Adam P.O.V
"Jangan pergi..." Nadia meracau perlahan-lahan sambil tangannya memegang lengan baju hospital yang aku pakai.
Aku serta merta duduk di birai katil dan mengusap pipinya perlahan sambil berbisik cuba memujuk. Racauannya perlahan-lahan mengendur dan suasan kembali hening. Tangan Nadia masih memegang hujung lengan baju yang aku pakai sambil ibu jariku perlahan-lahan mengusap pipi Nadia yang berbekas dengan air mata. Aku menurunkan wajahku dan mencium perlahan pipi Nadia dengan penuh berhati-hati supaya Nadia tidak terjaga dari tidur. Mungkin kerana effect ubat tidur Nadia kali ini lebih lena daripada biasa. Aku merebahkan tubuhku di sisi Nadia serta mengangkat sedikit kepalanya supaya rebah di atas lengan kiriku. Rambut yang menutupi wajah Nadia aku kuis sedikit untuk melihat wajahnya yang jelas terlihat kepenatan namun masih lagi cantik di mataku. Bukan lagi cantik. Tapi sangat cantik.
Aku merenung ke wajahnya tanpa lepas dan tidak sedar sudah hampir 2 jam aku dalam berkeadaan begitu. Jam sudah menunjukkan 1 pagi. Aku mengangkat perlahan kepalanya dan meletakkannya di atas bantal. Namun baru sahaja aku mahu bangkit daripada katil tiba-tiba sahaja tubuh Nadia berpusing menghadapku. 'Ah sudah!!! Mampuslah aku kantoi! Nak lari ke nak buat-buat tidur ni?' Aku pantas memejamkan mataku. Pura-pura tidur! Pertama kali dalam hidupku aku segelabah ini. Bodoh.. bodoh.. Pura-pura tidur!'
"Tak payah nak berlakon. Saya tahu awak tak tidur." Nadia menuturkan kata dengan suara yang perlahan. Aku membuka mataku perlahan-lahan dan melihat ke dalam anak matanya yang berwarna hitam kecoklatan. Aku hanya mendiamkan diri. Menunggu untuk Nadia menghalauku keluar. Aku sudah bersedia. Namun Nadia yang sedang baring menghadapku memerhati wajahku dengan riak bersahaja. Tiada marah ataupun sinis. Terlihatkan tangan kananku yang berbalut bandage membuatkan bebola mata Nadia membulat. Dia serta merta memegang tanganku dengan berhati-hati sambil membelek-belek tangan kananku. 'Sempat lagi dia risaukan tentang diriku. Sedang aku sering menyakiti dirinya. Layakkah aku untuk perempuan sebaik Nadia?'
"Tangan awak ni kenapa? Sakit tak?" Nadia bertanya dengan nada suara risau sambil menekan sedikit tanganku yang berbalut. Wajahnya yang tenang dan bersahaja membuatkan ku risau. 'Nadia okay tak ni? Dia punya reaction macam takde apa-apa pun berlaku antara aku dengan dia. Ke dia sengaja berlakon sebelum nak tolak aku jatuh dari katil?' Aku hanya menggelengkan kepala ku sambil tangan kiriku memegang lembut tampalan plaster di dahinya.
"Sakit?" Aku bertanya perlahan sambil meniup perlahan luka yang ditampal plaster tersebut. Nadia menggelengkan kepalanya perlahan sambil mengipas-ngipas wajahnya. 'Dia menangis?'
"I'm so sorry. Aku tak tahu still sakit. Okay aku tak pegang dah. Aku.."
"Tak.. bukan sebab sakit.." Nadia memotong kata-kataku sambil hidungnya menarik hingus yang mahu mengalir keluar.
"Sebab awak dah lama tak berlembut macam ni dengan saya. Yang saya dapat hanyalah penam..."
"Shhhh... I'm so sorry. Sorry sangat-sangat... I didn't mean to hurt you.." Aku pantas memotong kata-kata Nadia. Tangan kiriku perlahan-lahan naik ke wajahnya. Hujung jariku mengusap perlahan pipi kanannya.
