Chapter 30

68 6 0
                                    

Nadia P.O.V

Jam menunjukkan 9.03 pagi selepas doktor selesai membuat pemeriksaan terakhir. Doktor membenarkan aku pulang usai sahaja selesai pemeriksaan terakhir sebentar tadi selesai. Otakku masih ligat memikirkan mahu memberitahu Adam ataupun tidak akan perkara ini. Aku tidak mahu Adam melarang aku untuk berkerja jika dia mengetahui akan perkara ini. Mengingatkan wajah ngeri Adam apabila tengah marah membuatkan hatiku bertambah gerun. Aku melihat Aina yang sedang sibuk memasukkan barang-barang keperluanku ke dalam beg pakaian miliknya yang aku pinjam. 

"Perlu ke aku bagitau Adam?" Aina memberhentikan  perbuatannya sebentar tadi dan menoleh ke arahku sekilas sebelum meneruskan kerjanya sebentar tadi.

"Perlulah. Dia kan suami kau. Kau tak boleh membelakangkan suami dalam semua hal. Lambat laun dia akan tahu juga. Kau pun tahukan dia orang yang macam mana?" Aku mengangguk faham dan berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk aku berterus-terang dengan Adam. 

"Kalau kau tak sedia lagi, kau boleh bagitau dia yang kau tidur rumah aku semalam. Nanti pandailah aku cover. Kau jangan risau..."  Deringan telefon pintarku yang sedang dicas mematikan kata-kata Aina. Aku segera  mengangkat panggilan telefon tersebut tanpa sempat melihat ke arah skrin. Hatiku yang mengharapkan Adam  yang menghubungiku hampa kerana kedengaran suara di hujung talian datang dari orang yang berbeza. 

"Hello, ini Puan Nadia?" Lelaki dihujung talian tersebut segera bertanya sejurus sahaja panggilannya diangkat. 

"Ya, saya Nadia. Ada apa ya encik hubungi saya?" Aku tanpa melengahkan masa bertanya tujuan si pemanggil tersebut menghubungiku. 

"Saya pegawai polis dari IPD Wangsa Maju ingin meminta Puan Nadia hadir ke balai untuk kami ambil keterangan tentang kejadian semalam. Bila-bila puan free nanti, puan boleh hadir ke balai." Aku hanya mengangguk faham dan sempat berpamitan sebelum mematikan talian. 

"Siapa tu?" Aina bertanya sejurus sahaja aku mematikan talian.

"Polis. Dia mintak aku pergi ke balai untuk ambil keterangan." Aku  memberitahu Aina sambil merapikan tudungku sebelum bangkit berdiri untuk mengekori Aina keluar dari bilik VVIP hospital tersebut. 

"Nak pergi sekarang ke? Nak aku teman kau tak?"  Aina bertanya setibanya sampai di hadapan kaunter pembayaran hospital tersebut. Aku hanya menggelengkan kepalaku. 

"Nantilah. Aku tak sedia lagi nak pergi. Otak aku penat. Balik ni nak rest dulu."  Aku menjawab sambil mengeluarkan wallet dari  beg tangan Lady Dior berwarna pink powder yang dibeli oleh Adam untukku. Aku terperasankan mata wanita yang berdiri tidak jauh dariku memerhatikan beg tangan  yang aku sedang pegang. 'Kenapa?' hatiku terdetik. 

"Bill hospital Datin sudah settle. Datin tak perlu bayar apa-apa. Pekerja di kaunter tersebut segera bersuara selepas melihat surat  untuk check out yang aku serahkan sebentar tadi." Pasti perempuan tersebut tahu tentang Adam mendengarkan dia memanggilku dengan panggilan datin. Tak sukalah macam ni! 

"Terima kasih. Jangan panggil saya datin..." Aku  berbisik perlahan kearahnya sambil tersenyum manis ke arahnya. Dia menganggukkan kepalanya sambil membalas senyumanku. 

____________________________________________

Nadia P.O.V

Selepas berpamitan dengan Aina sebentar tadi, aku  pantas berlari masuk ke dalam banglo untuk bertemu Naira. Hatiku terlalu rindukan Naira selepas seharian tidak berjumpa dengannya. Pening di kepalaku tidak aku hiraukan kerana aku tidak pernah berpisah dengan Naira selama ini sepanjang keberadaan Naira  di dunia ini. Beg yang aku jinjing sebentar tadi aku tinggalkan di muka pintu kerana ingin berlari sepantas mungkin  untuk bertemu dengan Naira. Sampai sahaja di muka pintu bilik Naira aku melihat Mak Mah sedang memberikan Naira susu botol di atas katil. Riak muka Mak Mah berubah bimbang melihat kelibat aku yang sudah duduk di atas katil. Pantas sahaja tangan wanita tua itu melekap di dahiku. 

