"MACAM mana kau boleh lupa yang kau alergik do Jamal?!" Fauzan nak garu otak tapi mampu garu kepala sahaja dengan sikap si Aki.
Pelik siot Aki ni.
Fauzan tiba-tiba rasa ngilu sebab dia alergik kacang. Jadi dia tahu rasa derita sebab alergik tu macam mana. Memang tergaru-garu sana sini sampai tidur pun tak lena.
Aki pula?
Kemain lima-lima udang dia pakai sebat. Ini memang tergaru-garu macam orang utan dia kejap lagi.
Ailith masih tergamam.
Abang Aki alergik udang?
"Abang Aki alergik udang? Kenapa abang Aki makan?" Tanya Ailith. Risau. Macam nak nangis dia dek kerana dihurung rasa bersalah sebab biarkan Aki makan udang tadi.
"Kau yang kopekkan kulit dia. Aku makan je lah." Balas Aki selamba sambil menyuap lagi spagetti ke dalam mulut.
Fauzan terus hempas kasar tali lehernya ke atas rumput. Sakit pula hati ni.
Kemain ya kau Aki bersawit-sawit pula depan aku.
Aduuu...
Mira cepatlah balik. Lama-lama pergi seminar sains tu buat apa?!
Aki menjeling sekilas ke arah kaki Ailith sebelum kembali fokus dengan spagettinya.
"Kaki kau kenapa?" Tanya Aki.
Fauzan terus jenguk kaki Ailith di bawah meja.
Kenapa? Kaki dia tanggal ke?
Ailith terus tunduk memandang sebelah kaki yang tak jejak rumput. Terus dia jatuhkan kaki tapi tak sampai sesaat, dia terus angkat sedikit kakinya yang terseliuh tadi.
Sakit...
"K... kita terjatuh dalam longkang tadi." Beritahu Ailith perlahan.
Oh–
Fauzan nak terketawa mendengarnya. Tapi dia terus buat-buat lap mulut bila Aki menjelingnya tajam dengan ekor mata.
Aki menyuap lagi sesudu spageti ke dalam mulut sebelum bekas makanan tadi ditolak ke tepi. Duduknya dikalihkan sedikit menghadap Ailith.
"Duduk sekejap." Arah Aki.
Ailith terus melabuhkan punggung di kerusi batu tadi.
"Sini kaki kau."
Terkelip-kelip mata Ailith. Terkedu juga dia bila cuba menghadam apa yang Aki cakapkan tadi.
"Ta... tak apalah. Kaki kita okey. Sakit sikit je."
Tapi Aki buat-buat tak dengar. Terus dia bangun dari duduk dan mencangkung di hadapan Ailith. Kaki Ailith yang terseliuh dicapai dan digerakkan sedikit.
"Aduh!" Ailith mendesis perlahan.
Aki mengangguk kecil. Mujur terseliuh je. Aki bangun dan berkalih ke kerusi lain.
"Letak kaki kau kat kerusi tu." Arah Aki lagi. Tisu di atas meja dicapai dan dibawa mengelap mulutnya yang berminyak sedikit. Pandangan terus dikalihkan ke arah lain apabila Ailith perlahan-lahan mengangkat kakinya naik ke kerusi yang diduduki Aki tadi.
"Eh Aki! Gi mana?" Tanya Fauzan apabila Aki mahu berlalu pergi.
"Beli ais jap."
"ASAL kaki kau?" Tanya Yasmine. Siap mencangkung dia duk tenung kaki Ailith yang sudah berbalut di sebalik kasut crocs besar itu.
Ailith melepaskan keluhan. "Terjatuh kat longkang."
YOU ARE READING
IDRAKI : MR STORYTELLER
Random#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya...