Nadia P.O.V
Hatiku berasa sedikit tenteram kerana Adam sudah 2 hari berangkat ke Tokyo kerana urusan perniagaan. Sekali lagi peristiwa sama sewaktu di villa dahulu seakan-akan berulang kembali. Aku 'dihumban' keluar dari banglo kerana Adam sudah jijik untuk melihat wajahku. Bayang-bayangku pun dia tidak mahu lagi tengok. Bezanya dahulu store di belakang villa lebih baik keadaannya berbanding rumah bunga milik mama Adam, Tun Dahlia. Menyebut namanya sahaja sudahku gerun. Belum lagi bertemu dengannya. Aku bernasib baik kerana pada malam pertama ku disini Adam sempat menghalang Tun untuk bertemu denganku. Aku yang diserang panik segera melarikan diri ke tingkat atas banglo sebelum Tun sempat berkata apa-apa kepadaku. Rumah bunga seperti nursery ini kelihatan sudah lama terbiar kerana pokok-pokok bunga kebanyakannya sudah mati dan lantai juga sudah berdebu dipenuhi dengan tanah. Masih segar diingatanku bagaimana aku membersihkan rumah bunga ini berseorangan diri kerana Adam melarang keras sesiapa sahaja yang ingin menolongku. Yanti juga tidak berani untuk berkunjung ke sini kerana risau ibunya juga akan dipecat. Penyapu dan mop juga tidak sediakan sehingga aku terpaksa mengelap dan menyapu dengan kain batikku sendiri. Aku tidak hairan untuk hidup susah kerana hal ini sudah sebati dengan diriku. Yang penting aku masih dapat kekal disisi Naira. Naira juga hanya boleh aku jenguk ketika Naira memerlukanku. Itupun hanya beberapa jam sehari. Namun itu sudah cukup memadai sebelum aku mencari siapakah dalang yang cuba memusnahkan rumah tanggaku!
"Ni siapa berani usik-usik pokok bunga aku ni!!!" Pekikkan dari arah pintu masuk rumah bunga tersebut mematikan kerjaku yang sedang memasukkan tanah ke dalam pasu bunga. Itu suara..... Tun Dahlia!!! Habislah aku nak lari mana ni. Yanti ada bagitahu yang Tun Dahlia memang tak bagi siapa-siapa untuk masuk ke sini. Nak menyorok kat mana ni?
"Maaf Tun.. Maaf... Saya... Saya yang usik." Kedengaran suara Yanti juga dari arah yang sama dengan suara yang gementar. Wajah Yanti juga kelihatan sudah berkerut kerana gerun. 'Kesian pulak dekat Yanti. Disebabkan aku dia pulak yang kena marah.' Aku segera keluar dari tempat persembunyian.
"Saya.. Saya yang kemas rumah pokok bunga ni." Aku bersuara dengan sedaya upaya beriak kekal tenang. Tun Dahlia mengalihkan pandangannya ke arah ku dengan riak wajah yang terkejut. Dia segera berjalan merapatiku hampir berlari anak.. Aku sudah memejamkan mata untuk menerima sekurang-kurangnya tamparan yang bakal singgah di pipiku... Kelmarin Adam, hari ni pasti dari mamanya!
Tak kusangka terasa tubuhku dipeluk kejap. Pelukan semakin dieratkan apabila aku cuba untuk melepaskan diri. Manalah tahu kot-kot dia cuba tikam belakang aku pakai pisau ke? Aku kaget. Kerasukan hantu pokok bunga ke Tun ni? Aku hanya berdiri membatu. Tidak berani untuk mengangkat lenganku untuk membalas pelukan ibu mertuaku ini. Terasa air mata Tun Dahlia menitik di atas bahuku. Perlahan-lahan aku mengusap belakang tubuhnya untuk menenangkan perasaannya. Apa yang disedihkannya pun aku tak tahu.
Selepas beberapa ketika pelukan ditubuhku dileraikan. Tun melihat ke wajahku sambil air mata masih lagi bertakung di tubir matanya yang jelas kelihatan sudah berkedut. Pipi kiriku disentuh lembut dengan telapak tangannya sambil tersenyum memandang ke dalam anak mataku. Aku yang sememangnya amat merindui belaian kasih sayang seorang ibu mula berasa sebak. Sudah berbelas tahun aku tidak merasai belaian kasih seperti ini. Aku dan tun hanya diam seribu bahasa. Yanti yang menjadi saksi sejak dari tadi tidak berhenti mengelap air matanya.
"Nadia sihat? Naira sihat? Cucu Tok Ma sihat?" Pertama kali aku mendengar nada suara Tun Dahlia selembut ini bertanyakan perihal aku dan Naira. Air mata dipipiku mengalir dengan deras. Syukur ya Allah disebalik musibah yang menimpa antara aku dan Adam, ada pelangi rupanya yang telah kau sediakan untuk aku. Pada waktu aku merasakan dunia bagaikan menghempap dan menghimpit aku sehingga tiada lagi ruang untuk aku bahagia, tanpa aku sedar, orang yang aku geruni kini mula kembali memberi sinar bahagia buat diriku. Aku hanya mengangguk-angguk kepalaku sambil mengelap air mata dengan belakang telapak tanganku.