"Nadia sakit?" Mak Mah bertanya perlahan sambil aku  mencempung Naira dalam pelukkanku yang sedang menyusu. Aku hanya menggelengkan kepalaku tanda menidakkan telahan Mak Mah. 

"Tak sakit kenapa pucat ni? Nadia dah makan?"  Mak Mah masih lagi sibuk memeriksa tubuhku. Perlahan-lahan Mak Mah mengusap kepalaku yang masih lagi berbalut tudung. 

"Nadia cuma penat.. Belum. Nadia belum makan. Rindu sangat dengan Naira.. Nadia nak peluk-peluk dia kejap. Naira meragam tak semalam?" Aku bertanya sambil mengucup pipi Naira yang gebu. Bebola mataku mentap wajah Mak Mah yang masih beriak risau. 

"Haish.. Nadia taulah anak dara Nadia ni. Satu rumah ni semalam gegak gempita dengan suara dia. Kesian papa dia kena pujuk sampai ke tengah malam. Semalam dia tidur dengan papa dia, tak mahu langsung tidur dalam tempat tidur dia sendiri. Kalau Adam tak riba dia memang dia taknak tidur." Mak Mah bercerita panjang lebar sambil mengeleng-gelengkan kepalanya teringatkan ragam Naira malam semalam. Hatiku berasa kasihan dengan Adam yang terpaksa menguruskan Naira hinggal lewat malam. Pasti tidak cukup tidur dan penat. Di mana Adam ye? Mataku melilau sekeliling ke arah luar bilik mencari kelibat Adam. 

"Adam tengah makan sarapan pagi dalam bilik kerja dia." Seakan faham dengan gerak-geriku Mak Mah pantas menjawab tanpa perlu aku soal. " Katanya dia work... work from.." 

"Work from home?" Aku menyambung ayat Mak Mah yang tergantung sambil tergelak perlahan. 

"Kalau rindu pergi lah jenguk dia. Dari semalam dia tunggu Nadia pulang tu. Dia pun rindu sangat kat Nadia tu..." Mak Mah lantas mengambil Naira di dalam dukunganku sambil tersenyum kecil. Aku membalas senyuman Mak Mah sambil tanganku menyerahkan Naira kepada Mak Mah. 

____________________________________________

Aku menguak sedikit pintu bilik kerja Adam dan melihat Adam sedang duduk di atas kerusi di mejanya dengan garpu ditangan kirinya. Aku pelik melihat Adam menggunakan tangan kirinya untuk makan sedangkan dia bukan seorang kidal. 'Kenapa dengan tangan kanan dia?' Kelihatan Adam sedang terkial-kial menyuap bihun goreng ke mulutnya dan seringkali bihun goreng di garpunya jatuh kembali ke atas pinggan. Daun pintu aku kuak lebih  luas dan segera melangkah masuk ke dalam bilik kerja Adam untuk membantunya. Hatiku berasa kasihan melihat Adam yang sedang makan dengan susah payah. Adam mengangkat wajahnya melihatkan kelibatku yang sedang berada di hadapannya. 

"Sini saya tolong.. Kenapa dengan  tangan kanan awak?" Aku segera mengambil pinggan di atas meja sambil menghulurkan tanganku ke arah Adam meminta garpu  yang berada di tangannya. 

" It's okay. Aku boleh makan sendiri."

Pelik? Nada suara Adam biasa-biasa sahaja. 'Dia tak kisah ke aku tak balik rumah semalam?' Aku pantas mengambil sudu yang terdapat di atas dulang bersebelahan dengan secawan kopi.

Sudu yang terdapat bihun diatasnya aku sua ke arah Adam.

"Aku cakap tak payah, tak payah lah!!"

Adam menepis kuat tanganku sehingga tangan kiriku yang memegang sepinggan bihun turut sama terhayun sehingga menyebabkan pinggan tersebut terlepas dari peganganku.

'Haaa... Ni baru betul reaction dia yang sebenar!'

Aku pantas mengutip bihun-bihun yang bertaburan di atas lantai dan meletakkan pinggan itu kembali ke atas dulang. Cawan kopi yang masih berbaki aku letak di atas meja.

" Kalau tak suka saya cakap je lah tak suka! Tak perlulah nak tolak-tolak bagai!!!"

Aku menjerit sekuat hatiku membuatkan wajah Adam tergamam. Aku pantas mengangkat dulang tersebut dan menutup pintu dengan kuat serta meninggalkan  Adam yang sedang terkulat-kulat. berseorangan.

6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now