•BAB 4• ⚠️

3.3K 537 105
                                    

AILITH duduk diam di bustop. Sekali-sekala mata memandang sepi kereta-kereta mewah yang lalu-lalang di hadapannya.

Sudah hampir satu jam juga dia menunggu Tok Hadi datang mengambilnya. Tapi masih tiada ciri-ciri tiba kemunculan Tok Hadi. Ailith melepas keluhan sebelum menjatuhkan dagu ke beg dukung di pahanya. Bibir pula sudah memuncung.

Mak long beritahu atok tak?

Kalau difikirkan secara logik, Hashima pasti takkan sampaikan pesanannya kepada Tok Hadi semalam. Tapi Ailith masih berfikiran positif dan berharap agar Hashima sampaikan jua pesanannya kepada atok. Untuk hari minggu ni, dia nak tengok atok.

Kali ini, Ailith diam menunduk bermain dengan keychainnya sendiri. Dia tak mahu lagi memandang kereta-kereta mewah yang keluar masuk dari perkarangan sekolah ini. Dia mula bersenandung perlahan mengikut alunan yang pernah dinyanyikan arwah mama.

Ketika itu, Ailith mula tenggelam dalam dunianya sendiri. Suara indah Hanani bagai menghantui dirinya dan air mata Ailith mula jatuh setitis tanpa sedar akan kehadiran susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya.

AKI terpegun di tempatnya. Tidak terkelip mata mendengar suara lunak dan merdu yang menguasai pendengarannya. Sungguh. Alunan merdu itu berjaya menghipnotisnya sehingga dia bagai hilang seketika dari realiti.

The siren's lure song...

Dia tak ubah seperti seorang pelayar yang belayar di lautan yang luas dan penuh misteri. Suasana di lautan itu sunyi. Tidak ada bunyi lain selain bunyi ombak dan angin. Selama berbulan-bulan dia di atas lautan dalam pencariannya mencari destinasi yang tidak tercapaikan dek akal. Hakikatnya, dia tidak menuju ke tanjung yang diharapkan tapi dia hanya mengikut suara alunan yang bergema di lautan itu.

Suara yang indah. Sangat menghipnotis. Tak ubah seperti bayu yang menampar lembut kulitnya. Lunak dan gemersik menampar pendengaran. Tapi sayu. Suara itu kedengaran sayu. Bagai ada segunung rasa sedih yang tidak terungkap di sebalik keindahan itu.

Perlahan-lahan langkah Aki diatur merapat ke arah perempuan yang duduk sepi di bustop. Serta merta suara lunak itu semakin jelas menampar pendengarannya dan Aki...

...tak pernah dengar suara seperti itu di sepanjang hidupnya.

She's... sounds just like sirens...

Ailith menyeka airmata yang mengalir di hujung matanya. Lantas dia bangun dari duduk. Dia memutuskan untuk pulang ke bilik dan tidur sahaja.

"Kenapa kau menangis?"

Ailith terkejut apabila tiba-tiba ada suara garau menegurnya. Dia terduduk semula ke kerusinya sebelum badannya jatuh ditarik graviti ke belakang.

Buk!!!

"Aduh!"

Aki yang menyaksikan peristiwa Ailith tergolek jatuh dari kerusi terus melepaskan keluhan.

Nah. She's not a siren.

In fact, she's just a clumsy girl.

"Auchiee." Ailith mengaduh seraya menggosok punggung yang pedih kerana jatuh tergolek di atas lantai bustop.

"Kau okey?" Tanya Aki lagi.

Ailith laju bangun dari duduknya. Terkelip-kelip mata terpandangkan Aki yang memandangnya lama seolah-olah pelik dengan tingkahnya.

Uhuks!

Alamak!

Terus berbahang wajah Ailith kerana tersedar akan Aki yang setia jadi pemerhati dia jatuh tergolek tadi.

Kenapa lelaki ni yang kena saksikan peristiwa memalukan tu? Kenapa?!

Kyaaa malu!!!

"Kau nak pergi mana?" Tanya Aki lagi. Mata menjeling bag dukung yang ada di ribanya.

IDRAKI : MR STORYTELLERWhere stories live. Discover now