Adam P.O.V
"Isteri Dato' mengalami trauma akibat peristiwa hitam yang lampau. Biasanya orang yang takutkan darah ni kerana trauma. Untuk maklumat lanjut saya perlu diagnosis lebih lanjut dahulu tentang trauma yang dialami Datin. Luka di dahi Datin tidak dalam dan akan sembuh sepenuhnya selepas beberapa hari. Trauma ni kadang-kadang boleh mengakibatkan sesorang berada dalam keadaan stress dan ketakutan. Diharapkan Dato' dapat memberikan sokongan secara fizikal dan mental untuk proses pemulihan. Sokongan fizikal memerlukan perhatian yang lebih dalam erti lain kasih sayang yang lebih." Aku hanya mendengar dengan teliti penerangan daripada doktor . Aku hanya mengangguk faham dan hanya sesekali mencelah untuk mendengar penerangan yang lebih teliti.
'Trauma apa pulak Nadia ni? Ada kena mengena dengan family dia ke?'
"Zarul kau siasat macam mana Nadia boleh lost her parents. Aku nak tahu in details every single little thing, including where, when and how. As soon as possible!" Aku mengarahkan Zarul melalui panggilan telefon selepas beredar dari bilik doktor yang merawat Nadia. Aku melangkah laju menuju ke bilik dimana Nadia sedang dirawat. Nadia kelihatan sudah sedarkan diri dan termenung jauh sambil memeluk lututnya sambil duduk di atas katil. Wajahnyanya kelihatan sugul dan tidak bermaya. Namun masih cantik di mataku walaupun tanpa sebarang solekan. Dahinya bertampal plaster dan tubuhnya yang tersarung gown hospital pun masih kelihatan cantik! Ah sudah! Gila dah aku ni. Dalam keadaan macam ni pun aku sudah tergoda melihat Nadia.
Aku membuka daun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik rawatan VVIP tersebut. Nadia pantas memalingkan wajahnya ke arahku dan merenungku dengan pandangan yang tajam. Tidak pernah aku lihat sebelum ni Nadia memandangku dengan pandangan seperti ini.
"Awak tolong keluar dari sini..." Nada suaranya perlahan namun sudah cukup menggerunkan hatiku. Aku yang tidak pernah gerun dengan sesiapa sebelum ini, buat kali pertama merasakan perasaan yang satu ini. Aku terkejut. Nadia tidak pernah berkata-kata seperti ini!
"Aku..."
"Awak tolong keluar dari sini!!! Sekarang!!!" Nadia segera memotong kata-kataku dengan nada suara yang mula meninggi. Nadia mula membaling ke arahku dengan segala apa yang dia boleh capai. Aku hanya memejamkan mataku. Sekali lagi aku melukai Nadia!
"Keluar dari sini sekarang!!!! Saya taknak tengok muka awak!!!!!" Nadia terus-terusan menghalau ku. Aku tergamam. Tidak mampu berkata apa-apa. Aku bersedia menerima segala hukuman daripada Nadia akibat perbuatan bodoh aku sendiri. 'Maafkan aku Nadia.' Namun kata-kata maaf hanya terbit dalam hati.
"Ya Allah... Nadia..." Mama yang baru sahaja tiba terus sahaja meluru ke arah Nadia sambil memeluknya erat. Hanya terdengar tangisan Nadia memenuhi ruangan bilik. Hatiku berasa sakit dan pilu melihat tangisan Nadia. Aku ingin berlari memeluk Nadia, namun aku sedar ini bukanlah masa yang sesuai. Aku hanya membatu di tempat aku berdiri dan melihat mama sedang menepuk perlahan belakang Nadia untuk menenangkannya.
"Maaa... Tolong suruh Adam keluar.. Nadia benci dia.." Nadia suara perlahan hampir tidak kedengaran namun hatiku terasa bagai disiat-siat, dirobek-robek dan ditikam-tikam bertubi-tubi. Aku memejamkan mataku. 'Ya Allah.. Apa aku dah buat ni? Nadia tidak pernah mengungkapkan kata-kata benci kepadaku.' Aku buntu. Pertama kali dalam hidup aku merasakan aku gagal. Gagal untuk mencintai seseorang. Yang aku buat hanyalah terus-terusan menyakitinya.
"Adam.. tolong keluar kejap. Nanti Nadia dah okay mama panggil masuk balik." Mama memalingkan wajah kepadaku dengan muka penuh berharap. Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda faham.
