Chapter 14

245 10 10
                                    


Nadia P.O.V


Dugaanku buat kali ini bukan sahaja dari segi mental malah kini Adam mula menyeksa fizikalku pula. Bermacam-macam kerja yang dia arahkan untuk aku buat. Dari pagi sampai ke malam ada sahaja benda yang dia akan suruhku buat. Dan-dan masa ni jugaklah dia nak work from homenya. Mengada betullah... Mentang-mentang dia boss, suka-suka hati dia je nak work from home la apa la. Masa aku untuk bersama Naira juga menjadi semakin singkat dek kerana terlalu banyak kerja rumah yang aku disuruh buat. Kerja yang paling diminati Adam ialah basuh kereta. Kenapalah dia tak bukak carwash je? Takdelah aku kena basuh kereta dia hari-hari. Adam seakan sengaja bersilih ganti menukar kereta yang dipandunya setiap hari. Termasuk hari ni sahaja sudah 10 biji kereta yang dia bertukar ganti. Tambah lagi waktu basuh tu, itu tak kena lah, ini tak kenalah, serbuk pencuci tak betul lah, air kuat sangatlah, sental salah arahlah, yang paling tak masuk akal kalau nak lap cermin kereta kena anti- clockwise baru air tu rata sebab daya cohesive force tu kuat. Mengarut betul lah.. Dia ingat aku budak-budak apa nak percaya benda karut macam tu. Cuba lah fikir benda yang bermanfaat sikit. Contohnya kenapa air dalam bahasa Melayu ialah air tetapi air dalam bahasa Inggeris ialah udara. Haa.. Yang macam ni barulah bermanfaat sikit.

Aku masih lagi tidak faham apa yang sebenarnya Adam mahu. Adakah Adam mahukan aku mati secara perlahan-lahan sebab overwork? Atau Adam nak biar aku nampak macam maid supaya aku nampak selekeh? Atau Adam tak mahu aku berlama-lama dengan  Naira? Atau Adam memang sengaja menyeksa aku? Aku buntu memikirkan apa sebenarnya motif Adam arah aku buat itu ini. Kalau dah benci kenapa sebok lagi duduk kat sini? Balik lah penthou.. Eh tak tak. Penthouse jangan! Duduk je kat banglo ni hadap muka aku. Haha. 

"Oi!! Apa benda lama sangat cuci longkang tu!" Haaaa... Dah datang dah kanak-kanak rebena ni. Kalau benci cakap benci. Kalau sayang cakap sayang. Mulut cakap benci tapi pantang tengok aku senang sikit mesti ada je benda yang dia nak suruh aku buat. Aku sememangnya melancarkan perang dingin terhadap Adam. Aku jarang sekali menuturkan apa-apa perkataan. Hanya kadang-kadang jika perlu. Aku kalau boleh sedaya upaya mengelak dari bertembung dengannya. Namun dia pulak yang tak henti-henti panggil aku kesana kemari. Menyampah betullah! 

"Aku tahu kau dah diserang jin bisu sekarang tapi mulut tu tak perlulah terkumat kamit mengata aku depan-depan. Dah siap cuci longkang, pergi mesin rumput yang panjang tepi court basketball sana." Haaaaa??!! Mesin rumput??!! Bukan ada tukang kebun ke? Mana aku reti mesin rumput! Belum sempat aku membantah Adam sudah berlalu pergi dengan langkahnya yang panjang. 'Masaklah aku! Mana aku pernah mesin rumput! Rumput kat rumah kampung pun aku upah Mail yang mesin! Karang aku call Mail mesin karang mahu runtuh langit tu Adam mengamuk. Hahaha. Benci tapi cemburu! Pelik-pelik...' 

Aku berjalan menuju ke sebuah bangsal dimana tersimpannya segala kelengkapan tukang kebun di situ. Aku melihat Pakcik Halim sedang mengasah parangnya. Aku sengaja berdehem untuk mengalihkan perhatiannya. Aku tidak pernah lagi menyapa Pakcik Halim sebelum ini. Hanya beberapa kali sahaja terserempak sewaktu aku buat kerja rumah. Pakcik Halim pantas berdiri tegak apabila melihat kehadiranku di situ. Dia menundukkan kepalanya sedikit sebagai rasa tanda hormat.

"Ya Puan.. Ada apa-apa boleh saya bantu?" Macam askar pulak dah Pakcik Halim ni. Patutlah kalau terserempak dengan dia pun laju je dia beredar. Hormat sangat dengan majikan rupanya. 