"Aku bodoh sebab tak dapat kawal marah.. I was stupid. Please forgive me Nadia? I know you didn't do anything wrong. I know it." Aku bersuara lirih mahu meraih simpati. Aku hanya mahu kemaafan dari Nadia. Jika kemaafan dari Nadia boleh ditukarkan dengan wang ringgit yang nilainya berbilion-bilion juga aku sanggup!
"Awak bodoh sorang-sorang je eh. Jangan fikir saya bodoh jugak. Ingat saya tak tahu ke awak dari awal menginap kat katil sebelah tu? Bayang-bayang awak pun saya dah kenal Adam. Lagi satu perfume awak. Perfume harga ribu-ribu macam tu siapa je mampu pakai?" Aku segera menghidu ketiak kiri dan kananku. 'Ada bau ke? Rasanya macam tak. Kantoi macam tu je. Adoi.. tolol tolol.'
"Obvious sangat ke?" Aku bertanya sambil tersenyum kelat, malu kerana taktik ku sudah dapat dihidu Nadia dengan lebih awal!
"Ikut logik Dato' Adam Iskandar ni, kalau patient lain terutamanya lelaki duduk satu bilik dengan saya, confirm-confirm runtuh satu hospital ni kena bakar. Simple logik macam ni pun saya dah tahu. Awak yang duduk kat katil sebelah..." Nadia berkata sambil bibirnya menguntum senyuman kecil. Mungkin kelakar memikirkan kebodohan diriku. Hahaha. Bodoh pun bodoh lah yang penting Nadia sayang!
"Saya tak paham lah dengan awak ni. Benci kat saya, marah kat saya, suka buli saya tapi cemburu. Awak memang tak pernah sayangkan saya ke? Sikit pun tak?" Nadia bertanya sambil menunjukkan isyarat sedikit dengan merapatkan ibu jari dan jari telunjukknya. Aku mengambil tangannya yang membuat isyarat tadi dan merenggangkan jari-jemarinya yang runcing sambil mencium lembut satu persatu.
"Banyak. Terlalu banyak! You don't have any idea how much I love you." Aku berkata sambil mencium dahinya perlahan. Terasa senyuman terukir di bibir Nadia yang wajahnya ditekap ke dadaku. Hatiku berbunga bahagia. Tiada rasa yang lebih bahagia berbanding Nadia berada dalam dakapanku.
Nadia mendepakan kembali lenganku dan berbaring di atas lengan kiriku. Tangan kananku yang berbalut masih dibelek-beleknya.
"Janganlah cederakan diri sendiri macam ni. Nanti awak nak buat kerja macam mana? Daripada awak guna tangan ni untuk tumbuk cermin tandas, lebih baik awak guna untuk cabut rumput tepi court.. Ooppss!" Nadia sempat bergurau dan menutup mulutnya dengan telapak tangan kanannya.
Aku memperkemas pelukanku di pinggangnya. 'Nak kena dia ni!'
"Daripada aku guna untuk cabut rumput tepi court, lebih baik aku guna untuk...... Awak lemas atas katil ni..." Riak wajah Nadia yang tadi seronok mengenakanku tiba-tiba bertukar serius. 'Shit! Nadia marah ke? Aku nak buat apa ni? Damn! Bodohlah aku ni.'
"Tak.. tak.. maksud aku, ya ya nanti aku cabut rumput balik nanti. I promise... Jangan marah ya sayang... " Aku mengeratkan pelukanku di tubuh Nadia berharap Nadia tidak memarahi diriku. Baru aku tahu benda yang paling takut buat masa sekarang. 'Kena marah dengan Nadia!'
"Tak.. saya tak marah.. Saya cuma fikir yang... Takpe ke kalau saya nak lemas atas katil hospital?"
Aku sudah tercengang!
Note: Sebab terlalu banyak scenes tense jadi kita bagi scene yang fun2 sikit untuk readers. Hahaha.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...