Chapter 9

266 8 1
                                    


Nadia P.O.V


'Susu kau... Aku punya.. Susu kau.. Aku punya... Susu kau.. Aku punya..' Apa maksud Adam erk? Ayat yang ditutur oleh Adam pada malam semalam masih terngiang-ngiang di telinga ku. Susu Anmum yang aku tengah bancuh ni ke yang dia nak? Boleh je kalau dia nak share. Aku buat 2 gelas lah. Mana tahu kalau betul dia nak minum sekali. 

Aku melangkah menaiki tangga ke ruangan atas menuju ke bilik tidur utama banglo ini sambil menatang 2 gelas susu di atas sebuah dulang. Kelihatan lampu bilik tersebut masih terpasang. Pintu bilik aku ketuk beberapa kali sebelum berdiri tercegat menunggu Adam membuka pintu. 

Daun pintu ditarik dari dalam. Aku melangkah perlahan-lahan memasuki bilik tersebut. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke bilik Adam. Dan pertama kali berada diruangan bilik yang sama berduaan bersama Adam semenjak pertemuan kali yang kedua ini. Aku melangkah sambil pandanganku masih terarah ke lantai. 

"Ada apa ni? Aku baru habis mandi ni." Suara Adam kedengaran bersahaja. 'Baru habis mandi?' Jantungku mula berdegup tidak sekata. Aku pantas mengangkat pandanganku, terlihat Adam sedang membelakangkanku tidak berbaju, hanya bertuala separas pinggang. Aku pantas menundukkan kembali pandanganku. Namun kesan tersebut... kesan tersebut masih berbekas di belakang Adam berdekatan dengan bahu kiri. Kesan tembakan! Air mataku pantas mengalir. Kerana aku... kesan tembakan tu kerana aku! Aku memang pembawa sial! Aku taknak susahkan Adam. Aku taknak hidup Adam dalam bahaya. Aku tak layak untuk bersama Adam! 

"Kau nak apa ni? Naira still sakit?" Pertanyaan Adam membuatkan aku pantas mengesat tubir mata ku dengan belakang telapak tangan. Aku berdehem beberapa kali untuk mengawal perasaan sebelum menjawab. 

"Semalam.. Semalam awak cakap nak susu saya.. " Pantas wajah Adam berubah riak. Aku terlihat senyuman nipis meniti dibibirnya namun pantas dia mengawal riak wajahnya dengan riak wajah yang kembali serius. 

"Kau serius ke main-main ni Nadia? Don't play with fire" Terdengar nada suara Adam yang sedikit gugup. 

"Apa yang saya main-main? Kan semalam awak yang mintak? Saya nak bagi la ni... Ke awak yang main-main?" Adam ni dah kenapa? semalam cakap nak. Harini tiba-tiba tak nak pulak. Adam hanya mendiamkan diri. Tubuhnya sudah mengenakan sehelai t-shirt hitam namun bahagian bahawa masih bertuala. Adam duduk di birai katil sambil membetulkan rambutnya yang masih basah. 

"Kalau awak taknak takpelah.. Saya keluar sekarang.. Assalamualaikum." Aku memalingkan tubuhku sambil menatang kembali dulang yang berisi 2 gelas susu tersebut. Kaki ku mula melangkah ke arah pintu. 

"Nanti dulu!" Kata-kata Adam mematikan langkahku. Namun aku tidak segera berpaling. 

"Kau betul-betul dah sedia ke? Aku taknak terlalu memaksa kau. Tak sampai 2 hari lagi. Aku bagi kau masa lagi untuk fikir betul-betul."

'Merepek apa pulak Adam ni? Karang sejuk pulak susu ni. Tak sedap dah. Baik bagi dia cepat-cepat.'

"Ni susu saya. Susu Anmum yang saya minum tiap-tipa malam. Saya letak kat atas meja ni ye. Awak minum cepat sementara masih panas. Saya masuk tidur dulu ye. Assalamualaikum. " Aku segera melangkah keluar dari ruangan kamar Adam. 'Aneh-aneh je Adam ni. Orang nak bagi susu pun susah!' 


_____________________________________________________________________


Adam P.O.V


"Susu Anmum??!" 

'Dia maksudkan susu Anmum rupanya? Bukan... ' Aku merenung ke arah segelas susu yang terletak di atas meja di ruangan tengah bilik tidurku ini. Aku segera membetulkan tuala yang aku pakai. Aku terpaksa duduk di birai katil supaya 'bonjolan' disebalik tuala yang aku pakai tidak terlihat oleh Nadia. 

6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now