Adam P.O.V
Layanan Nadia terhadapku mula berubah. Nadia melayanku tak ubah seperti robot AI yang hanya menjalani rutin sehariannya yang hampir sama pada setiap hari persis seperti sewaktu dia mula-mula berada di villaku dahulu. Lebih kerap termenung dan mengelamun. Hanya bercakap ketika perlu. Tiada senyuman mahupun ketawa. Hanya satu perubahan yang betul-betul membuatkan jantungku berhenti berdegup. Bumi seakan berhenti berputar. Waktu seakan terhenti dari terus berjalan.
Perubahan ketika berada di atas katil bersamaku! Nadia sudah mula memakai pakaian yang membuat nafasku menjadi sesak. Seakan oksigen begitu sukar untuk melalui saluran pernafasan ku. Seminggu pertama aku merasakan bahawa akulah lelaki paling bahagia dan beruntung mempunyai isteri secantik dan seseksi Nadia. Layanan yang diberikan kepadaku pun aku boleh kategorikan A+++. Namun masuk minggu kedua, aku sudah merasakan sesuatu yang aneh ketika Nadia melakukan perkara itu bersamaku. Seolah-olah... kaku. Ya.. kaku. Tanpa perasaan sayang. Tanpa belaian kasih dan manja. Adakah dia benar-benar memikirkan yang aku menganggapnya seperti perempuan murahan? Yang hanya digunakan untuk melampiaskan nafsu? Aku meraup wajahku berkali-kali. Sudah 2 minggu Nadia melancarkan perang dingin ini. Aku sudah tidak sanggup lagi melihat Nadia merendahkan maruahnya seperti itu.
Sedang fikiranku asyik melayang, aku merasakan pergerakan tubuh Nadia yang sedang tertidur pulas di dalam pelukanku. Nadia cuba mengalihkan tangan kananku yang memeluk kejap tubuh langsing Nadia namun aku menguatkan lagi pelukan di tubuhnya supaya tidak terlepas. Aku pantas memejam kembali mataku selepas merasakan Nadia menoleh kearahku. Nadia hanya berdiam diri sambil terus menatap ke arahku. Hanya deruan nafasnya menampar pipi kananku.
"You can work with Jasmine.." Ucapku perlahan dengan mata yang masih terpejam. Terasa henjutan bahu kanan Nadia yang dipegang erat tangan kananku menandakan dia kaget kerana aku bersuara secara tiba-tiba. Nadia hanya mendiamkan diri sambil matanya membulat memandang ke arahku yang kini menatap terus ke dalam matanya.
"But on one condition.." Aku menarik nafasku sebelum menyatakan syarat yang sudah lama aku fikirkan.
"Zarul ikut kau.."
"Mana ada designer sampai ada bodyguard.." Nadia pantas memotong kata-kataku dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Pantas sahaja Nadia menutup mulutnya dengan tangan kanannya, mungkin terlanjur berkata-kata.
"Not as your bodyguard.. He will work there too. He will be watching you." Aku berkata sambil menatap tajam ke arah Nadia.
"Awak tak percayakan saya?" Nadia bersuara sambil menundukkan wajahnya sambil memainkan jemari kiri dan kanannya antara satu sama lain.
"Bukan aku tak percayakan kau... Aku tak percaya dengan 'buaya-buaya' kat sana. Please.... jangan marah aku..." Aku dapat merasakan Nadia sedang tersenyum meskipun wajah dia sedang menunduk tanpa sebarang kata. Aku mengangkat wajah Nadia menggunakan hujung jemariku. Pantas Nadia mematikan senyumannya dengan riak wajah kembali tegang. Hatiku sedikit kecewa namun aku hanya memendam rasa.
Tidak pernah seumur hidupku aku meminta sedemikian rupa. 'Kalau Zarul dengar ni mesti dia gelakkan aku sampai 7 keturunan!' Nadia mengangguk perlahan tanda faham dengan alasan yang kuberikan.
"Start kerja next week, esok prepare apa yang patut. Use allowance yang aku bagi every month tu. You didn't touch it at all. Aku bagi bukan suruh simpan, itu untuk monthly expenses kau. I'll add 10k for every month kalau kau tak belanja langsung!" Sengaja aku mengugut untuk menambah perbelanjaan bulanan Nadia kerana aku tahu pasti Nadia akan segera menolak.
