Adam P.O.V
Aku yang sedang nyenyak tidur bersama Nadia di atas katil hospital terasa bahuku dipegang. Aku sememangnya 'light sleeper' begitu mudah untuk aku terjaga walaupun hanya sentuhan yang sedikit. Zarul memegang bahuku sambil mengisyaratkan untuk aku bangun. 'Dah kenapa pulak ni? Baru nak bermanja dengan Nadia!' Aku mengalihkan pandanganku ke arah Nadia yang sedang tidur dengan nyenyak. 'Penat sangat la tu lepas kena selam dengan aku. Kan dah banyak kali lemas semalam. Haha. Kesian pulak tengok muka Nadia kepenatan.' Aku sempat mencium dahi Nadia sebelum bangkit berdiri. Aku mengatur langkah mengekori Zarul ke bilik sebelah.
"Apa dia pagi-pagi buta dah kacau daun ni? Dahlah aku tidur lambat semalam. Mengantuk lagi ni." Aku berkata sambil menutup mulutku dengan belakang telapak tangan tiri kerana menguap. 'Ngantuknya! haih'
"Cik Jasmine on the way ke sini." Zarul berkata sambil membacuh kopi instant di dalam sebiji cawan.
"SHIT! Siapa pulak yang bagitau dia?? Lepas satu hal. Satu hal." Aku berkata sambil duduk di birai katil menggaru kepalaku yang tidak gatal. 'Tak.. Tak boleh.. Jasmine tak boleh bertemu dengan Nadia. Belum masanya lagi. Kalau ye pun bagilah aku settle degan Nadia dahulu. Baru je semalam okay dengan Nadia! Dah bala datang lagi!'
"Pengarah hospital kawan dengan ayah dia." Zarul memberitahuku sambil menghulurkan secawan kopi kepadaku. Aku menyambut hulurannya sambil menghirup dengan perlahan. 'Aduh susahlah jadi orang kenamaan ni. Pergi mana-mana mesti ada je spy yang tak berbayar ni.'
"Jangan bagi Nadia keluar dari bilik dia no matter what happen sampai Jasmine balik. Suruh Yanti teman dia. Berapa lama lagi sebelum Jasmine sampai sini?" Zarul menjawab pertanyaanku dengan isyarat matanya. 'Bloody hell! Dah ada depan pintu!' Aku pantas mengukirkan senyuman sehabis manis melihat ketibaan Jasmine. Zarul pantas beredar meninggalkan aku dan Jasmine berdua- duaan.
"What happened Adam??! Are you okay??!" Suara bingit mengada-ngada Jasmine memenuhi segenap penjuru bilik. 'Macam manalah dulu aku boleh suka dengan perempuan ni? Suara pun dah bingit!'
"Nothing. Just a minor injury. Takde apa sangat pun. You dont have to worry." Aku berkata sambil cuba mengukir senyuman.
"You sure sikit je? Dah try scan? Probably ada patah ke apa. Nak I panggilkan specialist tak?" Jasmine cuba menyentuh tanganku yang berbalut bandage namun aku pantas melarikan tangan kananku.
"Doc cakap takde apa yang serius. Dah scan semalam. I dah boleh masuk kerja pun harini. You tak kerja ke harini?" Aku bertanya hairan. Kerana setahu aku, Jasmine merupakan seorang yang workaholic. Agensi modelling nya merupakan agensi terbesar di Asia tenggara. Kebanyakkan projeknya di Singapura dan Thailand. Jarang sekali dia berada di Malaysia kerana sibuk dengan Fashion Show.
"I took off day hari ni. Flight from Phuket semalam. Terus shoot ke sini sebab risaukan you. You rest lah kat hospital harini. I wanna take care of you... Please Adam... I really wanna do this for my fiance." Jasmine memberitahuku panjang lebar sambil buat muka kesian. 'Ni yang aku lemah ni. Nak naik angin karang, si bapok PA dia tu duk perhati je tu dari belakang. Terpaksalah layan kan jugak perempuan ni.'
