Chapter 17

267 9 2
                                    


Adam P.O.V


"Awak... awak tahu tak.. Saya benci betul dengan Adam!"

Aku terdiam seribu bahasa. Nadia tahu ke  aku ada kat sini? Jantungku sudah berdegup laju. Menanti tirai yang memisahkan aku dan Nadia ditariknya.  Aku sudah bersiap sedia mahu berselindung di sebalik selimut yang disediakan. 

"Maaf sebab tiba-tiba bagitahu awak pasal ni.. Sebab saya taktahu nak cakap dengan siapa. Saya takde siapa-siapa.." 

Suara Nadia begitu lirih ketika mengungkapkan 'Saya takde siapa-siapa..' menyentap tangkai hatiku. Nadia menganggapku sebagai bukan siapa-siapa dalam hidup dia? Sebegitu tidak pentingkah aku dalam hidupnya? Aku memejamkan mataku  buat beberapa ketika. 

"Adam tak pernah peduli apa-apa pun pasal saya. Adam tak pernah cuba untuk faham saya. Adam tak pernah fikirkan  pasal saya. Adam tak pernah tahu pasal diri saya."

Bohong! Tidak pernah walau sesaat nadiku berdenyut tanpa  memikirkan Nadia. Nadia sentiasa memenuhi ruang fikiran dan hatiku tetapi sejauh mana aku kenal dengan Nadia? Selain daripada makanan kegemaran Nadia, apa lagi yang aku tahu tentang Nadia? Kehidupan  dia selain bergelar seorang guru? Aku tidak tahu. Tentang latar belakang keluarga dia? Aku tidak tahu. Trauma yang dia hadapi? Aku tidak tahu. Impian dia? Aku tidak tahu. Apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka? Aku tidak tahu. Ya! Terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu tentang Nadia. Aku terlalu mementingkan diriku sehingga mengabaikan orang sekeliling yang aku sayang. 

"Thanks sebab sudi dengar.. Saya Nadia. Kalau ada apa-apa awak boleh minta tolong dengan saya ye? Maaf mengganggu awak yang sedang berehat." Terdengar derapan tapak kaki Nadia kembali melangkah ke arah katilnya. 

Aku mengambil sehelai tisu daripada kota tisu yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil hospital tersebut. Aku mengeluarkan ballpoint pen berjenama Fendi yang sentiasa berada dalam pocket blazerku yang sedang tergantung. 

'Sorry i can't speak. Thanks for sharing with me. Nice to meet you.' 

Selesai menulis, aku menghulurkan helaian tisu tersebut di atas lantai melepasi tirai yang menghadang antara aku dan Nadia. Terdengar bunyi pergerakan katil dan helaian tisu tersebut diambil oleh Nadia. 

"Nice to meet you too!" Nada suara Nadia kedengaran lebih bersemangat berbanding sebentar tadi. Aku tersenyum sendiri dan berasa lega mendengar nada suara yang sedikit ceria itu. 

Ketukan dari arah pintu bilik hospital tersebut mematikan senyumanku. Terdengar pintu bilik tersebut dibuka dari luar. Derapan tumit kasut lelaki kedengaran. 'Lelaki mana pulak ni berani datang melawat Nadia!' Aku sudah menggenggam penumbuk kiriku. Tangan kananku masih berbalut bandage. Nak fight macam mana ni?'

"Mana Adam?" Terdengar sayu Nadia bertanyakan tentang keberadaan diriku. 'Zarul?' 

"Tuan sedang sibuk dengan kerja. Tuan mintak saya tengok-tengokkan Puan Nadia. Puan berehat ye? Ini buah tangan Tuan mintak saya bawakkan untuk Puan." Fuh! Nasib baik Zarul. Kalau tak memang makan penumbuk dah mana-mana lelaki lain berani melawat Nadia. Tapi.. Buah tangan? Bila masa pulak aku suruh dia? 

"Kerja, kerja, kerja. Ambil balik bunga tu. Saya taknak! Kalau dia nak bagi suruh dia datang bawak sendiri! Takpun suruh je dia kahwin dengan kerja!" Terdengar suara merajuk Nadia. Comel! Nadia memang tak sesuai untuk karakter marah-marah. Kalau dia marah hanya akan mempamerkan kecomelan dirinya. Tapi kalau sedang menangis... Memang aku akan serta merta menjadi lemah. Seluruh sistem sarafku akan gagal berfungsi. Aku tidak kuat melihat Nadia yang sedang bersedih atau menangis. Aku lebih rela dia memarahi diriku. 