"Jangan! Jangan tambah apa-apa. Apa yang awak bagi selama ini pun dah cukup sangat-sangat! Awak tahu kan saya tak suka duit banyak-banyak.." Aku pantas mencium bibir Nadia yang sedang menutur kata. Nadia pantas memejamkan mata dan menerima ciuman lembutku di bibirnya.
"I know that... That's why you are the most PRECIOUS in my eyes" Aku berbisik perlahan di telinga Nadia selepas melepaskan ciumanku dibibirnya. Pipi Nadia berona merah. Terlalu cantik dan cute! Sengaja aku tekan perkataan 'precious' supaya dia faham yang aku tidak menganggapnya seperti pelacur murahan. Tidak pernah selama aku bersama Nadia, aku memikirkan Nadia seperti itu.
Aku mengerling jam yang menunjukkan jam 3 pagi yang berada di atas meja yang terletak bersebelahan katil.
"Aku lapar... Boleh tolong masakkan something?"
Nadia pantas bangun dari pembaringan. Pelukanku dipinggangnya terlepas.
"Boleh-boleh! Saya pergi masak sekarang!" Nadia pantas berlari meninggalkanku berseorangan di atas katil dengan mata terkebil-kebil. 'Lajunya dia lari!'
_______________________________________________________________________
Nadia P.O.V
Nafasku tercungap-cungap setibanya aku di dapur kerana berlari terlalu pantas. Peluh kecil yang terbit di dahiku aku lap dengan belakang telapak tangan kananku. 'Fuh! Nasib baik tak mati sakit jantung tadi! Kenapa Adam malam ni??!! Baik semacam.. Romantik semacam.. Menawan semacam.. Handsome semacam! Eh.. Hari-hari dia memamng handsome!' Aku menggelengkan kepalaku perlahan seakan-akan enggan percaya dengan perubahan drastik Adam. Selama 2 minggu Adam mendiamkan diri takkan tiba-tiba hari ni dalam satu malam dia boleh berubah?
'Apa pulak rancangan Adam kali ni? Betulkah dia benar-benar mengizinkanku untuk berkerja atau ini ialah sebahagian daripada rancangannya yang belum lagi dapat aku pastikan?' Apa-apa pun aku berasa amat bersyukur kerana akhirnya aku dapat keizinan untuk menghirup udara selain daripada udara di banglo mewah ini. Hidupku yang selama ini terkurung sudah mempunyai sinar harapan untuk kembali bebas. Aku melangkah ke arah sinki yang berada di ruangan hujung dapur tersebut untuk membasuh tanganku sebelum menyediakan bahan masakan sebentar lagi.
Sedang aku membasuh kedua belah tanganku, sepasang tangan melingkari pinggangku sambil mengucup lembut bahuku yang terdedah. 'Terdedah!' Baru aku perasan yang aku hanya memakai sehelai baju tidur yang terdedah di bahagian bahu dan hanya menutup separas pehaku. Tekakku mula berasa kesat. Gulp! Air liur ku telan secara paksa. 'Ah sudah! Panik punya pasal sampai aku lupa nak sarung kain batik dengan cardigan! Nasib baik berdua je kat sini.'
"Why were you running? Sampai berpeluh bahu ni" Adam mengelap perlahan peluh di bahuku dengan hujung jemarinya sambil tangan kirinya masih tetap memeluk tubuhku. Adam menjilat hujung jemarinya yang dia gunakan untuk lap bahu aku sebentar tadi. Tak kotor ke jilat peluh? 'Ah sudah!' Terasa jemari tadi mula bermain di sekitar pehaku. Tubuhku tiba-tiba terasa semakin hangat. Pipiku sudah mula membahang.
"Errr... Nak.. cepat masak sebab awak kan dah lapar?" Aku beralasan sambil bergerak sedikit payah kerana Adam masih lagi memeluk pinggangku dengan erat. Aku mengambil tomato dan timun yang berada di dalam bekas berdekatan dengan sinki. Pisau dan alas pemotong dicapai. Aku memotong tomato perlahan-lahan sambil menahan perasaanku yang mula mengganggu konsentrasi ku. Mataku dipejam... Aku berharap malam ini berlalu dengan segera.
(komen 'NAK' kalau mahukan HOT SCENE. Kalau takde yang komen nak, saya consider takde yang nak dan saya akan teruskan je dengan chapter baru nanti. Maaf lama tak update. It should be last week. Tapi too many things happened last week, terpaksa postpone harini. Thankyou for continue reading this noob novel. Hahaha. THANKS A LOT FOR 200K READS!)
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...