"Okay. " Yeay! Jasmine sudah bersorak girang.
"But.. on one condition.. Only you stay here. Suruh PA you tu balik. Jangan nak menyebok kat sini menjaja cerita dalam kain orang. Kalau I tahu any news spread pasal I, I'll kill him.." Aku berkata dengan nada tegas sambil menyandarkan tubuhku pada kepala katil. Kedua belah kaki aku lunjurkan di atas katil. 'Rimasnya! Aku nak bermanja dengan Nadia pun susah!'
"Okay darling! I'll told her. You jangan pergi mana-mana tau. I nak siapkan pakaian I, lepas tu I teman you kat sini. Okay?" Aku hanya menganggukkan kepala sambil melihat Jasmine yang sudah berlalu pergi. Aku menarik nafas lega. Namun pandangan aku sempat menangkap kelibat Nadia yang tadi berdiri tidak jauh dari pintu bilikku yang bergegas berlari meninggalkan tempat tersebut. 'F*ck!!!'
_____________________________________________________________________________
Aku pantas berlari-lari anak mengejar Nadia yang sedang berjalan laju menuju ke rooftop. 'Lajunya dia ni berjalan. Langkah pendek tapi bukan main laju lagi!' Sampai sahaja di rooftop Nadia berdiri sambil memegang penghadang di pinggir rooftop tersebut. Pandangannya terhala ke arah deretan kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya. Aku pantas menyorokkan diriku sedkit dan aku hanya memerhati gerak geri Nadia tidak jauh dari tempat Nadia berdiri. Membiarkan Nadia menenangkan dirinya terlebih dahulu.
"Apa yang sebenarnya awak nak dari saya Adam?" Nadia seolah-olah bertanya kepadaku namu lebih kepada dirinya sendiri dengan suara yang lirih. Nada suaranya sahaja sudah cukup menggambarkan perasaan yang dirasainya ketika ini. Sungguh berbeza nada suara Nadia dan Jasmine. Bagaikan langit dan bumi. Nada suara Nadia sungguh mendamaikan dan mententeramkan perasaanku ketika ini. Manakala suara Jasmine hanya menambahkan kekusutan di kepala.
"Saya tahu selama ini awak sayangkan Jasmine tapi saya tetap tunggu dan tunggu dan terus tunggu untuk awak sayangkan saya. Masih segar dalam ingatan saya, yang awak... cakap awak masih sayangkan Jasmine waktu kali terakhir kita di hospital dahulu. Tapi saya tetap.. akan terus mencintai awak. Dan menunggu cinta dari awak..." Oh! Patutlah Nadia melarikan diri! Dia ingat aku cakap macam tu sebab aku still sayangkan Jasmine? Alahai.. sebab tu je? Aku separuh gila rindukan dia siang dan malam. Nadia.. Nadia..
Baru sahaja aku mahu keluar dari persembunyianku untuk bertemu dengan Nadia namun langkahku terhenti kerana sepasang tangan milik Jasmine melingkar di pinggangku.
"What are you doing here babe?" Kedengaran suara manja Jasmine dari arah belakang tubuhku. Nadia serta-merta memalingkan tubuhnya menghadap ke arahku yang sedang dipeluk Jasmine dari belakang mungkin kerana turut mendengar suara Jasmine dari arah belakang.
Aku serta merta meleraikan pelukan Jasmine ditubuhku dan tidak semena-mena pandangan Jasmine terarah ke arah Nadia yang sedang merenung ke arahku.
"Nadia???!!" Suara Jasmine kedengaran eksaited memanggil Nadia sambil berlari ke arah Nadia.
"You Nadia kan??" Nadia hanya mengangguk sambil matanya tetap merenung ke arahku. 'Haaaa?? Jasmine kenal Nadia?????'
'I'M DEAD!!!'
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
Roman d'amourAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...