Chapter 3

419 16 4
                                    


Nadia P.O.V


Semua mata yang berada  di situ terarah kepada seorang sosok yang baru sahaja tiba di situ. 'Macam kenal... Tapi siapa erk?' Aku memerhati dengan dahi yang berkerut. 

"Macam mana kau kenal Nadia, Ramlah?" Mak Besah bersuara kehairanan sambil bersalaman dengan wanita tersebut. 

"Panjang cerita dia Besah.. Ni kak Lah, Nadia.. Nadia tak ingat ye?" Wanita separuh baya tersebut memperkenalkan diri sambil memegang lenganku yang sedang mendukung Naira. 'Oh! Kak Lah! Yang dekat kenduri tu.' 

"Oh! Kak Lah.. Maaf Nadia tak berapa nak ingat.  Kak Lah sihat?" Aku bersuara sambil mencapai tangan kanannya untuk bersalaman. Belakang tangannya aku cium lembut. Kak Lah mengusap kepala ku  yang berbalut tudung perlahan. 

"Kak Lah sihat je. Datang ni nak melawat Kakak Kak Lah ni. Katanya banjir rumah dia. Lewat sikit sampai sebab Kak Lah bertolak dari rumah anak Kak Lah dekat Kemaman. Rumah Nadia banjir jugak ke?" Kak Lah menunjukkan ke arah Mak Besah. Baru aku tahu yang Kak Lah ni adik kepada Mak Besah. Aku hanya mengangguk tanda mengerti. 

"Haah banjir jugak." Aku menjawab sambil bibirku cuba mengukir senyuman manis. 

"Mana suami Nadia? Dato' mana?" Kak Lah tiba-tiba bertanya perihal Adam. Lidahku tiba-tiba terkelu kerana takut orang kampung akan menambah 'perisa' lagi ke atas cacian mereka terhadapku. 

"Dato'? Dato' mana? Suami Nadia Dato' ke?" Mak Besah pantas bertanya sambil matanya sudah terbeliak kerana terkejut dengan informasi yang baru diterima. Semua yang berada di situ juga kelihatan terkejut. Begitu juga dengan Mail. Aku pantas memegang lengan Kak Lah sambil menggelengkan kepala ku perlahan-lahan supaya tidak disedari orang ramai. Kak Lah pantas mengangguk tanda faham. 

"Eh, Nadia masuk la dulu dalam khemah hujung tu. Kesian baby tu nak tidur. Mail angkat beg Nadia ni masuk dalam khemah tu. Kejap eh Besah, aku nak uruskan Nadia jap. Jom Nadia.." Mak Besah hanya mengangguk sambil beredar dari situ. Semua yang berada di situ hanya mendiamkan diri melihat kemesraan aku dengan Kak Lah. Pasti banyak tanda tanya yang bermain di fikiran mereka. Aku hanya membontoti Kak Lah dari belakang sambil mendukung Naira yang mula bergerak-gerak tanda tidak selesa. 

Sampai sahaja di dalam khemah tersebut, aku mengeluarkan sehelai selimut tebal dan meletakkan Naira di atasnya. Kak Lah duduk di sisiku sambil memerhati Naira yang bergerak-gerak tetapi matanya masih terpejam. 

"Siapa ni Nadia? Dato' Adam mana?" Hatiku tiba-tiba sayu sebaik sahaja nama Adam menyapa gegendang telinganya. Perasaan sebak mula bertandang. Pantas Kak Lah mengusap lembut belakang telapak tanganku yang menepuk Naira perlahan-lahan. 

"Ni Naira. Permata sulung Nadia. Adam... Adam takde kat sini." Air mataku mengalir perlahan sebaik sahaja nama Adam meniti di bibirku. Tekakku terasa kering. 

"Kamu dengan Adam dah..." Pantas aku menggelengkan kepalaku memotong kata-kata Kak Lah. Empangan air mataku yang sedari tadi aku tahan akhirnya pecah kerana takut perkara yang paling tidak aku ingini itu bakal berlaku. 'Aku masih terlalu sayangkan Adam. Sayang sangat-sangat... Aku tak mahu perkara tersebut terjadi!' 

