Nadia P.O.V
"Thinking of you keeps me awake. Dreaming of you keeps me asleep. Being with you keeps me alive."
"Nadia???!!" Aku menoleh ke belakang kerana terdengar suara wanita memanggil namaku. 'Siapa pulak yang ikut aku sampai ke rooftop hospital ni?' Aku terpandangkan Adam yang sedang berdiri di belakang wanita tersebut. Wajah wanita berkenaan dan Adam aku pandang silih berganti. 'Ohhhh.... Jasmine?' Aku merenung wajah Adam yang yang kelihatan biasa-biasa saja dengan tangan dimasukkan ke dalam ke poket seluar. 'Dia plan semua ni ke? Dia nak sakitkan perasaan aku lagi ke? Tak cukup ke apa yang dia buat kat aku selama ni? Semalam bukan main ungkap kata-kata sayang... Harini dia lukakan perasaanku lagi dan lagi dan lagi. Dasar lelaki!'
"You Nadia kan??" Aku hanya menganggukkan kepalaku sambil mataku masih merenung ke arah Adam.
"You tak ingat I? I Jasmine lah! You yang jumpa I haritu masa kat Cardiff!" Jasmine berkata sambil memegang lenganku. Wajahnya kekal ceria dengan senyuman tanpa lekang di bibir. 'Ah sudah... Dia cakap pulak pernah jumpa aku. Habislaaa singa ni menyinga kejap lagi! Eh, jap.. jap.. yang salah sekarang ni dia! Dia yang bawak Jasmine jumpa aku. Dia yang patut takut! Bukannya aku!'
"Ohh.. Ye ye.. Ingat dah! Sorry semalam kepala I ada terhantuk sikit. Tu yang tak berapa nak ingat. Haha." Aku cuba mengubah suasana dan mood kepada yang lebih ceria. Jasmine tak salah dan tak tahu apa-apa. Jadi tak adil kalau aku melayannya ala kadar.
"Oh, by the way I want to say very big thanks to you.." Jasmine berkata sambil mengenyitkan mata kirinya. Aku hanya tersenyum nipis sambil kadang-kala mataku menjeling reaksi Adam yang masih berdiam diri di belakang Jasmine.
"Oh.. tak perlu terima kasih pun. You deserve everything you got.." Deserve? Maknanya aku lah yang tak layak untuk dapat Adam. Hatiku terasa pilu. Namun aku perlu kuatkan diri supaya hatiku tidak terluka lagi.
"Taaadaaaa!!! This is my fiance. Adam! And babe, this is Nadia. The one I told you. Lovely lady I met in Cardiff. Kan I pernah tanya you dulu contact dia apa semua. Tapi you buat dunno je." Aku hanya mengangkat tanganku kepada Adam sebagai isyarat 'Hai' sambil cuba mengekalkan senyuman. Adam membalas isyarat tanganku dengan menaikkan sedikit tangannya dengan bibir diherotkan sedikit. 'Dah macam stranger dia buat aku di depan Jasmine. Aku terasa berjauh hati dengan tingkah Adam seperti ini. Hina sangatkah aku untuk dijadikan kenalan dia?'
"Nadia you tahu tak, haritu I beria-ria lah tanya Adam pasal you sebab I tengah cari model untuk fashion show tudung. Waktu you pregnant dulu pun dah cantik giler! Sekarang lagilah letops. Macam mana you jaga body you lepas pregnant? Macam manalah Adam boleh cakap dia tak kenal you.. Ish! Workaholic sangat dia ni." Letops ke aku ni? Entah.. Aku jarang-jarang tengok cermin. Tapi of course lah letops.. Aku wife Dato' Adam Iskandar kot. See my level! Tipsnya jangan jadi kaya... hahaha. Aku diet sebab tak cukup makan bukan sebab nak diet..
