Adam P.O.V
Tangisan Naira yang memenuhi segenap ruang atas banglo tersebut membuatkan kakiku pantas melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat dua. Kelihatan Mak Mah sedang mencempung Naira sambil menggoyang-goyangkan lengannya tidak jauh dari tempat aku berdiri. Terbit riak wajah risau di wajah tua Mak Mah.
"Sini bagi Naira tu kat saya. Nadia tak balik lagi?" Aku pantas meletakkan beg bimbitku di atas lantai dan menyambut huluran tangan Mak Mah sambil bertanya tentang keberadaan Nadia.
"Belum Adam.. Tadi Zarul ada bagitau dekat Mak Mah yang Nadia takde kat pejabat. Katanya kerja kat luar." Aku hanya menganggukkan wajahku sambil dalam usaha memujuk tangis Naira namun tiada tanda-tanda tangisan itu mahu reda.
"Mak Mah try call Nadia kejap. Naira ni stop menangis kalau dengan mama dia je. Suruh Nadia balik sekarang. Kalau tak saya tak bagi dah dia kerja." Aku mengucup lembut pipi Naira sambil menggoyangkan tanganku perlahan-lahan supaya tubuhnya terasa terbuai. Aku mengerling jam di tangan. 'Pukul 7 lebih pun tak balik-balik lagi? Biasanya pukul 7 dah ada kat rumah? Ke mana dia pergi?' Baru sahaja Mak Mah mahu menelefon Nadia, telefon pintar dalam poket seluar kanan seluar slack ku pakai bergetar. Aku menghulurkan Naira kembali dalam dukungan Mak Mah lantas mengeluarkan telefon pintarku. Tertera nama Zarul di ruangan pemanggil.
"Kau ke mana Zarul???!!! Aku suruh kau follow Nadia tapi apa kau buat??!!!!" Aku pantas menjerkah Zarul dengan lantang sejurus sahaja mengangkat panggilan daripada Zarul. Mak Mah segera melarikan Naira ke dalam bilik kerana jerkahan ku membuatkan tangisan Naira semakin meninggi.
"Nadiaaa.... Eh.. eh.. Puan Nadia.. Puan Nadia.." Aku pantas berlari menuruni tangga. Hatiku sudah merasakan ada sesuatu buruk yang berlaku mendengarkan suara Zarul yang bergetar dan tertahan-tahan. Meskipun aku tidak pasti lagi apa yang berlaku, aku pantas mematikan telefon dan segera memasuki kereta dan memandu laju ke arah lokasi yang dikongsi oleh Zarul kepadaku.
'Tolonglah jangan berlaku apa-apa kejadian buruk kepada Nadia. Ya Allah, selamatkanlah Nadia. Aku tak kuat ya Allah kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada isteriku.' Mendengarkan getaran suara Zarul sebentar tadi aku yakin dan pasti Nadia sedang berada dalam keadaaan bahaya yang membuatkan komando elite seperti Zarul pun tak mampu berbuat apa-apa. Aku mengusap wajah ku beberapa kali dan memecut laju kereta Jaguar milikku.
'Ya Allah, aku berjanji. Kalau kau selamatkan Nadia, aku akan taat kepada segala perintahmu.' Tanpa aku sedar aku telah berjanji. Janji yang selama ini aku abaikan.
_____________________________________________________________________
Sebelum tiba lagi aku sudah melihat api menjulang tinggi di udara. Hatiku bertambah bimbang sehingga hampir sahaja aku melanggar kenderaan bomba di hadapanku. 'Tolonglah... tolonglah bukan Nadia ada dalam gedung tu!'
Aku pantas memberhentikan kereta yang aku pandu dan melangkah keluar dari kereta. Langkah panjangku dilajukan sehingga aku berlari sepantas mungkin menuju ke arah gedung tersebut. Beberapa anggota bomba cuba menghalangku namun Zarul yang melihatku dihalang pantas menyuruh mereka membiarkan ku untuk mendekati kawasan gudang yang sedang terbakar.
