya duduk diam di tiang gol. Dia cuma bersedia jika pihak lawan membawa bola ke gawang pasukannya. Tapi memandangkan pasukan dia asyik menyerang sahaja maka dia pun santai tunggu bola.

Santai dia tu sampai boleh open table buka warung kopi rasanya.

Dari jauh, Aki dapat melihat dua sahabat yang duk berjalan sana sini seolah-olah mencari sesuatu.

Yasmine dan Zafira.

Baru balik main tenis kut melihatkan mereka membawa raket tenis bersama mereka.

Barangkali cari bola tenis agaknya.

Aki angkat bahu dan kembali bersedia di tengah-tengah gawang gol apabila Acap dari pasukan lawan dengan lincah sedang aim gawang gol pasukannya. Acap cuba melakukan tendangan. Tapi Aki cekap sahaja menangkap bola itu dari masuk gol.

"Aduh! Anak cibai mana yang letak Aki kat gawang gol ni!" Bebel Acap tak puas hati.

Aki senyum jahat mendengarnya.

"Kau dah ambil Alan tu dahlah! Bagilah can kitorang ambil Aki!" Jerit Shafi jauh di sana.

"K fine!" Jerit Acap. Pasrah sahaja dia ketika itu. Ada tawa tercetus dari pelajar-pelajar lain melihat Acap yang sudah baring atas padang.

Protes lah tu.

"Pritt pritt!!! Sudah! Berhenti. Nak maghrib dah ni." Jerit pengadil. Satu kelas dengan Aki. Imran namanya.

"Ini lagi sekor. Kau dari tadi dok prit prit sana sini. Wisel yang tergantung kat leher kau tu buat apa siot!" Marah Acap.

"Hahahah! Kau kenapa do cap? Kerjanya marah je. Period ke?"

Aki tersenyum lucu dan geleng kepala melihat tingkah rakan-rakannya. Botol air di sebelah tiang gol di capai dan dibawa bersama.

Sepanjang mereka berjalan bersama-sama, Aki lebih selesa berdiam diri dan setia menjadi pendengar lawak-lawak bodoh dari rakan-rakannya.

Kadang yang bukan-bukan pun boleh jadi kelakar.

"Eh Aki? Kau ni belok nak ke mana?" Tanya Imran.

"Sakit perut. Nak berak." Balas Aki selamba.

"Nak follow." Fauzan turut mengekor langkah Aki ke tandas.

"Biarlah dia orang tu. Si pakar jamban dan pengikutnya."

"Hahahah!"

Aki dan Fauzan hanya diam dan fokus menuju ke tandas.

"Kau pergi mana malam tadi?" Tanya Fauzan.

Aki terus menjeling Fauzan atas bawah. "Haa?"

"Aku... nampak kau panjat pagar malam tadi. Kau fly eh?" Bisik Fauzan.

Aki melepaskan keluhan mendengarnya.

"Hmm. Aku ada masuk kelab pengakap. Jadi setiap malam aku ada join aktiviti merentas hutan tanpa lampu picit." Ujar Aki dengan muka selamba badak dia sampaikan member yang mendengar tu auto jadi percaya bila dengar.

"Oh." Parah betul kau Fauzan. Kepala rasa gatal pula. Bunyinya macam pelik tapi muka Aki serius semacam je jadi Fauzan memutuskan untuk percayakan Aki.

Betul lah kut.

"Patutlah kau selalu mengantuk kat kelas kalau dah malam kau tak reti nak tidur." Bebel Fauzan.

Aki hanya pasrah dan mengangguk kecil. Betul lah tu apa yang Fauzan cakap tu. Yang salahnya hanya bahagian dia pergi join pengakap merentas hutan tanpa lampu picit tu je.

"Allahuakhbar!" Fauzan terus tutup mata dan menghadap Aki. Tergendala hajat member yang selangkah lagi nak masuk jamban tu.

Aki terus menjeling tajam si Fauzan.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now