Nadia P.O.V
"Desas-desus tentang perkahwinan seorang ahli perniagaan yang berstatus billionaire kini telah terjawab, apabila beliau telah memuat naik gambar di akaun sosial media rasmi miliknya yang menunjukkan majlis pertunangannya bersama seorang gadis yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya orang ramai."
Aku yang sedang menyiapkan bungkusan nasi lemak untuk dijual pada esok hari segera mengalihkan pandangan mataku ke arah televisyen usang yang sedang menayangkan berita utama di saluran TV3 yang terletak di ruang tamu rumah pusaka ibubapa ku ini. Tanpa sedar air mataku mengalir perlahan apabila terpandangkan wajah yang amatku rindui yang masih terpahat kukuh di dalam hatiku ini. 'Adam dah bertunang? Dengan Jasmine ke?' Pertemuan kali pertama dan terakhir ku dengan Jasmine hampir 1 tahun dahulu di Cardiff kembali bermain di ruang fikiranku.
1 tahun yang lalu,
Aku melangkah laju ke arah Cafe Bigmoose yang terletak di ibu kota Wales yang merupakan salah satu negara dalam United Kingdom. Lokasi tersebut telah diberi oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai Jasmine. Selama 6 bulan aku mencari dimana keberadaan Jasmine dengan bantuan mama Aina kerana mama Aina mempunyai ramai kenalan di UK memudahkan lagi pencarian ku untuk berjumpa dengan Jasmine. Aku fikirkan tempoh 6 bulan aku gunakan untuk mencari cinta untuk diriku namun di penghujungnya tempoh tersebut ialah untuk aku menemukan cinta untuk Adam. Aku mengeluh perlahan dan hatiku yang terhiris pilu aku cuba kuatkan demi kebahagiaan Adam. 'Aku kena kuat! Aku tak boleh menangis! Aku kena kuat demi kebahagiaan orang yang aku cintai.'
Pinggangku yang tiba-tiba terasa sakit menghentikan langkahku. Aku hampir terlupa yang kini aku sedang sarat mengandungkan anak pertamaku bersama Adam kerana sibuk memikirkan siapakah gerangan insan yang bernama Jasmine ini. Aku memperlahankan langkahku dan melangkah masuk ke dalam cafe tersebut. Mataku melilau mencari lokasi meja yang diberi oleh Jasmine di dalam cafe tersebut. Sebuah meja di tepi tingkap berhampiran dengan pintu utama. Mataku segera tertancap kepada raut wajah yang begitu cantik yang sedang duduk sambil menghirup secawan kopi ditangan perlahan-lahan. Liurku ditelan. 'Cantiknya! Mana mau aku mampu bersaing dengan perempuan yang macam ni! Patutlah Adam still sayangkan dia...' Sedang aku ralit memerhati wanita tersebut, tiba-tiba pandangan matanya terarah kepadaku. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangannya yang berada di atas meja tersebut. Telefon tersebut dilekapkan di telinga kanannya. Terasa getaran telefon pintar di dalam beg tanganku. Aku segera mengeluarkan telefon pintarku. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya dan dia segera melambaikan tangannya ke arahku. Aku melangkah ke arahnya dengan sejuta rasa yang bermain di benakku.
"Jasmine.." Dia segera berdiri sambil memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan kanannya ke arahku sambil bibirnya masih kekal dengan senyuman. Aku sempat berdeham sambil cuba tersenyum sebelum menyambut huluran tangan kanannya.
"Nadia. Nice to meet you Jasmine." Tangannya terasa hangat berbeza dengan tanganku yang jelas kedinginan.
"Nice to meet you too Nadia. Jemput duduk. Sorry I tak order apa-apa untuk you sebab tak tahu bila you akan sampai. Takut coffee you sejuk pulak nanti." Dia berkata sambil mengalihkan beg tangannya ke atas kerusi di sebelahnya. Aku segera duduk di kerusi di hadapanku perlahan-lahan dek kerana perut yang sedang sarat.
"Eh tak apa. Saya dah minum tadi sebelum datang ke sini... Ada perkara penting yang saya nak bagitahu cik Jasmine." Tekakku berasa kesat setelah menuturkan tujuan ku untuk bertemu dengannya.
"Perkara apa? Macam mana Puan Nadia boleh kenal saya? Rasanya saya tak pernah jumpa puan sebelum ini." Wajah Jasmine yang tadi tersenyum kini berubah serius. Matanya merenung ke dalam anak mataku.
"Saya... Saya nak cakap pasal Adam..." Hatiku berasa sayu setiap kali menuturkan nama Adam. Namun perasaan tersebut sedaya upaya aku buang jauh-jauh. Wajah Jasmine segera bertukar riak terkejut. Tangan kanannya segera menekup mulutnya seakan tidak percaya apa yang didengarinya.
"A...A... Adam? Adam Iskandar? Aku hanya menganggukkan kepalaku mengiyakan kata-katanya.
"Macam.. macam mana Puan kenal Adam? Kenapa dengan Adam?" Kelihatan mata Jasmine mula berkaca apabila bertanyakan tentang Adam.
Aku menghela nafas berat sebelum menutur kata.
"Adam.. Adam perlukan cik Jasmine. Dia masih sayangkan cik." Air mata yang mula bertakung di tubir mata aku tahan sedaya upaya daripada jatuh berguguran. 'Ya Allah... Kuatkanlah hatiku ya Allah.'
"Adam perlukan I? Macam mana you boleh tahu? Siapa you?" Dia menyoalku dengan riak wajah hairan. Matanya yang tadi berkaca-kaca kini sudah mengalirkan air mata perlahana-perlahan di pipinya.
"Saya... Saya... Saya isteri kepada kawan baik dia. Daniel yang mintak saya jumpa awak." Aku terpaksa berbohong supaya Jasmine tidak mengesyaki apa-apa tentang diriku. Untung sahaja sekarang Daniel masih lagi 'berperang' dengan Adam dan aku juga tahu Daniel begitu benci dengan Jasmine. Jadi mustahil untuk perkara ni sampai kepada pengetahuan Daniel.
"Ahmad Daniel?" Jasmine bertanya dengan suara yang sedikit bergetar. Aku hanya menganggukkan wajahku.
"Adam masih tak dapat lupakan cik. Dia perlukan sokongan dan dorongan daripada cik. Dia betul-betul masih sayangkan cik."
Tangisan Naira mematikan lamunanku. Aku segera mendukung Naira yang sedang berbaring tidak jauh dariku. Naira yang berumur 8 bulan tersebut segera aku cempung perlahan-lahan sambil mencium lembut ubun-ubunnya. Tangisannya mula mereda. 'Manja betul! Sikit-sikit nak berdukung. sikit-sikit nak berdukung!' Aku tersenyum melihat Naira yang mula tersenyum ke arahku. 2 belah lesung pipit di pipi aku renung. Wajahnya persis sepertiku. Matanya yang berwarna hijau serta rambutnya sedikit keperangan dia warisi daripada Adam. Pandangan mata Naira membuatkan rinduku kepada Adam sedikit terubat. Aku memeluk Naira erat.
"Maafkan mama sayang kerana gagal mencari cinta ... Maafkan mama, sayang kerana Naira lahir tanpa seorang bapa..."
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...