Chapter 22

194 3 2
                                    


Nadia P.O.V 


"Adam... Saya nak kerja dengan Jasmine boleh tak?" 

"Tak boleh!" Pantas Adam memotong kata-kataku sambil menghirup kopi yang berada di dalam cawan. Ini dah masuk kali ke 45 aku tanya. Jawapan Adam masih  lagi sama. Apa yang susah sangat dengan dia ni!

"Nak kerja as a model absolutely NO! Aku taknak wife aku jadi tontonan umum. You aren't public property. You are MINE!" Aku tersenyum sendiri mendengar jawapan Adam walaupun Adam menolak permintaan ku mentah-mentah. Ayat "You are mine!" masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. 

"Tapi saya boringlah duduk rumah sorang-sorang macam ni... Yanti pun dah balik ke universiti. Nak main dengan kucing.. kucing takde. Nak main dengan Aiden.. Aiden dah duduk hostel. Dian takde. Awak pun busy. At least saya boleh berkawan dengan Jasmine.." Aku sengaja membuat muka kesian sambil mencebik bibirku. Dah berani mengada-ngada eh sekarang Nadia? Biarlah! Nak mengada-ngada dengan Adam je pun. 

"Kau sure kau okay hari-hari menghadap muka Jasmine? Tak jealous?" Adam bertanya sambil menjongketkan keningnya dengan senyuman herot di bibirnya. Aku menelan liurku. Tekakku terasa kesat. Jealous? Hmm..Tak kot? Adam cakap dia settlekan nanti pasal dia dengan Jasmine. Lagipun Adam sayang aku kan? 

"Saya okay je. Buat apa nak jealous? Lagipun Jasmine tu baik dengan saya.. " Aku bersuara perlahan separuh yakin. 'Sure ke dia betul-betul ikhlas baik dengan aku? Ish.. tak eloklah serkap jarang!' 

"But still no. Full stop!" Adam segera berlalu pergi ke tingkat atas untuk siap-siap ke tempat kerja tanpa lagi menghiraukan ku yang sedang berdiri termangu-mangu. 

Aku yang sudah terlanjur berjanji dengan Jasmine akan berkerja bersamanya terpaksa membuat keputusan nekad. Aku sudah tidak tahan dikurung berseorangan diri di sini. Aku perlu mencari kebebasan diriku sendiri walaupun Adam tidak mengizinkannya. 'Apa nak jadi, jadilah!' 

Selang 20 minit kelihatan Adam sudah turun ke tingkat bawah bersama beg bimbit di tangan. Aku segera mendapatkan Adam yang sedang berjalan ke arah pintu untuk bersalaman dengannya sebelum dia ke tempat kerja. Tangan kanannya aku capai. 

"Have a good day Adam! Maafkan saya ye kalau saya ada buat silap apa-apa." Aku berkata sambil tersenyum sementara Adam hanya menganggukkan kepalanya seraya berlalu pergi untuk berangkat ke tempat kerja. 


___________________________________________________________________________


Adam P.O.V 


Selesai sahaja menghadiri beberapa meeting pagi tadi jam sudah menjangkau memasuki waktu tengah hari. Tidak sempat aku hendak memikirkan lagi sama ada mahu benarkan Nadia berkerja atau pun tidak. Banyak perkara perlu aku titik beratkan sebelum membuat keputusan tersebut. Aku sememangnya seorang yang tidak suka membuat keputusan terburu-buru. Ada satu perkara yang aku sangat risaukan. 

Aku mengerling jam di pergelangan tangan kiriku. Jam 1.15 tengah hari. 'Sempat lagi ni nak balik lunch dekat rumah' 

"Aku nak balik lunch." Aku menghantar pesanan whatssap kepada Nadia. 

 Perutku sudah berbunyi minta diisi. Baru sahaja aku mahu bangun dari dudukku, daun pintu pejabatku ditolak dari luar tanpa ketuk terlebih dahulu. 


"Tuan!!" Suara Zarul pantas mendahului suaraku yang ingin bertanya perkara apa yang mustahak sehingga membuatkan dia tergesa-gesa seperti itu. Aku hanya mendiamkan diri menanti apa yang hendak disampaikan Zarul. Namun Zarul pantas menyerahkan telefon pintar miliknya kepadaku dengan wajah kehairanan. Telefon bimbit di tangan Zarul aku ambil dan mengamati apa yang sedang terpapar di skrin telefon pintar tersebut. 

"Tuan cakap Tuan tak benarkan Puan Nadia kerja dengan Jasmine kan?" Darahku sudah berderau. Otakku sudah dapat menangkap apa yang sedang Zarul cuba sampaikan. 'Oh patutlah dia minta maaf siap-siap pagi tadi!' 

Tanganku yang memegang telefon pintar tersebut terasa menggeletar selepas melihat apa yang terpapar di skrin tersebut. Darahku mula mendidih. Aku melepaskan telefon pintar tersebut jatuh ke atas meja. Mejaku pegang kejap. Gigiku diketap kuat. 

Terlihat wajah Nadia yang sedang tekun memasang hiasan di pakaian seorang model lelaki di skrin telefon tersebut. Hanya wajah Nadia yang terlihat di dalam gambar tersebut. Gambar tersebut telah di muat naik oleh akaun Instagram milik Jasmine 30 minit yang lepas.

 'Aku dah agak!! Betina ni memang tak pernah berubah!' 



6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now