Nadia P.O.V
"One is loved because one is loved. No reason is needed for loving."
'Eh, tadi dia ni cakap nak jaga Adam. Ini dah terbalik pulak. Aku pulak yang dia jaga?' Aku tersenyum melihat Jasmine yang sedang memotong buah epal di hadapanku. Mukanya begitu fokus sehingga menampakkan kerutan di dahi dan beberapa kali pisau hampir terlucut dari tangannya.
"Mana Dan?" Jasmine yang kelihatan kekok memotong buah di dalam piring di hadapanku bertanya kepadaku. 'Senget benget buah epal dia potong.. Kesian pulak tengok dia terkial-kial macam tu.'
"Meh sini pisau tu. Biar I yang potong.." Aku menghulurkan tangan ku sambil tersenyum nipis dan meminta pisau yang sedang dipegang Jasmine. Jasmine menghulurkan pisau di tangan sambil tersenyum kelat.
"Sorry.. I potong buruk. Hahah. I tak reti sebenarnya tapi sebab konon nak jaga orang sakit, I try lah jugak. Hahaha. Eh tapi mana husband you? Dia tak datang visit you langsung ke? I lama dah tak jumpa dia. Tapi I ada dengar yang dia gaduh besar dengan Adam. Tu yang I tak berani sebut langsung nama dia depan Adam." Jasmine berkata sambil menyuap potongan kecil buah epal yang aku potong di atas piring. Aku mengehela nafas ku dengan berat. 'Menyesal pulak aku tipu yang aku ni wife Dan. Dah kena terus berbohong dengan Jasmine.' Rasa bersalah mula menerpa diriku kerana melihatkan Jasmine begitu baik dengan diriku.
"Oh... Dan.. Dan dia tak datang sebab dia tahu Adam ada kat sini jugak. Dia malas nak gaduh. I pun tak bagi dia datang sini takut bergaduh pulak dekat sini dua orang tu." Terasa telapak tanganku mula berpeluh. Jemari tangan kanan ku sudah bertaut dengan jari-jemari tangan kiriku. 'Perlukah aku terus menipu?'
"Tell me.. How you can fall in love with Dan?" Suara eksaited Jasmine mula kedengaran. Matanya yang cantik merenung wajahku sambil tersenyum riang. Aku menggelengkan kepalaku kerana tidak mahu terus menipu Jasmine.
"No.. no.. Tell me.. Tell me please.. I promise I'll keep zipping my mouth! Bagitahu lah... To be honest.. You looklike an Angel! Sumpah Dan is a very lucky guy!" Apa pulak Dan yang very lucky guy? Adam tu yang very lucky! Hahaha.
Tiba-tiba sahaja pintu bilik hospital di buka dari luar dengan kasar. Wajah Adam yang kemerahan seperti sedang menahan marah terhidang di ruang mataku. 'Ah sudah! Adam dengar ke? Mampus aku!!'
"You buat apa kat sini??! Get out from here now!" Adam berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh ke arahku. Wajah Jasmine sudah memerah kerana menahan malu. Kesian pulak aku melihat Jasmine diperlakukan seperti ini kerana Jasmine tidak mengetahui apa-apa.
"Sorry ye Nadia. Adam memang panas baran macam tu. I have to deal with this so many times. Dah terbiasa.. You don't have to worry." Jasmine menepuk lembut belakang telapak tanganku sambil tersenyum kelat dan segera bangun untuk berlalu pergi.
"It's okay. Kita boleh borak nanti lepas I discharge!" Aku mengeluarkan telefon pintarku dan juga business card Jasmine. Nombor Jasmine aku dial. Jasmine segera mengeluarkan telefon pintarnya dari handbag yang tersangkut di bahu.
"Nanti I call you! See you later!" Jasmine berlalu pergi sambil melambai-lambai tangannya ke arah ku tanpa senyuman lekang di bibir. Aku membalas lambaian dan senyumannya sambil menghela nafas yang berat. 'Apa aku nak cakap dengan Adam ni? Baru je baik dah dia naik hantu balik. Yang Jasmine ni pun satu! Time-time kat sinilah dia nak tanya pasal Daniel. Haih!'
___________________________________________________________________________
Getaran telefon pintarku menyebabkan lenaku terganggu. Aku melihat ada notification whatssap dari Jasmine. Dia menghantar selfie wajahnya yang sedang tersenyum memandang kamera bersama Adam yang sedang duduk di atas katil hospital sambil matanya fokus menyemak dokumen di atas meja. Caption di bawah gambar tersebut 'teman orang sakit yang sedang moody berkerja'. Aku tersenyum sendiri melihat caption tersebut. Adam memang begitu. Sikit-sikit moody. Sikit-sikit moody. Dah macam tengah period pulak! 'Kat hospital pun sibuk dengan kerja ke?' Kasihan pulak aku dengan Jasmine yang seperti langsung tidak diendahkan. Padahal aku pun tahu Jasmine juga seorang yang sibuk dengan kerjayanya.
Tiba-tiba aku merasakan untuk melakukan proses menghilangkan sisa dari tubuh, mengawal jumlah darah dan tekanan darah, mengawal tahap elektrolit dan metabolit, dan mengawal pH darah iaitu dengan bahasa mudahnya buang air kecil.
Aku melangkah perlahan ke arah tandas yang berada tidak jauh dari bilik yang aku diami. Tiba sahaja di hadapan tandas aku melangkah masuk dan menuju ke arah sinki untuk membasuh tanganku dahulu. Tiba-tiba sahaja tubuhku ditarik dengan kasar oleh seseorang ke dalam salah satu ruang tandas yang berada tidak jauh dari sinki tersbut. Aku yang panik ingin menjerit sekuat hati namun pantas mulut ku ditekup dengan tangan seseorang. Aku mengangkat wajahku dan melihat wajah Adam berada di hadapan wajahku. 'Apa Adam buat kat sini?'
Setelah beberapa ketika Adam melepaskan tangannya dari mulutku.
"Awak buat apa kat sini?!" Aku berbisik seperlahan yang mungkin takut-takut ada orang diluar yang mendengar.
"Hampir sahaja awak buat saya sakit jantung tahu tak?! Jasmine tak..." Adam pantas mencumbui bibirku dengan rakus sebelum sempat aku menghabiskan ayatku. Ciuman Adam rakus tapi masih penuh dengan kelembutan. Aku memejamkan mata hanya menikmati permainan bibir Adam.
"I'm that very lucky guy! Not Dan!" Sempat Adam berkata sedemikian sebelum menyambung mencumbuiku tetapi kali ini dengan lebih lembut. 'Adam dengar semua yang Jasmine cakap tadi!!' Aku mencuba sedaya upaya tidak mendesah dengan kenikmatan yang aku rasa ketika ini. Adam meleraikan ciumannya dengan nafas yang tidak sekata. Aku juga begitu. Terasa seperti berlari dalam jarak yang jauh! Nafasnya menampar lembut wajahku sambil matanya merenung bibirku yang basah. Aku menjilat sedikit bibirku namun Adam pantas berbisik di telinga "Never do that in front of any other guy!" Aku menelan liurku.
"Awak buat apa kat sini?" Aku bertanya hampir tidak kedengaran dengan wajahku menunduk melihat tubuh Adam yang begitu rapat seperti bersatu dengan tubuhku.
"I miss you... I only want you and.. I love you."
Note: Sebenarnya author nak buat hot scene. Tapi readers tak nak :( Jadi setakat itu sahajalah scene dalam toilet tu hahaha
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...