Nadia P.O.V
"Baguslah tu mama. Adam pun memang masih sayangkan Jasmine. Nadia yang mintak Jasmine supaya kahwin dengan Adam. Sebab... Sebab Nadia nak Adam bahagia." Aku menuturkan kata-kata perlahan hampir sahaja tidak kedengaran sambil menahan sebak di dada. 'Siapalah aku ni di mata Adam. Manakan enggang boleh terbang bersama pipit.'
"Nadia betul ke tak kisah? Macam mana kalau Jasmine minta Adam untuk lepaskan Nadia?" Tun Dahlia bertanya dengan nada suara yang risau sambil menyuakan botol susu ke mulut Naira yang baru sahaja terjaga dari tidur.
"Memang Adam dah nak lepaskan Nadia pun sebelum dia ke Tokyo. Tapi Nadia sempat merayu untuk bagi Nadia sedikit masa untuk besarkan Naira. Nadia pasrah mama, kalau itu ketentuan ilahi untuk Nadia... " Ujarku sambil memandang sayu melihat Naira yang bakal membesar tanpa seorang ibu di sisinya kelak. Aku sedar masa depan Naira lebih terjamin jika dia membesar di bawah penjagaan Adam berbanding diriku yang tiada apa-apa. Hanya sebidang tanah dan sebuah rumah pusaka yang ditinggalkan arawah ayah dan emakku. Tapi bersediakah aku untuk menempuh segala kepayahan tanpa Naira di masa hadapan kelak? Lebih kepada tanpa Adam..
"Betul ke Nadia Adam cakap nak lepaskan Nadia?!" Tun Dahlia bertanya dengan nada yang terperanjat. Naira juga terkejut kerana nada suara Tun Dahlia berubah secara mendadak. Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Tun Dahlia. 'Ni baru wajah Tun Dahlia yang asal. Yang tadi tu macam pelik pulak.' Wajah Tun Dahlia sudah mencuka. Dia menyerahkan Naira kepadaku sambil mengeluarkan telefon pintar miliknya dari beg tangan yang dibawa.
"You better return to Malaysia as soon as possible!! Kalau tak mama akan buat shareholder meeting untuk singkirkan Adam dari W&D group!!" Panggilan segera dimatikan. Tun Dahlia menutup matanya sambil menarik nafas panjang. Aku terkejut mendengar 'pesanan penaja' ringkas yang padat sebentar tadi. Fuh! Macam tu je dia sound Adam. Kalau aku mati hidup balik pun tak berani!
"Nadia jangan risau. Selagi mama bernafas takkan ada siapa-siapa berani buat apa-apa dekat Nadia. Adam tu masa Nadia takde, bukan main lagi heartbrokennya. Sampai mama pun jadi musuh dia. Eh, tup-tup Nadia dah ada depan mata dia nak buat perangai." Aku meletakkan Naira di atas tilam dan segera meraih tubuh Tun Dahlia dalam pelukan.
"Terima kasih mama. Terima kasih sebab sudi jadi mama Nadia. Nadia rindu sangat dengan arwah emak.. Rindu sangat sangat. Hari-hari Nadia berharap dapat peluk balik emak Nadia walaupun hanya untuk satu detik. Syukur harini Nadia dapat peluk mama." Aku berkata sambil tersedu sedan tanpa sedar hingus mengalir terkena pada tudung yang Tun Dahlia pakai. Aku pantas meleraikan pelukan. Riak wajah Tun Dahlia bertukar kehairanan.
"Sorry ma.. Hingus Nadia..." Aku menunjukkan ke arah bahu Tun Dahlia. Tun Dahlia hanya tersenyum melihatku.
"Takpe.. Nanti mama basuh. Nadia jangan sedih-sedih ya? Mama akan cuba jadi mama yang terbaik untuk Nadia. Walaupun takkan setanding dengan arwah emak Nadia tapi cukuplah dapat jadi nombor 2.. Eh.. nombor 2 mesti Naira kan. Okay mama jadi nombor 3. Adam tu Nadia letak nombor bawah sekali!" Sempat lagi Tun Dahli berseloroh untuk menukar mood aku yang sejak dari tadi mendung. Aku hanya ketawa perlahan. Nombor bawah sekali? Aku tak dapat menipu hatiku. Adam berada di ranking yang istimewa yang tak boleh disaingi oleh sesiapa.