"Dah.. dah.. Masuk dalam dulu. Panas dah kat atas ni. Nadia tengah sakit tu. You kata nak jaga I tengah sakit kan? Bukan nak bergossip kat atas ni.." Adam pantas berkata-kata sebelum sempat aku menjawab pertanyaan Jasmine. Adam pantas memaut menggenggam tangan Jasmine dan menarik tangan Jasmine untuk berjalan mengekorinya. Jasmine sempat meletakkan business cardnya di atas telapak tanganku sebelum beredar berjalan seiringan dengan Adam.
"Nanti call I tau!" Sempat lagi Jasmine memesan kepadaku sambil mataku memandang pasangan merpati dua sejoli itu tanpa lepas. Aku tak dapat menipu hatiku.. Aku cemburu! Argghh! Kenapa bukan tanganku yang digenggam Adam? Aku selalu merendahkan egoku setiap kali Adam cuba berbaik denganku. Aku tak mahu hanya kenangan buruk yang tinggal bersama Adam. Aku mahu mengukir sebanyak mungkin kenangan indah selama yang mungkin sementara masih bergelar isteri kepada Adam Iskandar.
"Peninglah pulak. Macam mana nak jalan balik bilik ni? " Aku duduk diatas bangku yang terdapat di rooftop tersebut kerana kepalaku tiba-tiba terasa pening. Mungkin kerana aku tidak makan sejak pagi tadi. Terik matahari kian terasa. Mungkin sudah hampir menginjak tengah hari. Dahiku yang sedikit berpeluh aku lap dengan belakang telapak tangan. 'Duduk kejap la. Kejap lagi okay la ni. Aduh... Peningnya! Baring kejap la atas bangku ni.'
"Kau ni kenapa nak baring kat sini pulak?" Baru sahaja aku mahu rebahkan tubuhku, Adam pantas menyambar tubuhku dan kepalaku diletakkan di atas ribanya.
"Saya pening kepala.. Awak buat apa kat sini? Nanti tunang awak nampak.." Aku cuba bangun dari pangkuan Adam, namun pantas Adam menahan tubuhku daripada bangun. Dia menutup sinar cahaya matahari daripada terkena wajahku dengan telapak tangannya.
"Dia pergi makan tengah hari. Kau tak makan lagi dari pagi kan? Aku dah suruh Zarul belikan ayam masak merah kegemaran kau. Siap dengan pavlova. Jangan nanti cakap aku tak sayang eh?" Adam tersenyum melihatku sambil jari jemarinya membuang peluh di dahiku. 'Adam ingat makanan kegemaranku? Adam sayangkan aku?' Hatiku terasa terpujuk dengan kata-kata Adam sebentar tadi. 'Nak marah-marah buat apakan? Buang masa je.'
"Macam mana awak tahu makanan favorite saya? Sejak bila?" Aku bertanya dengan rasa tidak sabar. Sebab sudah lama kami berpisah dan lama juga aku tidak makan bersama Adam atau masak untuk Adam.
"Underwear dengan bra kau pun aku tahu yang mana favorite kau. Inikan pulak setakat makanan. Hahaha." Adam berkata sambil ketawa perlahan. Kelakar sangatlah tu! Aku sudah menjegilkan mataku. Pipiku terasa berbahang. Pantas aku mencubit perlahan peha Adam. 'Wah..wah.. sekarang dah berani cubit peha ya Nadia? Ahh.. Biarlah.. Adam kata dia sayangkan?'
"Aduh.. sakitlah sayanggggg.... Gurau sikit pun marah. Lama dah aku tahu. Tak ingat dah bila. Tahu-tahu je semua pasal sayang abang ni aku ingat." Adam berkata sambil menundukkan wajahnya dan mencium pipiku perlahan.
"Pasal Jasmine... Nanti aku settlekan. Sayang jangan marah ye. Sayang jangan lari-lari.. Penat nanti aku nak kejar. Tapi kalau sayang lari, aku akan kejar walaupun untuk seribu tahun lagi. Aku takkan pernah putus harapan. Sedia.. setia.." Tanpa sedar air mataku perlahan-perlahan menuruni pipiku. Adam mengelus lembut pipiku dengan tangan kanannya sambil tangan kirinya memegang lembut jemariku.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...