"Errr... Mana mesin rumput ye?" Aku bertanya sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. 

"Ada kat dalam bangsal. Nanti saya ambilkan.. Tapi.. Maaf bertanya. Tapi Puan nak buat apa dengan mesin rumput?" Haaa... Kan dah agak. Siapa je tak pelik kalau tiba-tiba 'Isteri' majikan mintak mesin rumput! Nasib lah dapat suami tiga suku macam Adam ni. 

"Pakcik Halim ambil je dulu." Pakcik Halim meanggukkan kepalanya seraya berlalu pergi ke dalam bangsal. Selang beberapa minit, Pakcik Halim tiba dengan memikul mesin rumput dengan kedua belah tangannya dan meletakkannya di hadapanku. 'Berat tak mesin ni erk? Larat ke aku nak pikul?' 

"Puan nak buat apa dengan mesin rumput ni?" Sekali lagi Pakcik Halim bertanya dengna riak wajah hairan.

"Errr... Saya nak belajar mesin rumput. Hehehe." Aku menjawab sambil tersenyum kelat. 'Banyak lagi benda lain kau boleh belajar Nadia oi. Tak beragak tipu cakap nak belajar!' 

"Tapi Tuan tahu ke Puan nak belajar mesin rumput ni? Bahaya kalau salah cara potong." Dah sah-sah singa jantan tu tahu. Sebab dia lah yang suruh. Namun kata-kata itu hanya terbit di dalam hatiku sahaja. 

"Tahu.. Saya dah bagitahu dia tadi. Ni macam mana nak bagi hidup enjin dia ni?" Aku bertanya sambil mencari-cari dimana suis penghidupnya. 

"Ni tarik pemicu ni. Minyak petrol ada lagi kat dalam tangki tu. Kejap biar saya hidupkan dulu. " Pakcik Halim pantas menarik pemicu tersebut dan serta merta kedengaran mesin rumput tersebut mula hidup enjinnya. 

"Puan Nadia sarung tali ni dekat kedua belah bahu macam pikul beg sandang. Dan ini suis nak bagi blade mesin rumput ni berpusing atau berhenti. Ingat betul-betul ya Puan. Supaya nanti tak tersilap. Pastikan kalau nak rehat, berhentikan dahulu blade mesin rumput ni. " Aku hanya meangguk faham tanda mengerti. Pakcik Halim lantas mengangkat mesin rumput tersebut dan menyarungnya dibahuku. 'Takdelah berat sangat. Mesti boleh buat ni.' 

Aku melakukannya secara perlahan-lahan kerana gerun melihat blade mesin rumput ini berputar. 'Buat sikit-sikit sudahlah. Dah agak lama karang aku berhentilah. Tak pun kalau singa tu pergi mana nanti aku berhentilah buat.' Aku sudah membuat perancangan di dalam kepalaku sambil mata dan tangan masih tekun memotong rumput-rumput yang tidak lah panjang mana di sekeliling kawasan court basketball tersebut. Aku mengangkat wajahku kehadapan apabila mendengar bunyi lantunan bola basketball di atas gelanggang. 

'Adam!' 

'Ni dah kenapa ni tiba-tiba nak main basketball pulak ni?????! Macam mana aku nak buat kerja ni kalau dia duk inspect kerja aku dari dekat ni? Aku baru plan nak berlakon macam mesin rumput je bukannya buat betul-betul! Ni kalau mamat ni dah ada kat sini memang tak jadi lah plan aku!' 

Aku melihat Adam menunjukkan skill bermain basketball yang dia ada. Aku tahu juga tentang sukan ini kerana aku juga pernah bermain sukan ini sewaktu di universiti dahulu. Dribble, shooting dan lay up Adam seolah-olah Adam sememangnya bukan lagi seorang beginner.

Aku terpana melihat dahi dan sekitar wajah Adam dipenuhi keringat tanpa kelopak mataku berkedip. 'Handsomenya dia dengan jersi basketball macam ni! Dengan berpeluh lagi macam tu pun nampak.. nampak.. HOT! Ni kalau mana-mana perempuan tengok dia main basketball siapa je yang tak jatuh hati.'

"Aduhhhhhhh!!! Sakitnyaaa!!" Aku yang terperanjat menjerit kesakitan apabila tidak semena-mena blade mesin rumput tersebut telah terkena pada sebiji batu. 

"Nadia!!!!!" 

Terdengar tempikan Adam bergema dengan kuat sambil meluru berlari kearahku. Aku melihat darah mula mengalir di dahiku. Dan pandangan ku menjadi gelap.


6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now