Chapter 15

290 9 8
                                    


Adam P.O.V

"Baju yang Mail dan Nadia pakai dalam gambar tu ialah baju yang sama pada hari kejadian banjir tuan. Tudung pun tudung yang sama. Waktu saya jemput Nadia dekat balai raya haritu dia pakai baju yang sama dalam gambar." Ya Allah apa aku dah buat ni. Aku meraup mukaku dengan kedua belah telapak tangan ku. Kepalaku aku sandarkan pada kerusi. Rasa bersalah mula menyelubungi diriku. Perasaan marah ketika Nadia melarikan dulu yang masih tersisa membuat aku membuat keputusan 'gila' seperti itu. Kenapa aku... kenapa aku sampai sanggup sakiti Nadia? Yang lagi gila aku hampir lafazkan talak. Yang paling gila aku suruh mama bincang cepatkan tarikh kahwin aku dengan Jasmine!!

Masih segar dalam ingatanku betapa terperanjatnya aku ketika Nadia menyerahkangunting untuk menikam dirinya. Adakah Nadia tidak mahu lagi hidup bersamaku? Nadia lebih memilih mati daripada hidup bersamaku? Yang aku pasti meskipun Nadia tidak pernah mencintaiku, aku akan miliki Nadia sampai bila-bila! 

Arrghh!! Aku settlekan hal Nadia dulu. Nadia lagi penting. Yang mama pun sekarang kenapa tiba-tiba baik pulak dengan Nadia? Mama sudah berani mengugutku untuk singkirkan aku dari W&D Group? Semakin rumit keadaan yang aku hadapi sekarang. Setiap gerak-geri aku perlu diatur dengan teliti terlebih dahulu. Kebiasaannya aku tak segopoh ini dalam membuat keputusan, namun hal-hal yang melibatkan Nadia aku jadi tak tentu arah. 

Kenapalah aku tak suruh Zarul siasat dahulu? Tapi yang Nadia gatal naik motor sekali dengan Mail tu kenapa? Aku tak sanggup untuk bayangkan situasi tersebut. Tak guna punya Mail!!

"Siasat dashboard kereta siapa tu. Cari sampai jumpa yang ambil gambar tu. Kasi cuci." Aku mengangkat wajahku memandang ke arah Zarul dengan wajah yang serius sambil memberikan arahan. Zarul mengangguk faham dan ingin berlalu pergi dengan segera. 

"Eh... satu lagi. Logik ke kalau ada perempuan yang tak faham kita nak susu dia tu apa?" Zarul segera berpaling dan sudah tercengang mendengar pertanyaan ku itu.

"Takpelah.. Kau mana faham hal rumah tangga. Memang forever alone dari dulu." Aku berkata sambil menunjukkan isyarat 'pergi' kepada Zarul.

"Logik tuan. Sebab Puan Nadia lain dari yang lain." Zarul bergegas meninggalkan ruang pejabatku dengan segera. 'Logik eh? Lain dari yang lain? Apa yang lain apa yang lain? Jap aku google jelah.'

Aku pantas menaip pada keyboard imac di hadapanku. 'Ciri-ciri perempuan lain dari yang lain'. Aku membaca satu persatu.

"Ahhh.. mengarutlah... Nadia tu cikgu kot. Duduk kat KL. Menyewa sendiri pulak tu. Nonsense!"

Aku menekan interkom untuk menghubungi setiausaha ku Bella.

"I'll be working from home starting tomorrow. Nanti send je documents online. If anyone wants to make any appointment, arrange google meet. I ada benda urgent nak kena settle." Aku memberitahu Bella dan segera beredar untuk melihat wajah Nadia yang sentiasa mengganggu tidurku. 

Sampai sahaja di banglo jam dipegelangan tangan sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Aku melangkah kearah rumah bunga untuk melihat Nadia yang sedang tidur. Memang sudah menjadi rutin harianku saban hari untuk 'skodeng' Nadia setelah dia tidur kalau tak aku tak dapat tidur dengan lena. Aku mengatur langkah sampai di hadapan tingkap yang sudah menjadi spot aku untuk  melihat Nadia.

'Macam mana erk aku nak tengok dari jarak yang lebih dekat tanpa membuat Nadia terjaga? Ingin sekali aku menyebak rambut yang menutupi wajahnya yang sedang tidur itu kerana menghalang penglihatanku daripada terus menatap wajahnya yang cantik bagaikan bidadari. Semenjak kejadian tempoh hari Nadia kerap kali mengelak daripada bertembung denganku. Dia seakan-akan menghilangkan diri setiap kali aku berada di banglo.' Beberapa kali pada awalnya aku mencuba untuk masuk ke rumah bunga tersebut, namun bunyi derapan tapak kaki yang berjalan di atas lantai kayu sahaja sudah berhasil mengejutkan Nadia yang sedang lena. 

6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now