________________________________________________________________________
Nadia P.O.V
Aku yang sedang nyenyak tidur bagaikan terdengar bunyi tumit kasut kulit berjalan dengan pantas menuju ke arahku yang sedang tidur. Aku tidur di atas lantai kayu rumah pokok bunga milik Tun Dahlia jadi mudah untuk aku mendengar sebarang bunyi pergerakan yang berlaku. Bunyi detakkan tumit kasut semakin lama semakin hampir.. dan semakin hampir.. ZAP! Daguku ditarik kasar oleh seseorang. Aku membuka mata dan melihat Adam sedang mencengkam daguku dengan riak muka yang... mungkin bengis kerana cahaya lampu hanya samar-samar menerangi ruang tempat aku tidur ini.
"Apa kau cakap kat mama?" Nada suaranya rendah namun sudah cukup membuatkan aku kecut perut. Aku hanya mendiamkan diri. 'Nak cakap apa? Apa yang aku cakap kat mama? Mama memang dah tahu segala-galanya dah pun.' Kalau cakap macam ni lagi teruk aku kena marah.
"Aku tanya ni... APA KAU CAKAP KAT MAMA???!!" Adam menjerkah keras ke arahku. Aku memejamkan mata. 'Habislah aku kena tampar...' Teras cengkaman Adam di pipi dan daguku kian menguat. Sakit...
"Adam... Sakit... " Aku merintih perlahan. Mengharapkan sedikit belas ihsan... jika masih wujud ihsan dalam diri Adam. Namun harapan ku tipis. Adam sudah mula berani menyakitiku.. Itu membuatkan hatiku bertambah pilu. Aku merindui Adam yang dahulunya sentiasa berlembut denganku. Namun Adam yang dahulunya seakan-akan sudah tidak wujud lagi.
"Saya.. saya tak cakap apa-apa. Mama memang dah tahu..." Aku berkata dengan nada suara yang hampir tidak kedengaran. Terasa cengkaman Adam mula melonggar. Adam melepaskan cengkamannya sambil berdiri tegak dengan tangan kanannya dimasukkan dalam poket seluar yang dipakai.
"Siapa bagi kau panggil mama aku dengan panggilan mama? Mak kau dah lama mampus. Jangan berlagak macam kau ada mak!" Kedengaran nada suara Adam begitu sinis ketika menuturkannya. Aku hanya mendiamkan diri. Kalau dijawab karang makin banyak cacian yang aku terima. Aku yang daripada kecil memang tidak suka bergaduh, lebih rela mengalah dan dikatakan lemah walhal biarpun aku tidak bersalah.
"Ni kau tidur kat sini mama tahu tak?" Aku pantas menggelengkan kepalaku. Terasa sengal-sengal tubuhku kerana tidur di atas tempat yang keras.
"Manusia macam kau ni memang layak tidur kat tempat macam ni je. Ni pun nasib baik aku still sanggup kutip kau. Kalau tak dah hidup melarat mengemis entah kat mana dah sekarang ni. " Aku segera menekup mulutku dengan belakang telapak tanganku sambil menundukkan wajahku ke lantai supaya Adam tidak melihat aku yang sedang menangis. Sedaya-upaya aku menahan supaya tangisan ku tidak kedengaran. 'Hina sangatkah aku di mata Adam? Tiada langsungkah sekelumit rasa sayang dahulu? Ternyata benarlah telahan aku selama ini, Adam tidak pernah menyayangi diriku. Hanya orang sekeliling ku seringkali membuatkan aku memasang impian yang palsu.
"Oh by the way, tak lama lagi aku akan menikah dengan Jasmine. Jangan lupa datang ya." Adam menyambung kata dengan nada yang sinis. Dia memalingkan tubuhnya untuk berlalu pergi.
"Tahniah.. Semoga awak berbahagia dengan orang yang awak cintai." Aku sempat berkata sebelum Adam berlalu pergi sambil menahan tangisan dengan nada yang perlahan hampir tidak kedengaran.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomansaAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...