Aku keluar dari bilik rawatan Nadia dan melangkah laju menuju ke tandas untuk membasuh wajahku dengan berharap ketegangan yang aku rasa ketika ini dapat diubati.
Sampai sahaja di tandas ward berkenaan, aku membuka paip dan pantas menghulurkan tanganku dan membasuh wajahku.
"Apa aku dah buat??!! Apa kau dah buat Adam??!! Kau cakap kau sayang, tapi kau nak bunuh dia!! Kau cakap kau cinta, tapi kau sakiti dia!! Apa aku dah buat??!!" Aku melihat wajahku dari pantulan dari cermin. Aku juga mula membenci diriku sendiri apabila teringatkan kata-kata "Nadia benci dia..." Suara lirih Nadia menghantui minda aku.
"ARRGGGHHHH!!!!" Aku menumbuk kuat cermin yang berada di hadapanku. Sakit di hatiku melebihi sakit di tanganku. Tangan ni yang sanggup sakiti Nadia!! Darah mula mengalir melalui penumbuk ku yang aku masih genggam namun aku tak hiraukan .Beberapa orang nurse meluru ke arah tandas selepas mendengar pekikkan ku dan pecahan cermin.
"Dato'.....Darah..." Aku berjalan laju menuju ke arah bilik rawatan Nadia tidak mempedulikan nurse yang cuba menegur lukaku di tangan.
"Ya Allah ... Adam... Adam kenapa ni??!!" Mama yang kebetulan baru sahaja keluar segera mendapatkanku dengan riak wajah terkejut dan menghalang langkahku daripada terus berjalan.
"Adam nak jumpa Nadia maaa.. Adam nak jumpa Nadia... Adam risaukan dia maaa... Adam perlukan Nadia...." Aku sudah tidak dapat kawal emosiku ketika ini. Aku terlalu kesal dengan apa yang telah aku lakukan. Aku tidak tahu tentang trauma yang dihidapi Nadia. Aku terlalu mementingkan diri!
"Sabar adam.. Sabar...." Mama menepuk bahu ku perlahan. "Nadia belum stabil lagi tu. Adam rawat luka kat tangan Adam tu dulu ya? Adam taknak tengok Nadia sakit, Nadia pun taknak tengok Adam dalam keadaan luka macam ni... Adam ikut mama jumpa doktor ya?" Sudah lama aku tidak mendengar pujukkan mama seperti ini. Aku merenung ke dalam anak mata mama untuk mencari sebuah keikhlasan. Semenjak berubah baik dengan Nadia, karakter mama juga sudah seakan-akan berubah seperti sewaktu aku masih kecil. Aku hanya menganggukkan kepala ku dan mengikut langkah mama dari belakang.
________________________________________________________________________________
"Pindahkan Nadia kat bilik yang ada dua katil.. Tapi.. tapi tolong tutup dengan tirai di antara dua katil tersebut." Aku memberikan arahan kepada doktor yang merawatku selepas tanganku dibalut dengan bandage untuk menghentikan luka yang aku alami. Mama di sebelah sempat menggelengkan kepalanya kerana faham benar dengan sikap keras kepalaku.
Selepas sahaja tirai yang berada di sekeliling katil Nadia ditutup, aku melangkah masuk dan duduk di atas katil yang turut berada dalam bilik yang sama dengan Nadia. 'Dapat jugak aku duduk sebilik dengan Nadia!' Aku tersenyum sendiri. Luka di tangan aku perhati. Tak sia-sia tangan aku luka. Inilah kali pertama aku berasa bahagia kerana tercedera. Gila dah aku ni! Sakit pun bahagia?
Katil aku sudah ditutup dengan tirai seperti yang aku arahkan sebentar tadi. Aku mendengar tirai yang menutup katil Nadia dibuka. Jantungku berdegup laju. Aku mendengar derapan tapak kaki Nadia menuju ke tingkap yang berada tidak jauh dari katilku. Bayang-bayang Nadia kelihatan betul-betul berada di hadapanku. Gulp! 'Jangan! janganlah Nadia syak apa-apa dan buka tirai ni!'
"Awak... awak tahu tak.. Saya benci betul dengan Adam!"
Hatiku berkecai dan luluh. Air mata mengalir perlahan tanpa aku sedar..
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...