"Ya Puan. Memang patut pun Tuan tu kahwin dengan kerja! Puan jangan risau, nanti saya bagi balik bunga ni kat dia.  Tapi macam rugi pulak kalau bagi balik. Mesti Tuan buang. Saya letak dalam pasu kat atas meja tu eh. Puan berehat sampai sihat ye?" Terdengar Nadia ketawa perlahan sambil berkata okay kepada Zarul. 'Oh dengan Zarul boleh pulak dia ketawa? Tadi bukan main bersedih?' Tak guna punya Zarul! Sengaja la tu cakap macam tu supaya aku dengar. Siap kau lepas aku discharge nanti. Memang nak kena budak ni! 

Selepas selesai menukar bunga di dalam pasu tersebut terdengar Zarul berpamitan dengan Nadia sebelum beredar. Aku mendengar dengan teliti setiap pergerakan Nadia. Risau kalau kecederaan Nadia bertambah serius. Aku tidak dapat melelapkan mata meskipun jam sudah menginjak kepada angka 10  malam. Terdengar Nadia mencapai pasu bunga yang terletak bersebelahan dengan katilnya. 

"Tahu pulak dia aku suka bunga orkid. Tak dapat peluk dia pun, dapat peluk bunga yang dia hadiahkan pun takpelah." Aku mendengar suara perlahan Nadia yang sedang bercakap sendirian. Mahu sahaja aku bangun dan berlari ke arah Nadia untuk memeluk tubuhnya namun aku sedar, mood Nadia masih lagi dalam keadaan tidak stabil. Mungkin Nadia mengungkapkannya diluar kesedaran dirinya. Aku sedaya upaya melelapkan mataku untuk menahan diriku daripada memeluk Nadia. 

"Relaku menunggumu..." Aku mendengar nadia mengalunkan suaranya dengan sangat perlahan dengan penuh sayu. 

"Seribu tahun lama lagi..." Dia menyambung  alunan suaranya selepas seketika jeda. Terdengar sebak mula mengiringi alunan suaranya yang sayu. Aku menanti dengan penuh sabar bait-bait seterusnya. Kerana aku tidak mengetahui lagu apakah ini.

"Tapi benarkah hidup...Aku kan selama ini?" Aku terpaksa memasang telinga dengan penuh tumpuan kerana nada suara Nadia yang sangat perlahan seakan-akan seperti berbisik. 

"Biar berputar utara, selatan" 

"Ku tak putus harapan" 

"Sedia, setia" 

"Rela ku mengejarmu seribu batu jauh lagi.." 


Nadia tidak dapat menyambung bait seterusnya. Aku menunggu dengan penuh sabar. Namun suaranya yang merdu mula berubah kepada tangisan. Tangisan kecilnya mula kedengaran. Hatiku luluh mendengar tangisannya. Rasa bersalah dan pilu mula menyelubungi diriku. Jangan putus harapan sayang, aku sayangkan kau. Sayang sangat-sangat! Aku sudah tidak betah mendengar tangisan Nadia. Tangisan yang membuatkan jiwaku runtun dan membuatkan segala tembok kebal yang aku bina untuk melindungi ego ku mula runtuh sedikit demi sedikit. Tangisan yang aku gagal bendung meskipun hati, jiwa dan perasaanku begitu sakit setiap kali mendengar tangisan itu.   

Selepas beberapa ketika tangisan Nadia sudah tidak kedengaran. Aku menyelak sedikit tirai yang menghadang antara aku dan Nadia. Kelihatan Nadia yang sedang lena dengan memeluk orkid putih dalam pelukan. Selimut yang sepatutnya menutupi tubuhnya sudah melorot jatuh ke atas lantai. Aku bangun perlahan-lahan dan melangkah perlahan-lahan menuju ke arah  Nadia. Aku mencapai selimut di atas lantai dan menyelimuti Nadia perlahan-lahan. Melihatkan air matanya masih bertakung di tubir mata membuatkan diriku diselubungi rasa bersalah yang amat sangat. Aku menyeka air matanya perlahan-lahan menggunakan hujung jari kelingking ku. Aku mencium perlahan matanya. Lagi dan lagi air matanya tumpah kerana diriku. Luka di dahinya aku sentuh perlahan-lahan. 'Apa aku dah buat ni? Bodohnya aku! Sampai macam ni sekali aku buat kat Nadia?' Aku mencium perlahan dahinya. Aku terlalu sayangkan Nadia. Aku tak dapat lagi menipu hatiku. 


Selepas memastikan Nadia betul-betul tidur dengan selesa, aku bangkit berdiri untuk meninggalkan Nadia yang sedang tidur. Namun terasa lenganku di pegang. Tangan Nadia memegang lenganku dengan lembut. Matanya masih tertutup rapat. 

"Jangan pergi..."  

6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now