"Shh...Shh.. Janganlah menangis macam Nadia... Kak Lah tahu Nadia kuat. Apa pun yang telah berlaku Kak Lah harap Nadia dapat selesaikan dengan baik. Nadia masih sayangkan Adam kan?" Kak Lah yang sedang menepuk perlahan belakangku bersuara untuk memujuk ku. Kak Lah seolah-olah mengerti badai yang sedang melanda rumah tanggaku sekarang ini. Aku hanya mengangguk lemah menjawab pertanyaan Kak  Lah tersebut. 

"Okaylah Nadia. Kak Lah nak pergi tengok Kakak Kak Lah jap. Kalau ada apa-apa bagitau je Kak Lah. Kak Lah ada kat khemah sebelah kanan Nadia ni je. Nadia rehatlah dulu. Dah pukul 4 pagi ni." Kak Lah menepuk bahuku perlahan sebelum bangkit berdiri. 

"Terima kasih Kak Lah." Aku sempat berterima kasih sambil cuba tersenyum sebelum Kak Lah beredar. 


_______________________________________________________________________


Tangisan Naira menyebabkan lenaku terganggu. Aku membuka mataku dengan perlahan-lahan sambil menggosok-gosok kedua belah mataku dengan belakang hujung jariku. 'Kat mana aku ni?' Aku hampir terlupa yang aku berada di dalam khemah di pusat pemindahan sementara. Mujur sahaja aku tidak sempat menjerit lagi. Jam di pergelangan tangan kiriku aku kerling. Dah nak pukul 7 pagi.. Aku segera mencempung Naira yang bergerak-gerak kelihatan seperti tidak selesa. 'Ya Allah! Panasnya! Naira demam! Aku nak buat macam ni? Pertama kali Naira demam. Mesti sebab terkena hujan semalam ni.' 

Aku cuba memujuk Naira untuk memberinya susu badan namun Naira pantas menolak. Sudah hampir 10 minit namun tangisan Naira tiada tanda-tanda untuk berhenti. Tiba-tiba sahaja khemah ku dibuka dengan begitu kasar sehingga zip penutup khemah juga terpelanting. 

"Anak kau kenapa ni ha??!! Orang nak rehat pun susah! Tulah orang lain beranak kau nak beranak juga tapi jaga anak pun tak reti! Daripada mak menurun sampai ke anak ..suka sangat menyusahkan orang. Bawak sial!!" Mak Besah menjerkahku dengan lantang mengejutkan aku yang cuba meredakan tangisan Naira. 

"Naira kenapa tu Nadia? Sakit ke?" Kak Lah yang baru sahaja masuk ke dalam khemah ku segera mengambil Naira dari dukungan ku. 

"Ya Allah.. Panas ni Nadia. Kita pergi ke klinik ye? Tak boleh biarkan macam tu je kalau bayi demam. Kena jaga betul-betul." Kak Lah sempat berpesan sebelum segera bangkit berdiri. Aku hanya menganggukkan kepala ku dan segera mencapai beg yang berisi keperluan Naira. 

"Kita nak pergi naik apa ni Kak Lah?" Aku bertanya sejurus sahaja sampai di luar kawasan dewan balai raya tersebut. 

"Kejap.. Lagi 5 minit dia sampai. Nadia lapkan kain lembab tu dulu ke dahi, kepala dan leher Naira sementara menunggu." Aku menurut kata-kata Kak Lah sambil mengelap perlahan-lahan dan sambil berzikir perlahan di telinga Naira untuk memujuknya daripada terus-terusan menangis. 

Kelibat kereta Hilux yang tiba di hadapanku dan Kak Lah itu mematikan pergerakan ku. Kereta itu seakan-akan pernah ku lihat sebelum ini. Aku merenung ke arah wajah Kak Lah yang kelihatan sudah tersenyum memandang ke arah sosok tubuh yang keluar dari kereta  tersebut. 


'Habislah!' 


6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now