"Alhamdulillah.. Nadia sihat. Naira pun sihat." Aku menjawab sambil cuba tersenyum sambil Tun tanpa henti mengusap pipi ku yang dibanjiri air mata. Dia mengelap perlahan-lahan sambil tidak lepas menatap wajahku.
"Cantik sangat Nadia ni rupanya. Patutlah Adam separuh nyawa waktu Nadia takde. Ini tuan empunya badan dah ada depan mata.. tup-tup dia sebok nak ke Jepun pulak." Tun membebel ke ni? Lain macam.. Aku ingat dia ni serius je memanjang. Sempat lagi puji aku cantik?
"Eh takdelah.. Nadia biasa-biasa je. Adam ke sana sebab urusan kerja. Tun sihat? Dato' seri sihat? Nadia mintak maaf sebab lari dari Tun haritu." Aku menundukkan wajahku sambil jari tangan kanan memagut jari tangan kiriku kerana rasa bersalah. Orang tu punyalah baik kau boleh lari macam kena kejar hantu? Nadia.. Nadia..
"Tak perlu minta maaf. Mama pun faham kenapa Nadia lari. Mama pun nak minta maaf sebab buat kat Nadia..." Aku pantas memeluk tubuh Tun untuk mematikan kata-katanya. Aku tak sanggup untuk mengenangkan kembali kisah lalu. Biarlah peristiwa buruk yang telah berlalu menjadi satu lipatan sejarah dalam hidupku. Anggap sahaja ia sebagai mimpi buruk.
"Nadia tak pernah salahkan Tun..."
"Mama!" Tun sempat menegur panggilanku terhadap dirinya.
"Nadia tak pernah salahkan.. mama.. Sebab Nadia kahwin dengan Adam pun bukan atas restu mama. Jadi segala salah faham Nadia sudah lama maafkan." Aku meleraikan pelukan sambil tersenyum manis kepada mama baruku.
"Mama tahu Adam tengah marahkan Nadia. Tu yang mama datang sini cepat-cepat. Patutnya mama kena pergi ke Luxembourg, tapi mama cancel sebab risaukan Nadia dan Naira. Adam tu memang macam tu. Kalau dah cemburu memang menonong je semua benda dia buat. Tak fikir panjang langsung. Nanti mama pulas telinga dia untuk Nadia." Aku hanya tersenyum mendengar celoteh Tun Dahlia. Tidak mahu merosakkan mood aku yang sedang baik ini dengan menyebut nama Adam!
"Jomlah mama kita pergi masuk dalam tengok Naira. Tadi dia tidur dalam buai. Ni dah bangun agakanya." Aku melingkari lengan kiriku dengan lengan kanan Tun Dahlia. Alang-alang mood dia tengah baik, waktu ni lah aku nak ambil kesempatan untuk bermanja. Hahaha. Kami berdua berjalan beriringan menuju ke ruangan atas.
___________________________________________________________________________
"Nanti kita bawak Naira jalan-jalan nak tak? Kita bawak pergi warner bros kat Aussie ke takpun Disneyland?" Tun Dahlia sudah memasang angan-angan dengan cucu sulungnya itu sambil mendukungnya dengan berhati-hati kerana Naira masih lagi tidur. Siaplah Naira ni nanti jadi tergedik-gedik kalau dimanjakan sangat oleh Tok Ma dia ni. Sekarang pun dah kerja asyik nak merengek je.
"Naira tu tak reti apa-apa pun lagi. Haha. Membazir duit je bawak pergi jauh-jauh ma. Dapat jalan-jalan dalam Malaysia pun Nadia dah bersyukur sangat." Aku menolak pelawaan Tun dengan lembut kerana tidak mahu Naira dimanjakan dengan kekayaan.
"Takdenye membazir... Adam tu dalam bank ada billion-billion. Nadia nak melancong hari-hari pun boleh. Kalau dia kedekut, suruh je dia tidur dengan duit. Nadia boleh tidur dengan mama." Versi Tun Dahlia yang berada di depan mata aku sekarang sangat berbeza berbanding desas desus yang aku dengar serta mengikut pengalaman aku sendiri. Aku bersyukur kerana masih ada lagi insan seperti Yanti dan Tun Dahlia yang menyayangi diriku ini.
"Satu lagi mama ada berita yang tak sedap didengar ni nak bagitahu Nadia.." Ah sudah! Mesti pasal Adam! Adam! Adam! Adam! Menyampahlah dengan nama dia ni. Lantak dia la nak buat apa. Malas aku nak fikir.
"Apa dia ma?" Aku bertanya acuh tak acuh sambil membetulkan buaian Naira yang berbelit.
"Jasmine dengan Adam nak kahwin dalam masa 6 bulan lagi."
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...