Aku yakin Nadia masih lagi hidup kerana api hanya membakar tingkat bawah gudang. Pasti Nadia berada di tingkat yang lebih tinggi untuk berada jauh daripada api.
"Tuan.. Tuan jangan.." Tanpa berfikir panjang aku pantas berlari ke arah pintu gudang tersebut tanpa menghiraukan panggilan daripada Zarul dan anggota bomba yang lain.
Aku berlari tersangat pantas sehingga otakku juga gagal memikirkan dahulu dengan tindakan gila ku ini. Bahang api yang panas aku tak hirau kan. Dalam fikiranku hanya membayangkan Nadia.. Nadia.. Nadia.. Terngiang-ngiang di telingaku suara sayu Nadia meminta pertolonganku. Aku kena cari Nadia!
Aku menekup hidung dan mulutku menggunakan sapu tangan yang aku selalu bawa dalam poket kemejaku. Mataku memerhatikan sekeliling mencari-cari kelibat Nadia namun tidak kelihatan. Aku melangkah api yang sedang marak dan mencari-cari tangga untuk ketingkat dua gudang tersebut. Kepulan asap menyukarkan lagi penglihatanku untuk melihat sekeliling. Setelah beberapa minit, aku melihat di hujung sebelah kiri gudang tersebut terdapat tangga yang menghubungkan tingkat satu dan dua. Beberapa langkah saju menaiki tangga tersebut, tanpa aku sedar sebatang kayu yang marak dengan api menghempap belakang tubuhku membuatkan aku jatuh tersungkur kehadapan. Telapak tangan kananku yang cuba mengimbangi tubuhku terpegang tangga besi yang sudah mencapai suhu yang tinggi membuatkan telapak tanganku sedikit melecur.
"Arrrggghhh!!!" Aku menjerit sekuat hati dan pantas untuk bangkit berdiri untuk segera berlari menuju ke tingkat dua gudang tersebut. Kakiku yang juga turut tercedera tidak aku peduli. Nyawa Nadia lebih penting daripada nyawaku sendiri! Tali leher yang aku pakai, aku lilit ditanganku yang melecur tadi dan segera mencari kelibat Nadia.
"Nadia!!!! Nadia!!! Nadia!!!! Nadia kat mana sayang..... Jawab la sayang... Jom balik sayanggggg... Sayanggg jangan buat abang risau.... " Suaraku yang pada awalnya lantang namun bertukar lirih dan pedih dihujungnya kerana terlalu risaukan Nadia. Tanpa aku sedar air mataku mengalir perlahan-lahan. Aku melangkah ke bahagian tingkap gudang tersebut dan melihat sebongkah objek sedang bersandar pada dinding berdekatan dengan tingkap.
"Nadia!!" Aku pantas berlari ke arah objek tersebut dan kelihatan Nadia separa terbaring di atas lantai. Aku pantas menundukkan tubuhku dan memeriksa keadaan Nadia pada ketika itu. Kelihatan matanya tertutup rapat dan aku menundukkan tubuhku rapat di dada Nadia. Jantungnya berdegup perlahan. Nafasnya kedengaran sangat perlahan. Hatiku lega mendengarkan Nadia yang sedang bernafas. Tiada alunan muzik mahupun bunyi lebih indah daripada deruan nafas Nadia ketika ini. Aku sempat mengucup dahi Nadia dan memeluk tubuhnya seketika sebelum bangkit berdiri untuk keluar dari gedung ini.
Aku dengan sepenuh tenaga menendang kuat cermin kaca tersebut sehingga pecah berderai. Kelihatan api yang sedang marak mula naik ke tingkat dua. Tubuh Nadia yang sedang terbaring pantas aku cempung dan kelihatan ahli bomba berada di kawasan tersebut segera membantuku menggunakan kren jentera bomba.
"Encik tak apa-apa encik?" Ahli bomba tersebut bersuara selepas melihat tanganku yang berbalut tali leher. Namun aku pantas menghulurkan tubuh Nadia terlebih dahulu untuk diselamatkan.
"Selamatkan isteri aku. Selamatkan Nadia... "
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...